Bab 2

8.6K 472 13
                                    

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 malam. Kelihatan Raja Karlos serta Permaisuri Dahlia masih belum pulang lagi ke rumah. Kata kedua pasangan itu sebelum keluar dari rumah, mereka ada urusan yang hendak dilakukan. Darniel sibuk menaip laptop sambil menyandarkan tubuh pada kusyen single di ruang tamu. Manalala Daryle, Daryen dan Dania sedang fokus melihat televisyen sambil berbantalkan riba Daryle. Dayyen pula sibuk bermain dengan gajet.

"Baby."

"Hm." Sahut Dania

"You tak ngantuk lagi ke?"

"Abang Yen dan ngantuk ke? Kalau abang Yen mengantuk pergilah tidur." Daryen laju menggeleng.

"I tak nak tidur lagi, I nak teman you tengok movie. I tak nak you kesepian bila I tidur awal nanti." Dania tidak menjawap. Mata hanya fokus menatap Televisyen.

Daryen meniarapkan tubuh dia berhadapan Dania. Kedua belah tangan naik menampung wajah dia. Wajah cantik adiknya Dania di tatap.

"Baby, kenapa you tiba-tiba jadi pemurah." Soal Daryen bersahaja. Tangan menjalar mengambil sepotong pizza di atas meja sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

"Apa salahnya kita berkongsi rezeki." jawab Dania tanpa memandang kearah Daryen. Mata masih fokus melihat televisyen.

"Iya ke kongsi rezeki, ke you ada niat lain?" Daryen mencerlung matanya melihat wajah Dania.

Dania gigit bibir. Sememangnya memang ada perkara yang hendak dia beritahu kepada abang-abangnya.

"Sebenarnya..." Dania bingkas bangun dari riba Daryle Badan disandarkan pada bahu kusyen. Dania bermain jari halus miliknya.

"Nia tak nak jadi pewaris nama Celcevion yang seterusnya."

Darniel yang tadi sibuk menaip laptop mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah wajah Dania. Merah padam wajah Darniel.

"Apa yang kau cakap ni baby?!" Meninggi suara Darniel menyoal. Dania menunduk. Badannya menggeletar mendengar jerkahan kuat Darniel

Dayyen yang berada di kusyen bersebelahan dengan Dania serta Daryle hanya memandang silih ganti antara Darniel dan Dania. Kemudian, dia kembali bermain game pada gajet mahal miliknya.

Manakala Daryle turut menjadi seperti Dayyen. Hanya melihat sahaja. Langsung tak ada niat mahu membantu. Dia tidak mahu campur tangan dalam urusan antara Dania Dan Darniel

"Nia tak boleh jadi pewaris Celcevion. Nia tak nak." Kata Dania perlahan. Namun masih jelas di dengari Darniel.

Mengetat rahang Darniel menahan amarah. Punggung bingkas bangun dari duduk melangkah menghampiri Dania.

Lengan Dania ditarik kasar sehingga tubuh kecil Dania dengan sendirinya berdiri. "Siapa hasut kau jadi macam ni?!" Meninggi suara Darniel menyoal.

Mulut Dania terkunci. Dia tidak dapat menjawab soalan Darniel. Tengkingan Darniel membuatkan air mata Dania dengan sendirinya mengalir deras membasahi pipi gebunya.

"Bro, bro, bro, Chill. Apa ganas-ganas ni. Bincang elok-elok. Benda boleh bincang kan. Buat apa pakai kekerasan macam ni." Daryen tepis tangan Darniel yang memegang ketat lengan Dania. Lengan Dania diambil lalu digosok lembut.

"Are you okey, Baby?"

"Sakit? Hm? " soal Daryen lembut. Pipi gebu Dania dielus lembut. Soalan Daryen dibalas dengan titisan air mata.

"Auch baby, Don't cry." Daryen menarik tubuh genit Dania kedalam dakapan dia. Dielus lembut kepala Dania menenangkan dia.

"Bagitahu aku. siapa hasut kau suruh ubah fikiran!" tegas nada Darniel menyoal. Dania yang didalam dakapan Daryen menggeleng kecil menandakan tiada sesiapapun yang menghasut dia.

"Nia tak nak lepas Nia pegang gelaran Celcevion. Akan terjadi peperangan pada keluarga kita lagi." teresak-esak Dania berkata.

"Itu gunanya aku sebagai abang kau. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." meninggi suara Darniel bagi menyakinkan Dania.

Dania geleng kepalanya.

"Tak! Nia tak nak! Nia tak nak di sebabkan Nia pegang gelaran Celcevion keluarga kita akan bermusuh." bidas Dania laju.

"Kau dah janji dengan bonda dan ayahnda Nia! Kau perlu kotakan janji kau!" Tegas Darniel berkata

Dania angkat wajah dia. Pandangan tajam Darniel dibalas dengan takungan air mata. "Kenapa bukan abang Niel je Ambil gelaran tu. Kenapa perlu suruh Nia!"

"Sebab kau kuat Nia. Kuat dari aku."

"Aku minta sangat kau jangan hancurkan harapan bonda. Bonda perlukan kekuatan kau. Kau kekuatan bonda." spontan Dania tolak kuat dada bidang Darniel. Dia muak mendengar apa yang dikatakan Darniel.

Darniel sama seperti Bonda dan Ayahandanya.

"Tipu, tipu, tipu. Abang Niel tipu! Kalau betul Nia kekuatan bonda. Kenapa setiap kali Bonda balik rumah. Baju Bonda penuh dengan darah!"

Darniel raup kasar rambutnya kebelakang. Jika dia beritahu apa yang Bondanya lakukan. Pasti Dania tidak akan percaya. "Satu hari kau akan faham Nia."

Dania ketap gigi. Langkah terus dibawa menuju ke tingkat atas.

Daryen tolak lengan Darniel.

"Kau ni bro, pahal cakap kasar-kasar dengan Baby. kesian Baby. Cara lembut boleh guna nak juga pakai cara kasar." Darniel pandang tajam wajah Daryen. Langkah dibuka mengambil laptop miliknya dan terus naik ke bilik.

"So, how?" kata Daryle.

Daryen toleh wajah dia memandang Daryle. "Aku tak ada mood. Nak tidur." kemudian, Daryen membuka langkah beredar dari kawasan itu.

Daryle pandang pula wajah Dayyen yang fokus bermain game pada gajet mahal miliknya. Pandangan Daryle dibalas dengan pandangan kosong.

"Okey fine. Tak ada orang nak teman aku tengok movie. Aku pun nak tidur juga." Daryle bingkas bangun dari duduknya.

"Kau tutup, aku tak nak tutup walaupun aku tengah pegang." Remote TV dilemparkan pada riba Dayyen. Kemudian, dia terus melangkah beredar meninggalkan Dayyen beserta televisyen yang masih menyala.

Tajam bebola mata Darien melihat tepat kearah sasaran musuhnya 1000 Miter itu. Picu Sniper Sako TRG M10 ditarik sebelum dia melepaskan tembakan. Tepat sahaja mengena sasaran. Bibir Darien membentukkan senyuman sinis.

Too be continued.

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now