Part 15

17 3 0
                                    

Waktu rehat telah tamat. Haura dan Everlyn diminta untuk mengutip kesemua borang jamuan makan ke setiap kelas. Sedang mereka berjalan, mereka tertanya-tanya adakah jamuan itu di adakan di tempat mewah seperti yang diperkatakan oleh cikgu.

"Lyn, Kau rasa kan dua buah sekolah yang akan join sekali kita tu diaorang sombong tak agak-agak kau lah. Mana nak tahu boleh buat kawan dan rapatkan silaturrahim. Aku macam tak sabar lah nak kenal-kenal dengan diaorang apa pendapat kau?"

"Actually, bagi aku kan Haura tak salah kita nak rapat-rapat and kenal dengan diaorang, tapi ni desas-dusus laaa apa yang aku pernah dengar dari budak sekolah kita, ada budak sekolah dari salah satu sekolah yang akan join kita tu ada budak yang something sikit. Macam mana eh aku nak terangkan dekat kau. Kiranya macam budak merbahaya la, aku tak sure dari sekolah yang mana and jantina nya apa. Apa yang penting kalau kita nak berkenalan dengan diaorang pastikan kita kena hati-hati sikit. Aku tak kata mereka jahat sebab kita tak tahu mereke macam mana kan... So, kita tunggu lah hari tu tiba nanti. Aku pon tak sabar mana nak tahu terjumpa jodoh kan hihihi."

Haura terdiam. Dia berasa gugup sedikit betul ke cerita ni?.

"Hmmm betul jugak kata kau, takdelah aku cuma excited sikit la. And aku harap kita dapat jumpa orang yang baik-baik lah kan?"

"Yup betul tuh!"

MEREKA telah tiba di bilik guru untuk menyerahkan borang yang dikutip sebentar tadi.

"Cikgu nah borang yang cikgu minta ni." Huluran Everlyn disambut mesra oleh cikgu.

"Thank you Lyn and Haura atas kerjasama kamu berdua." Kata cikgu sambil tersenyum.

"No hal lah cikgu, tu dah memang tugas kami."

"Btw kan, jamuan tu memang diadakan di hotel mewah ke cikgu? Tak silap saya hotel  yang bakal kita pergi tu kepunyaan usahawan hebat yang namanya Alex Henderson kan? Wahhh berdebar pulak saya rasa." Kata Everlyn dengan nada terujanya.

"Yup betul, ni pon sekolah kita disponser oleh pihak sana. Kita ni kira bertuah tau!"

Haura dan Everlyn berpandangan. Uish! Serious lah?! Omg! Seronoknya!!

"Wah biar betul cikgu! Sumpah saya tak sabar gila nak tunggu hari tu tiba hahaha"

Haura dan guru itu hanya tertawa melihat telatahnya.

"Ye Lyn, kami pon tak sabar. Okaylah, kamu berdua boleh balik ke kelas sebab cikgu nak pergi mesyuarat dah ni bye"

"Okay, bye cikgu!"

SETELAH tiba di kelas mereka berdua duduk did meja masing-masing bagi melepaskan lelah. Hari ini tiada tugas yang perlu dilakukan untuk menjaga kelas lain, jadi inilah peluang mereka untuk bersembang dan membuat homework.

Tiba-tiba kelas menjadi sunyi sepi. Haura dan Everlyn terus memandang sekeliling kelas ternyata terdapat dua orang senior lelaki yang datang ke kelas mereka.

HAURA ALAINATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang