part 12

26 3 0
                                    

"huaarghhhh mengantuknya...aihhh siap jugak homework aku ni,huh." Keluh Haura.

"So semua dah siap,solat apa semua dah baju pon dah iron,hmmm lagi apalagi ehh...haa!!! Tahu dah masa untuk tidur!!!! Esok nak sekolah dah lepas tu aku kena share story pasal lelaki sewel tu dekat Lyn hmmm ok cun! So marilah gerak ke katil hahahaha." Bebel Haura seorang diri. Hmmm sejak lelaki misteri tu chat Haura,terus jadi gelong minah tu.

________________

"Oh my oh my oh my!!!! Aku dah lambat ni!!! Aduh mampos laah macam ni." Kelam kabut Haura bila tersedar yang dia sudah lambat untuk ke sekolah.

"Goshhhh dah pukul 7:00!? Aduhhh mampus aku! Ni nama dia pengawas tak berdisiplin dah ni! tak payah jadi pengawas,jadi mawas jelah!." Bebel Haura sambil kelam kabut dia berlari masuk ke dalam bilik air.

"Ahhh mandi kerbau jelah! dah lambat ni!."

Setelah Haura siap memakai baju dan solat,terus dia berlari keluar dari bilik dan terus menyarung kasut sekolah.

"Eh Rara,kamu tak nak makan ke ni? Umi ada masak Mee goreng." Tegur Umi Haura dari belakang.

"Dah Umi dah! Rara dah tak sempat nak pergi sekolah ni,simpankan untuk Rara,balik nanti Rara makan byeee." Tergesa-gesa Haura tika itu.

"Hah ye lah kalau gitu,ambil bekal ni makan dekat sekolah." Huluran itu disambut Haura.

"Okay bye Umi thanks muahhhh." Dengan cepat Haura menyalam tangan uminya dan terus mengambil basikalnya di garaj.

___________________

"Cepat-cepat sikit lagi je nak sampai." Haura mengayuh basikalnya laju-laju walaupun ketika itu kakinya hampir putus.

"Arghhh akhirnya sampai jugak aku ke sekolah." Haura mengambil nafas sebentar untuk menghilangkan rasa penatnya.

Haura terus mencapai buku di dalam raga basikal dan terus menuju ke tapak perhimpunan sebelum bergerak ke kelas.

Sedang dia berjalan,tiba-tiba ada seseorang menarik tangannya dan mengepung dirinya.

Haura tersandar pada dinding dan terkejut dengan hentakan yang dia rasakan.

Sakit di belakang dia abaikan,dia terus mendongak untuk melihat siapa di hadapannya itu.

Dengan rasa terkejut, Haura tidak menyangka bahawa orang yang menariknya itu ialah Adam! Ye Adam! Dia tidak tahu nama penuh lelaki itu.

Tetapi dia tidak sangka itu Adam!

Adam merenung wajah Haura dalam-dalam. Tanpa sedar muka mereka hampir dekat. Jika Haura kedepan sedikit hidung mereka akan berlaga.

"Erkkk eh awak!!! Erkkk eh ha abang! Eh bukan! Adam hmmm haa senior kot? Nak apa ni? Jangan dekat-dekat macam ni tak elok saya dah lambat sangat-sangat ni." Takut-takut Haura untuk mengeluarkan suaranya.

Mamat ni dah kenapa? Sakit ke apa? Aku ni dah la lambat! Lagi dia nak melambatkan aku!.

"Senior Adam janganlah macam ni,saya ni dah la mawas,jappp ehh bukan pengawas! Haa lepastu dah la saya ni lambat sampai sekolah, senior Adam jangan la buat hal saya ni penakut orangnya." Kata Haura sambil menundukkan wajahnya gementar jugak la dia waktu itu. Ya dia takut sekarang ni. Mana taknya dah la tenung lama-lama macam gaya orang sasau je.

"So?."

"Hah? Apa so? Ouh so ketepilah saya ni nak cepat." Haura menghalau Adam untuk minta Adam berganjak ketepi.

"Kalau aku taknak ketepi kau nak buat apa."

"Alah alah mamat ni,aku suruh ketepi bukannya suruh dia berlari pon!." Bebel Haura dalam hati.

"Aduhhh jangan laa macam ni,saya betul-betul merayu dkt senior Adam untuk ketepi,saya dah lambat ni." Kata Haura sambil sedikit merayu.

Air matanya hampir menitis. Adam yang melihat itu terus terdiam dan berganjak ketepi untuk memberi laluan pada Haura.

"Sorry budak." Kata Adam sambil menayangkan riak wajah kosongnya.

"Hmm saya mintak diri dulu Assalamualaikum." Balas Haura pada Adam.

Sebelum Haura pergi,Haura menolehkan kepalanya ke belakang dan berkata.

"Sorry,saya bukan budak nama saya Haura. Dan lagi satu,saya tak faham apa yang senior Adam mahukan cuma saya nak kata,jangan buat macam tu lagi dan jangan ganggu saya,sebab saya takut kena serang dengan your girlfriend. I'm so sorry again." Dengan segera Haura beredar dari situ.

Adam terdiam dengan kata-kata dari Haura. Dia menundukkan wajahnya dan tanpa sedar dia tersenyum sinis.

"Hmm garang." Kata Adam dengan perlahan.

Adam terus beredar dan bergerak ke dewan.

HAURA ALAINAМесто, где живут истории. Откройте их для себя