Bab 12

1.3K 90 1
                                    

Lebih sejam lebih Darien sibuk mendandankan rambut Dania. Sekejap gaya bertocang dua, sekejap berekor kuda. Sekejap dibiarkan berjurai. Jenuh Darien mencuba segala cara mendandankan rambut Dania supaya lebih kemas dan rapi. Bermacam-macam hairstyle telah pun di buat. Namun semuanya tidak mengikut citarasa dia.

"Abang Ien, cukuplah. Biarkan je rambut Nia macam ni. Okey dah ni" Dania menolak perlahan tangan Darien yang terus menerus mendandankan rambutnya. Rambut dia yang sedikit serabai itu di sisir kemas dengan sikat merapikan semula rambutnya.

Darien ambil sikat yang berada didalam tangan Dania, kemudian di sikat kembali rambut Dania "Sabar la princess. Abang Ien tengah cuba sedaya upaya ni."

Sikat diletakkan pada meja solek Dania. Kemudian rambut Dania kembali di dandan.

"Rambut Nia tak sesuai la nak buat hairstyle. Cukup gaya macam ni sudah la. Nia suka je." Rambut Wolfhair miliknya di tilik di balik cermin. Sesekali tangan menyapu lembut depan rambut tersebut.

"No princess, malam ni malam berharga buat abang Ien. Abang Ien nak princess cantik-cantik malam ni. Abang Ien nak jadi riak. Abang Ien nak tunjuk dekat kawan-kawan abang Ien betapa cantiknya adik abang Ien." Darien buat muka bangganya

Tok! Tok!

"Cepat sikit tetamu dah tunggu dah tu." Kata Daryle dibalik luar pintu bilik Dania.

"Lima minit!" Laung Darien.

Darien senyum kecil tatkala rambut Dania berjaya di dandan olehnya. bridesmaid hairstyles menjadi pilihan Darien.

Darien tenung lama wajah Dania dibalik cermin sambil senyum mekar di bibir. "Cantiknya princess Ien ni!" Darien jerit kecil. Ya dia sedang terpesona dengan kecantikan Dania.

Dania belek bridesmaid hairstyles miliknya.

"Biasa je abang Ien." Dania senyum tawar.

Darien kemam rapat bibirnya. Wajah di tunduk. Tubir mata tanpa sengaja mengeluarkan cecair larva. Laju Darien menyekat kasar matanya menggunakan hujung lengannya.

"You cantik sangat princess, I kagum sangat dengan kecantikan you. Kecantikan you tak ada tandingan. sama macam Bonda." Darien tekup mulutnya terharu.

Dania senyum kecil. Badan ditolehkan memandang wajah Darien. Darien pantas melarikan wajahnya dari ditatap oleh Dania.

"You jangan pandang, I tengah broken." Dania gelak kecil. Bingkas tubuh Dania bangun dari duduknya. Dania mengalihkan tangan Darien yang sedang menutupi wajahnya. Tubir mata Darien yang terdapat sisa air mata disekat lembut dengan jari jemari halusnya

"Nak hug tak?" Tanya Dania. Kerana ketinggian Darien yang seperti galah itu menyebabkan Dania sedikit berjungkit

Darien mengangguk kecil. Dania mendakap tubuh Darien. Belakang badan Darien.

"Sayang abang Ien." Dania senyum sebaris.

"I pun sayang sangat Princess." Luah Darien.

"Baru kali ni I peluk you tanpa Daryen." Kata Darien yang masih lagi didalam dakapan Dania.

"Hoi!" Suara garau dari arah pintu membuatkan Darien serta Dania yang sedang berpelukan itu menoleh kearah pintu. Daryen sedang pandang tajam kearah mereka dengan tangan disilang ke dada.

"Kau pahal datang time macam ni hah?!" Darien menggonyoh kasar matanya. Dia takut sekiranya air mata jantannya dilihat oleh Daryen. Daryen bukan boleh percaya. Kaki nganjing.

Dania ditarik sebelum disorok pada belakang tubuhnya.

