part 2

44 5 0
                                    

Haura masuk kedalam biliknya dan terus meletakkan beg dan buku di meja belajar. Haura duduk sebentar bagi menghilangkan lelah.Setelah itu,Haura terus membersihkan diri dan menunaikan kewajiban bagi seorang Muslim.

Haura turun ke tingkat bawah untuk mengisi perutnya yang sedang menggelegak itu.Setelah makan dia terus mencari uminya.

"Umi,mana ayah?tak balik lagi ke dari kerja?setahu Haura ayah dah ada dekat rumah sambil baca surat Khabar". Soal Haura pada uminya.

"Oh ayah tu dia ada hal sikit,tu yang tak balik-balik lagi tu,apa halnya umi tak tahulah". Jawab puan Hana.

"Ouh takpe la kalau macam tu,bukan apa,Haura ni nak pergi rumah Everlyn sekejap nak ambil modul sains yang dia pinjam semalam,sebab esok Haura ada matapelajaran sains.Boleh eh,Haura nak pergi rumah Everlyn umi?".Tanya Haura.

"Haa pergilah,bukan apa umi risau sekarang ni banyak kes berlaku kita tak tahu apa akan jadi nanti. Haa lepas pergi dari rumah kawan tu,dah ambik apa yang patut,terus balik! jangan nak merayau sana sini faham?" Tegas puan Hana bersuara.

"Baik umi Haura faham,lepas pergi rumah kawan, Haura terus balik". Jawab Haura.




_____

Haura menyalin pakaian yang lebih sopan,tidak lupa jugak handsock dan stoking bagi menutup auratnya. Haura bukanlah gadis yang alim,tapi dia cuba menjadi yang terbaik sama seperti sahabatnya itu Everlyn.

Haura terus menaiki basikalnya kerana dia kurang mahir menunggang motosikal. Risau lain yang jadi kalau dia bawak motor,mahu runtuh pagar rumah orang!

Setelah sampai ke destinasi Haura terus turun dari basikal dan menekan loceng rumah Everlyn.

Everlyn di dalam rumah lekas-lekas membuka pagar rumahnya itu.

"Yee Haura!sampai pun kau aku ingatkan kau nak bagi terus je buku kau tu dekat aku!". Jawab Everlyn selamba.

"Waalaikumussalam cik adik,salam tak nak bagi ke?kau nak aku berdiri dekat luar ni berapa lama?". Balas Haura sambil memerli sahabatnya itu.

"Eh kau!nak perli-perli aku pulak! haa yelah masuklah masuk buat macam rumah sendiri yeee!!!"Balas Everlyn sambil menjeling.

"Haa yelaa nak masuk lani! haa lagi satu!takde masa aku nak bagi buku aku tu terus dekat kau! habistu nanti aku nak belajar apa?!". Balas Haura.

"Eleh kau! kau tak payah belajar pun tak pe! tetap pandai!". Jawab Everlyn.

"Haa banyak la kau pandai,aku yang makin stress ni! dah la mana buku akunye?". Balas Haura.

"Haa kejap-kejap aku pergi ambil dekat atas".

Sambil menunggu Everlyn,Haura melihat fonnya untuk tengok kot-kot chat penting yang masuk.Haura terus membuka Instagramnya,sambil mengscroll,dia terjumpa satu gambar seorang lelaki yang selfie tidak menunjukkan mukanya.

Haura membaca caption lelaki itu "kau selalu ku perhati". Is agak seram bagi Haura kerana caption itu seperti seorang "psycho" tapi dia terus mengabaikannya dan terus menutup fon itu.

"Haura nah buku kau,aku dah habis salin,lain kali bagi pinjam lagi eh!" Balas Everlyn yang baru keluar dari biliknya dan terus beri buku itu pada Haura.

"Eh-eh banyak cekadak kau nk pinjam-pinjam lagi ni,dey! usaha sendiri la!ishhh menyampah aku". Balas Haura sambil menjeling.

"Haha yelaa sorry,haa ni kau nak terus balik ke macam mana ni?".

"Aku terus balik la,nak tidur penatlah Tak rehat lagi ni". Balas Haura dengan tenang.

"Haa okk, hati-hati bawak basikal tu,kalau jatuh bangun sendiri!" Kata Everlyn sambil ketawa.

"Ha ye aku tahu! dah lah aku gerak dulu,apa-apa jumpa dekat sekolah esok bye baby boo!"

"Bye too Haura pendek!".

Haura terus bergerak meninggalkan rumah sahabatnya itu.







HAURA ALAINAWhere stories live. Discover now