Prolog

12.7K 608 13
                                    

Dania menoleh laju memandang kearah pintu tatkala sistem pendengaran dia dihentam dengan bunyi orang menguak pintu. Dada kini berombak kencang tatkala jelas menampakkan kertas pada tangan Doktor Arif. Dia tidak tahu apakah keputusan yang bakal Doktor Arif beritahu dia nanti.

Doktor Arif melabuhkan punggung pada kerusi kerjanya sebelum kertas pengesahan pada tangan dia diletakkan diatas meja. Wajah Cik mudanya dilihat sekilas sebelum doktor Arif menundukkan kepalanya.

Dania mencengkam kuat hujung bajunya. Air liur ditelan payau. "M-macam mana doktor?" gugup Dania menyoal.

Doktor Arif, atau lebih jelas Doktor pribadi Dania yang sudah berkhidmat pada keluarga "Celcevion" generasi ke generasi, menghulurkan kertas tersebut kepada Cik mudanya, Dania. Dania menyambut huluran tersebut. Bergetar anak mata Dania melihat isi dalam kertas maklumat tersebut. Bibir dikemam. Dadanya sebak mengetahui dia menjadi mangsa penyakit tumor otak.

"Maaf Cik Dania saya gagal jadi doktor terbaik buat Cik Dania. Maafkan saya! " Bingkas tubuh lelaki lingkungan umur 50 an itu berlutut dihadapan Dania.

"Saya minta maaf Cik Dania. Selama 20 tahun ni saya gagal mengesan penyakit Cik Dania." menggigil tubuh lelaki itu memohon ampun. Dania ketap kuat giginya. Kepala di geleng kecil. Doktor Arif yang sedang melutut di hadapannya dilihat. Kemudian bingkas tubuh Dania bangun bagi mendapatkan doktor pribadinya itu.

"Tak apa, bukan salah doktor. Salah saya tak perasan lebih awal. Doktor tak salah." lembut Dania berkata.

Doktor Arif menggeleng laju. "Salah saya Cik Dania."

Dania geleng kecil. Menidakkan apa yang dikatakan Doktor Arif. Doktor Arif ketap gigi. Mata dipejam rapat. "Salah saya Cik Dania. Jika saya perasan lebih awal penyakit Cik Dania. Mungkin Cik Dania masih boleh diselamatkan." kata Doktor Arif mengeluh. Dia mula menyalahkan dirinya atas penyakit yang ada pada Dania.

Sejak 1990 an, turun temurun keluarga Doktor Arif merawat keluarga "Celcevion" tidak pernah pun antara keluarga nenek moyangnya berbuat salah. Mahupun mengira salah penyakit keluarga terhormat itu. Namun setelah Doktor Arif mengambil alih pekerjaan itu. generasi yang seterusnya. Siapa tahu bakal berakhir begini.

Dania geleng kecil. "Mungkin dah tertulis, untuk saya hadap penyakit ni?"

Dania mengambil dokumen yang berada diatas meja doktor Arif. "Saya minta sangat Doktor jangan beritahu keluarga saya hal ni."

Doktor Arif mengangkat wajah dia memandang tepat kearah Cik mudanya. "Tapi, bukankah untuk keluarga Cik Dania buat persediaan awal. Mungkin Cik Dania masih lagi boleh diselamatkan." laju Doktor Arif memotong.

"Saya tahu, tapi. biarlah saya tak nak susahkan hati ayahnda dan bonda. Biarlah saya hidup bebas sebelum pergi. Saya tak yakin saya ada harapan untuk saya pulih. Mungkin lepas jalan rawatan akan sama?"

"Kalau bonda dan ayahnda tahu saya hidap penyakit ni, mungkin bonda dan ayahnda lebihkan Kawalan untuk saya buat rawatan. Mungkin juga abang-abang saya akan lebih awasi saya. Saya tak nak sisa hidup saya dihabiskan dengan Bermacam-macam wayar."

Doktor Arif mengeluh. Faham sangat apa yang dikatakan Cik mudanya. Dia tahu kehidupan Cik mudanya seperti mana. Bukan seperti wanita diluar sana yang boleh bebas sesuka hati. Lagi-lagi dia adalah anak yang berharga buat keturunan "Celcevion" hidupnya dikontrol terus menerus oleh ayah serta abang-abangnya.