Daryen pandang tajam ke arah Dania. Daryen membuka langkah menghampiri Dania

Daryen membuka besar tangannya dihulurkan pada Dania. "Baby hari ni you tak hug I lagi, I nak you hug I."

"No Princess, I am the first person. Only first. Hug I dulu." Darien menepis kasar tangan Daryen. Darien membuka besar tangannya ke arah Dania.

Daryen menghampiri Dania

"Kau datang dekat, aku silat kepala kau!" Warning Darien tatkala Daryen menghampiri Dania. Langkah silat dibuka. Hanya tunggu Daryen memasuki bulatan dia sahaja.

Daryen mengambil gajet mahal miliknya yang berada di poket seluar. Kemudian, didekatkan gajet mahal miliknya pada cuping telinga dia.

"Ha? Ien? Ha ada ada."

Gajet mahal tersebut dihulurkan pada Darien.

"Niel cari kau."

"Cari aku?" Daryen mengangguk.

Darien mengambil gajet milik Daryen. Kemudian di dekatkan pada cuping telinga.

"Ha bro?"

Dan akhirnya Darien termakan tipu helah Daryen.

"Sorry baby." Daryen menarik tangan Dania sebelum di bawa lari.

"Niel tak ada. Aku syak dia pakai line seringgit." Baru sahaja dia ingin menghulurkan gajet tersebut kepada Daryen. Kelibat Daryen hilang dari penglihatan.

"Princess, where's Dary-"

Darien jeda.

"What the fish?"

Membahang merah wajah Darien tatkala Dania sudah tidak ada di dalam bilik tersebut.

"Kau memang nak mati Daryen!"

Daryen senyum bahagia apabila dia dapat merebut Dania dari Darien. Tangan Dania di genggam erat,

"Tuan, Cik muda." Zanky membungkukkan sedikit tubuh dia tatkala melihat susuk tubuh Dania serta Daryen yang menuruni anak tangga.

Dania senyum sebaris.

Dania mendekati Zanky, menyebabkan Zanky mengundurkan dirinya ke belakang tatkala Cik mudanya menghampiri dirinya.

"Abang Zan, cantik tak Nia? Abang Ien mekapkan Nia tadi." Dania tunjuk wajah dia pada Zanky. Zanky hanya menunduk tidak menjawap.

"Layan jelah Zan, Darien tak ada." Kata Daryen. Dia tahu mengapa Zanky bersikap dingin terhadap Dania. Dania senyum lebar apabila Daryen berpihak kepada dia.

"Cantik tak?" Soal Dania kembali. Dania senyum lebar menunggu jawapan Zanky.

Zanky mengangguk sekali.

Zanky menunduk hormat apabila melihat jelas bayangan susuk tubuh yang sangat dikenali. Darien. Darien sedang menatap dingin ke arah dia.

"Kau rampas Dania dari aku!" Darien menatap tajam ke arah Daryen. Setapak demi setapak Darien melangkah menuruni anak tangga. Daryen menelan payah air liurnya tatkala merasakan aura kekejaman Darien mula perlahan meningkat. Pegangan pada tangan Dania diperketatkan.

Darien melempar gajet milik Daryen tepat ke arah Daryen.

"No!"

Darniel menangkap gajet milik Daryen.

"Sekarang bukan masa untuk bergaduh." Kaca mata pada batang hidung Darniel yang hampir jatuh diperbetulkan. Anak mata helang Darniel memandang tepat kedalam anak mata Darien.

"Dennis, Denny tunggu kau kat bawah. Pergi jemput diorang masuk."

Darien mendengus. Dia menuruni anak tangga. Tangan halus Dania di dalam pegangan Daryen di rampas sebelum dibawa jauh oleh Darien.

"My baby..." Daryen mengambil gajet mahal miliknya yang berada di dalam tangan Darniel. Jika Darniel tidak menangkap tadi pasti ini sudah ke 23 kali IPhone 14 Pro Max miliknya dipecahkan oleh Daryen.

"I- Iphone aku..."

Darniel keluh nafas kecil. Ada sahaja benda yang nak digaduhkan mereka.

Too be continued..

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now