Diam. Aku pun tak tahu mengapa tiba-tiba aku macam ni.

-kenapa awak jarang
contact saya?

Ah, lantaklah! Aku cuma tanya kerana dia tunang aku. Mana tahu dia pun cuma terpaksa, boleh kami sama-sama batalkan pertunangan yang tidak diminta ini.

-Sebab kita tak ada
hubungan yang sah lagi
-Tak elok kalau kita kerap
berhubungan
-Boleh mencetus zina
hati bila kita berhubungan
dengan ajnabi

Aku termalu sendiri. Nampaknya dia lebih berpengetahuan daripada aku sendiri. Ah, jahilnya aku!

-Sabar ya, future wifey
-Lagi 4 bulan kita berjumpa
-Assalamualaikum

Aku.. betul-betul bersedia untuk berkahwin ke?

Macam mana kalau dia datang balik samada dalam tempoh pertunangan ataupun perkahwinan aku nanti?

Mampukah aku setia pada tunang aku sendiri?

Aku cuba untuk membuang fikiran negatif yang bersarang ke kepala. Astaghfirullahalazim! Istighfar Arya. Kenapa kau perlu berharap kepada masa lalu kau lagi?

Terang lagi bersuluh dalam tempoh yang cukup lama ini tidak pernah sekalipun dia cari kau, Arya.

Nak jadi bodoh pasal dia lagi, ke?

Entah-entah dia sudah mendirikan rumah tangga. Malah, sudah mempunyai anak. Takkan kau nak berharap dengan suami orang, Arya? Kau pun dah nak jadi isteri orang.

Aryan.

Nama yang cukup ringkas. Namun, nama itu juga mampu memberikan impak yang besar terhadap diri aku sendiri.

Entah berapa lamanya aku tidak mendengar khabar berita tentang dia.

Dia pernah hampir hancurkan kau, Arya. Hubungan korang berdua cukup penuh dengan maksiat dan dosa. Bukan itu sahaja, perkataan toksik juga tidak lari daripada hubungan itu.

Keras akal fikiranku memberi amaran tegas.

Jujur, separuh hati ini masih menyayangi dia namun separuh lagi bertindak untuk membenci.

Biarpun masih sayang, aku tetap belum memaafkan dirinya.

Aku merenung ke arah jambangan bunga pemberian si tunang. Lama. Jari jemari dilarikan lembut ke atas bunga-bunga putih yang kecil itu. Daripada cara dia menjaga diri daripada kerap berhubungan dengan aku cukup menunjukkan yang dia mempunyai didikan agama yang cukup.

Maybe he's the one, Arya.

Cuma aku.. diselubungi rasa bersalah. Bagaimana jika bakal suami aku nanti kecewa dengan aku setelah kahwin? Kecewa kerana isterinya menyimpan perasaan terhadap lelaki lain?

Move on, Arya. Move on.

Aku mengerling ke arah jam yang melekat didinding.

Tepat jarum menunjukkan jam 6 petang.

Tanpa berlengah, aku ambik kunci kereta bersama beg tangan yang sudah diisi dengan telefon yang aku guna sebentar tadi.

"Sara, saya balik dulu." Tidak menunggu jawapan Sara, aku terus keluar dari pejabat menuju ke kereta Mercedes-AMG milik aku sendiri.

Aku perlukan distraction.

Aku hanya memandu tanpa tujuan memandangkan aku masih cuti dan tidak perlu fikir tentang solat.

Tiga jam aku memandu tanpa tujuan yang sebenar, sehinggalah aku berhenti di sini, Pantai Teluk Batik. Cukup jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.

Jam dipergelangan tangan sudahpun menunjukkan pukul 9 malam. Pantai ini sunyi memandangkan tidak ramai pengunjung pada hari ini.

Hari Rabu. Pasti lah sunyi memandangkan hari esok masih sekolah dan berkerja. Bukan seperti hari minggu. Sarat dengan pengunjung tidak kira samada penduduk tempatan ataupun pelancong luar.

Aku melabuhkan punggung di tunggul kayu yang cantik terletak di tepi pantai. Buat seketika, aku hanya ingin menikmati angin malam di tepi laut.

Sesekali aku mengeluh. Kenapa aku rasa kosong?

"Tak elok mengeluh. Allah tak suka dengan hambanya yang cepat mengeluh. Seolah mempersoalkan takdir." Suara yang datang dari arah belakang itu membuatkan aku segera menoleh.

Lelaki. Namun tidak jelas siapa memandangkan aku rabun dan tidak memakai kaca mata, juga dia berpakaian serba hitan bersama cap di kepala.

Lantas, fikiran negatif mula meresap masuk ke dalam kepala. Berfikir bukan-bukan. Tidak pasti samada lelaki ini baik atau tidak.

Tanpa berfikir panjang. Laju sahaja mulut ingin mengeluarkan jeritan maha nyaring. Dada kian berdegup kencang. Masakan tidak jika lelaki ini sungguh mencurigakan.

Persis seperti orang jahat. Biarpun dia berpesan jangan mengeluh kerana tuhan tidak suka. Kita sendiri tidak boleh jangka sikap sebenar seseorang.




lah.

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now