Dania pandang kosong kearah abang-abangnya yang sedang ralit bermain sepak bola bersama kawan-kawannya di padang bersebelahan rumah dia. Sesekali bibir menguntumkan senyuman palsu kearah abangnya tatkala abang-abangnya memandang kearah dia.

Daryen yang baru sahaja keluar dari perut kereta senyum manis kearah Dania yang dari jauh sedang duduk santai diatas padang. Badan separuh dimasukkan semula pada perut kereta sebelum beg kertas di sebelah seat tempat duduknya diambil. Daun pintu ditutup sebelum kaki panjangnya berlari pantas kearah adik kesayangannya itu.

"Hey, kenapa ni? Muram je abang tengok." Sapa Daryen dari arah belakang. Dania senyum sebaris tanpa menoleh kearah empunya suara tersebut.


Tahu sangat siapakah gerangan empunya suara yang menyapanya.

"Tak ada lah. Mana ada. Nia okey la." Dania cuba untuk menipu. Walhal dia masih memikirkan apa yang dikatakan doktor Arif dua hari lepas.

Daryen melabuhkan punggung dia bersebelahan dengan Dania yang duduk diatas rumput. Beg kertas yang disorok dibelakang badannya dihulurkan kepada Dania.

"Nah, untuk baby kesayangan abang." Dania menyambut huluran tersebut sebelum diintai isi dalam beg tersebut.

Cheesecake dan bunga matahari!

Melebar senyuman Dania.

Laju tangan Dania mengeluarkan cheesecake tersebut sebelum disuakan kedalam mulut.

"So macam mana dengan check-up yang baby buat tempoh hari? Okey?"


Terhenti suapan Dania tatkala Daryen mengingati semula apa yang dia lupakan beberapa minit tadi.

"Baby sakit ke?" soal Daryen apabila melihat pelik kelakuan Dania. Seolah-olah Dania menyembunyikan sesuatu daripada dia. Dania laju menggeleng. Senyuman palsu menghiasi bibir munggilnya.

"Nia okey je. biasalah migrain kan."

Dania menghadapi kanser tumor otak tahap empat. Dan jangka hayat yang diberitahu Doktor Arif adalah hanya 6 bulan sahaja lagi jangka hayat Dania untuk teruskan hidup. Bagi Dania penyakit itu hanyalah perkara biasa baginya. Jujur kata. Dania hampir depresi mengetahui dia bakal mati tidak lama lagi. Namun siapakah dia untuk menentukan takdir hidupnya. Walau bagai mana pun demo terapi yang bakal dibuatnya nanti. Siapa dia untuk menolak kematian? Yang hidup pasti akan mati. Jadi cepat atau lambat suatu hari dia bakal dijemput Ilahi juga.

"Betul ke just migrain? Tak ada penyakit lain?" Daryen menginginkan kepastian. Dania geleng. Cheesecake laju disuakan kedalam mulut Daryen supaya Daryen berhenti menyoal dia lebih lanjut.

"Sedap?"

Daryen angguk.

"Abang Yen hari-hari ke potong daging lembu?" Daryen mengerut kening sebelum mendongak kebawah melihat bajunya. Jelas kelihatan darah masih baru melekat pada baju putihnya. Daryen gelak palsu. Tangan naik menggosok belakang kepalanya.

"Ha'ah, ya. Sorry baby. Berbau ke?"

Dania angguk kecil.

"Bau macam darah manusia." jujur Dania.

Daryen cuak apabila mendengar kenyataan dari Dania. Ke kiri ke kanan kepala menoleh memikirkan segala cara untuk menukar topik bicara.

"Yle, Day. Tolong aku." Jerit Daryen di dalam hati.

"Nia teringin nak tengok Abang Yen potong daging lembu. Lain kali kalau Abang Yen nak potong lembu dengan abang Niel boleh Nia nak ikut sekali?" teruja Dania berkata. Tubuhnya digesot merapati Daryen ingin membodek.

"Baby, ayahnda panggil." muncul satu suara garau dari arah belakang memotong perbualan mereka.

Too be continued..

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now