part 10

31 6 0
                                    

"ish!!! aku geram betul laa dengan mangkuk-mangkuk ayun tuh! Sekor-sekor perangai mintak penampar!dia tak tahu lagi rasa tangan aku ni kalau melekat dekat muka tu macam mana!". Everlyn membebel menyuarakan ketidakpuashatian dia itu.

"Eh mak cik?kau dengar tak aku membebel ni?". Soal Everlyn pada Haura.

"Hah? Ak.. haa ye dengar...hihi". Tergagap Haura ketika itu sambil menggaru kepalanya yang dibaluti tudung sekolah.

Dia bukan dengar pon Everlyn membebel,otak dah merantau jauh dari sekolah sampai ke rumah.

"Hahahaha ye memang kau dengar pon aku membebel kan?". Balas Everlyn sambil menjeling geram pada Haura.

"Ye laa kau membebel macam tak ada hari esok, memang laa aku tak berapa minat nak dengar dah macam bontot ayam kau tahu?". Balas Haura dengan wajah yang tiada riak.

"Hah! Kan senang kau jujur je yang kau ni tak dengar! Ish menyampah aku!". Kata Everlyn sambil memeluk tubuh dan menghadap ke arah lain.

"Alahhhh! Sorry lah,kiteww bukan tak nak dengar tapi kitewww malas nak kata apa-apa awak jangan lah merajuk dengan kitew,nanti siapa nak borak dengan kitew". Haura mengeluarkan gaya gedik manjanya sambil membuat muka itik untuk memujuk Everlyn.

"Eh eh minah ni,buat gedik pulak! Aku cubit karang! Baik kau jangan buat gaya macam tu! Aku rasa macam nak bagi penampar je!".

"Hah yelah yelah! Dah aku pon malas nak pujuk kau! Jom masuk kelas".

Dari jauh ada mata yang memerhati mereka berdua sehingga mereka masuk ke dalam kelas.

_______________________

"Okay kelas,untuk harini sahaja kelas kita,so jangan lupa homework yang saya bagi tu ya? lusa saya nak kutip buku faham semua?". Pesan guru matapelajaran BM itu pada anak muridnya.

"Faham cikgu!".

"Lyn,jom kemas barang cepat-cepat aku nak balik rumah ni katil aku dah memanggil". Gesa Haura.

"Ye! Sabar kejap aku tengah kemas ni". Balas Everlyn dengan kalutnya.

"Dah jom".

Sedang mereka berjalan,mereka berborak seperti biasa dan ketika itu mereka ada terdengar pergaduhan di dalam bilik stor sukan.

"Weyh Haura,kau dengar tak?aku rasa macam nak pergi carilah suara tu."

"Eh eh kau jangan nak mengada!kalau jadi apa-apa nanti macam mana?jom lah balik!." Balas Haura dengan suara gementar sambil menarik tangan Everlyn.

"Alah sekejap je weyh! Aku nak tengok sikit je...sikit pon jadi lah." Rayu Everlyn.

"Kalau macam tu kau pergi sorang,aku nak balik! Nanti hilang basikal aku orang curi!".

"Alah takdenya orang nak curi basikal pink kau tu! Alahhhh kata member! Takkan teman aku pon tak boleh!". Rungut Everlyn.

"Ni tak ada kene mengena dengan member! Ni nyawa? Kau tahu nyawa? Kalau jadi apa-apa macam mana? Siapa nak tanggung!" Balas Haura dengan geram.

"Sampai hati kau Ra! Buat hati kecil aku ni menangis". Everlyn membuat muka sedihnya untuk memujuk Haura.

"Ish aku minah ni! Haa yelah yelah! Jom kita pergi tengok kalau jadi apa-apa dekat aku siap kau! Faham?!".

"Baik boss! Saya faham! Dah jom nanti terlepas". Dengan cepat Everlyn menarik tangan Haura.

Mereka berdua cuba untuk menekapkan telinga pada pintu bilik stor itu.

"Kau dengar tak Haura? Aku tak berapa dengar diaorang cakap ni."

"Jap jap aku pon tengah cuba nak dengar". Balas Haura sambil telinga di tekapkan pada pintu bilik stor itu.

Sedang mereka berdua cuba mencuri dengar mereka terdengar suara seseorang sedang bercakap seperti memberi arahan.

"Aku nak kau perhatikan perempuan tu dan cepat-cepat beri maklumat apa yang kau dapat dan terus beri pada aku! Faham?!." Kata suara itu.

"Ye baik,aku akan lakukan tugas dengan baik tuan muda".

Haura dan Everlyn sangat-sangat terkejut.

"What??? Tuan muda? Tuan muda celah mana ada dalam sekolah ni Lyn?, perempuan mana pulak yang tuan muda tu nak tahu sangat?!".

"Entah aku pon tak sure weyh! Ishh takutlah!tapi kann suara tu macam pernah dengar la pulak! Hmmm maybe orang lain kot."

"Suara siapa pulak ni Lyn? Kau macam pernah dengar! Biar betul! Siapa?."

"Hmmm tak de sesiapalah,hayalan aku je kot,jom lah balik nanti kantoi dengan "tuan muda" tu pulak".

"Ha yelah jom,aku pon takut ni Lyn."

Dengan segera mereka meninggalkan tempat itu.

"Aku yakin,suatu hari nanti kau akan jadi milik aku Alaina,semua milik kau adalah milik aku! Aku harap kau tak akan jatuh ke tangan orang lain,dan jika kau jauh dari aku,aku tak akan teragak-agak untuk buncitkan perut kau! ingat tu Alaina." Kata satu suara itu dengan penuh seribu satu muslihat.

Ya,dialah seseorang yang menantikan kekasih hati yang dicari dan ditunggu selama ini.

Penyakit yang ada dalam diri sejak dahulu sukar untuk dijumpai penawarnya melainkan si ratu yang masih berkeliaran dapat ditangkap dan dijadikan penawar sakitnya serta peneman hidup sehingga mati.

Dia adalah dia,dan ratu adalah ubatnya.

HAURA ALAINAWhere stories live. Discover now