part 9

37 6 0
                                    

Sedang mereka menikmati makanan yang ada di depan mata tu,takkan depan laki orang pulak! Okkk sambung,tiba-tiba kerusi dihadapan mereka ditarik. Mereka terus mengangkat kepala untuk melihat siapa di hadapan mereka itu.

Makkk oihhh terus ada depan mata!aku ingatkan lepas je pasangan sejoli ni bergaduh terus blah dari kantin rupa-rupanya depan mata ni hah!

Terkejut Haura dan Everlyn. Mereka pandang sesama sendiri. Terjegil-jegil mata mereka bagi isyarat 'nak buat apa ni weh'.

"Hoi! Korang memang tak tahu malu ke atau memang bodoh?" Tegur Helena dengan nada yang kasar dan kurang adab!

"Hah? Tak tahu malu? Bodoh? Maaflah kami ni memang bodoh jadi bila dah bodoh maknanya kami tak faham apa yang tuan puteri perkatakan". Balas Everlyn dengan nada yang sinis.

"Huh! Kalau bodoh tu tetap bodoh! Ish sakit hati aku cakap dengan perempuan murah macam ni! Eh aku malas nak cakap panjang,boleh kau dengan perempuan sundal sebelah kau tu blah tak? Ni tempat kami,sesuka hati je ambil tempat King and Queen heh." Balas Helena dengan nada yang berlagak. Dasar dugong!

Keliling Helena terdapat rakan sekutunya dan juga rakan-rakan Adam. Masalahnya Adam tu tengok je drama ni dari buat apa-apa! Apa kebodoh la mamat tu?!.

"Eh-eh pontianak ni! Mulut kau tu jaga sikit eh,mulut kau ni memang spesis anjing eh? Kawan aku sundal ke kau yang sundal! Dok menyalak macam anjing! Heh aku tak heran la kalau kau nak halau kami pon, at least cara tu biar beradab sikit sebelum aku ajar kau cara nak beradab!" Haa amik kau kan kak long kawasan dah keluar,jangan buat main-main! Pantang betul dia kalau berkaitan dengan Haura ni.

Haura hanya diam membisu kerana malas mahu bertengkar,kalau dia balas pon bukan dia yang memang lebih baik diam dan makan.

"What kau kata aku pontianak?! Kau memang nak kena kan?!" Terjerit-jerit minah ni sampai acik kantin yang sedang masak tu pon terkejut.

"Lah...pekak pulak dah,aihhh penat lah aku macam ni,kau diam jela kalau kau dengan kutu-kutu kurap keliling kau ni nk duduk sini haa meh duduk! Kami tak kesah pon".

"What kau kata kami ni kutu kurap?! Kau memang nak kena la!" Kata salah seorang dari mereka itu

"Ada lagi spesis pontianak ni,aduh memang geng-geng kau ni pekak eh? Aduh penat lah ahahahaha". Everlyn sengaja mahu menaikkan api kemarahan mereka itu.

Helena tidak tahan dengan mulut puaka Everlyn itu lalu,dia bertindak untuk menarik tudung Everlyn. Everlyn yang perasan akan tindakan Helena terus menepis tangan kurap itu. Haih Author pulak yang geram.

"Kau jangan nak berani naikkan tangan kau tu dekat tudung aku! Tangan kau tu dah la kurap! Busuk! Suka hati kau nak pegang kan?". Wah perempuan ni dah main kasar nampaknya!

"Kau tu yang mulut lancang sangat! Suka hati kau kata tangan aku kurap! Tangan ni laa yang boyfriend aku tergila-gilakan kau tau tak!"

"Tu maknanya boyfriend kau tu gila! Buta! Tak nampak ke ada kudis-kudis kat tangan tu? Euwwww". Everlyn membuat muka jijik.

Helena makin panas hati,kau tunggu perempuan kau tahu la nasib kau lepas ni, bisik hati Helena.

Semua orang di kantin itu melihat sahaja drama tidak berbayar itu. Bukan senang nak tengok in real life,ni dah dapat tengok tak elok lepaskan peluang. Ha lepas ni boleh la letak tajuk drama Engkau kudis engkau merana. Hmmm mantap.

