smm : 986.

25 8 11
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Belum tentu semua yang ada tu akan jadi kau punya. Sedangkan langit depan mata pun bukan kau pemiliknya.

.
.
.

——— !! ———

Aku menyelak satu persatu muka surat yang ada dalam buku kuning aku. Banyak sticky note, banyak kertas hasil tampalan aku, washi tape tak usah dikira banyaknya. Ada pressed flowers jugak.

Sebenarnya aku baru je habis bergaduh dengan Harith sebab dia marah aku kunci dia dalam bilik air. Secara teknikalnya bukan bergaduh pun, kena marah je sebab aku tak melawan sangat. Tapi aku masih mempertahankan yang aku ni betul. Siapa suruh tinggalkan aku kat sekolah?

Ya, kalau aku dan Harith lah yang bergaduh, memang runtuh bumbung rumah ni.

Oh ya, abang yang menyakitkan hati tu nama dia Harith. Yang baik pijak semut tak mati ni Haikal.

Kenapa aku tak lawan Harith? Bukan pengecut eh. Cuma, aku takut kena pukul kat kepala. Manalah tahu, nanti sekali dia pukul aku terus knock out pulak ke.

For your information, abang Harith aku tu main muaytai.

Muaitai.

Muaythai.

Muataik?

Entahlah tak reti lah aku nak mengejanya. Tapi fahamlah apa yang aku nak cakap kan? Kalau sekali dia pukul aku, tak patah segala tulang aku dibuatnya? Siapa nak makan semua keropok dalam kabinet tu nanti? Ha siapa siapa?

Apapun, aku kembali fokus pada buku kuning kecil comel cutiepatootie milik aku. Lama dah aku simpan buku ni. Aku jarang menulis, sebab tu buku ni mampu bertahan tiga tahun.

Kesan air liur basi pun ada dalam ni.

Setiap helaian diisi dengan banyak cerita. Tentang sekolah, tentang kawan-kawan, abang Haikal, abang Harith,

dan dia.

Aku tertumpu pada satu nota kecil yang tercatat.

25 june 2021
so , there's this guy ....

Sengih. Benda ni ditulis 986 hari lepas.

Masa ini, macam biasa, memori yang lalu terus menjengah kepala. Biasalah tu. Aku terus mendaratkan kepala ke atas bantal sambil otak ligat memunggah kotak memori. Mencari namanya yang lama menyepi.

Acewah. Puitis.

Malam itu pertama kali aku bercakap dengannya. Sebaik sahaja aku tekan start, aku mula memuntahkan segala perkataan yang ada dalam kamus. Macam-macam affirmation aku berikan supaya dia tak sedih. Panjang lebar aku tulis dengan penuh gigih. Entah kenapa aku begitu peduli padahal aku tak pernah kenal dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

signore , mi manchi !Where stories live. Discover now