Rakan-rakan Helena hanya menahan sabar dari tadi kerana melihat ketua mereka ditindas. Haa padan muka! Sapa suruh cari pasal!.

Sedang mereka memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang dingin. Haura terus menyampuk dan menarik tangan kawannya.

"Lyn,dahlahtu,jom lah tak payah gaduh malu la orang tengok,cuba tengok sekeliling tu,mereka semua perhatikan kita." Tegur Haura dengan lembut.

Helena terus memandang Haura dengan pandangan yang dingin.

"Kau tengok lah tu geng kutu tu buat apa dengan kita,kau ingat aku nak diam je? Silap besar lah". Kata Everlyn dengan dingin.

"Heh! Kau tu yang tak hormat kami semua!". Balas Najla Ameela aka meela itu dengan pantas. Dari tadi dia menahan sabar melihat aksi Everlyn yang bermulut lancang itu.

"Kau diam minah!aku tak cakap dengan kau pon,so jangan nak menyampuk!" Jeling Everlyn.

"Eh dah lah tu semua tak penat ke nak gaduh ni? Kalau awak semua nak duduk sini,haa duduk lah kami boleh pergi. Kalau nak halau tu halau cara elok sikit. Kami pon ada perasaan". Pintas Haura.

Helena hanya memandang atas bawah dan tersenyum sinis.

Selepas Haura berkata begitu,terus saja dia mengangkat mangkuk itu dan menarik tangan Everlyn.

Tetapi ada yang menghalang jalannya. Semua terkejut dengan tindakan Adam itu.

Adam terus bersuara setelah dia diam dari tadi.

"Kau takpayah pergi,habiskan makanan kau tu,duduk je dekat sini takpayah nak buat muka bagai".

Eh-eh sejak bila aku buat muka ni? Memandai betul mamat ni.

"Apa you ni! Biar la diaorang nak pergi pon! Yang you nak halang ni dah kenapa?" Marah Helena kerana Adam membenarkan mereka duduk di situ.

Adam hanya diam dan terus menatap wajah Haura sehingga membuatkan Helena marah.

"Maaf,saya dan kawan saya dah kenyang. Kalau awak nak makan awak ambillah,saya dah tak ada selera". Yela! Sapa je ada selera bila lepas gaduh macam ni.

"Seriously kau nak bagi aku makanan kau? Hmm boleh bagi aku habiskan thanks".

Yang lain tercengang dengan tindakan Adam itu.

"Eh awak nak betul-betul ke ni?". Tanya Haura minta kepastian.

"Lah tadi kau bagi,aku nak ambil lah." Kata Adam dengan selamba.

"Apa you ni! Tak jijik ke makan bekas perempuan sundal ni?!".

Terkejut Haura dengan kata-kata Helena itu. Air matanya hampir menitis.

"Air liur tu bukannya haram pon! Kalau haram pon kalau kongsi air liur babi,what you tak tahu?". Sinis Adam berkata. Dia terkejut melihat air muka Haura.

"Takpa lah awak,silap saya jugak takkan saya nak bagi bekas makanan saya ni dekat awak,awak kan boyfriend Helena."

Adam terus terdiam,wajahnya bertukar kelat apabila bibir itu berkata bahawa dia boyfriend Helena.

Selepas itu Haura dan Everlyn terus meninggalkan mereka.

Semua di situ terdiam,lalu Adrian Lee kawan kepada Adam terus bersuara sambil tangan kanannya di masukkan ke dalam poket seluar.

"Bila nak habis lah drama korang ni,aku penat tahu tak tengok!makanan pun tak terusik lagi! Dah la cepat makan! Kau pon Adam! Apa masalah kau nak makan makanan si minah tadi tu?".

Adam tidak berkata apa-apa,dia hanya diam,hatinya sedikit sakit apabila Haura pergi begitu sahaja. Dia mahu makan makanan Haura,itu yang dia mahu!.

HAURA ALAINAWhere stories live. Discover now