6

12 2 0
                                    

"Bro," sapa salah seorang dari kelompok yang ramai dengan warga jejaka yang berumur sekitar 20-an.

Ariff cuma melemparkan senyuman dan berjabat tangan dengan jejaka yang sangat dikenali itu.

"Deeb,"

"Riff,"

Adeeb Hafiy. Saudara yang sangat akrab dengan Ariff sejak dari kecil.

Dahulunya, Adeeb memilih untuk menjadi musuh ketat Ariff hanya disebabkan Ariff selalu di puji dan selalu dihadiahkan kereta mainan yang mahal. Adeeb juga pasti akan ulangkaji dan membuat nota pada setiap malam tanpa disuruh hanya kerana ingin melawan saudaranya itu.

Ketika peperiksaan dijalankan ,dengan semudah itu Adeeb dan Ariff menjawab soalan yang diberi. Cikgu yang bertugas di kelas itu pun bagaikan tidak percaya apabila dua saudara itu dapat menyiapkan soalan peperiksaan lebih kurang dalam 20 minit sahaja. Ya ,mereka sama kelas pada zaman sekolah dahulu ,itu lah menyebabkan Adeeb berasa semakin mencabar!

Akan tetapi ,siapa sangka sekarang mereka sendiri yang berkongsi rezeki untuk membeli sebuah kereta mewah sesama sendiri? Mama Ariff dan Adeeb baru sahaja ingin bersyukur kerana tiada pergaduhan antara mereka lagi ,rupanya sama saja seperti dahulu.

"Lambatnya sampai ,kau gerak pukul berapa tadi?" tanya Adeeb.

"Gerak pukul 4 tadi ,maklum lah cuti sekolah kan ,jam lah jadinya."

"Oh ya, kau macam mana sekarang? Dapat tak beli Ducati Panigale V4 ?" soal Ariff semula dengan senyuman sedikit sinis.

"Ehh ,mestilah dapat! Lu pikir wa takda duit ka?" balas Adeeb pula dengan mengeluarkan kunci motor miliknya dari poket saku seluar.

Terbuntang terus kedua mata Ariff bila melihat kunci itu. Terus dia berlari keluar dari rumah yang sederhana besar untuk melihat kenderaan yang terletak di luar rumah.

Satu demi satu kenderaan Ariff melihat dengan teliti.

Naim yang melihat kelakuan Ariff pun tertawa kecil dan berjalan ke pintu rumah untuk membuka lampu diluar rumah.

Lampu diluar rumah yang menyala itu membuatkan Ariff semakin cekap mencari superbike milik saudaranya.

Dan akhirnya dia dapat melihat motosikal yang besar dan berwarna merah. 'Fulamak mamat ni ,memang betul-betul dia beli?' soal Ariff dengan perasaan yang sedikit tidak berpuas hati.

"Tu laa ,kemain rapat lagi kauorang ,tapi kau tak tau dia dah beli superbike untuk cabaran kau bulan lepas," sampuk Idham dengan menggelengkan kepala.

"Kau ni Riff ,jangan lah nak terkejut sangat. Porsche yang kau cabar aku untuk beli tu pun aku dah beli. Siap berlain warna lagi," Adeeb pula yang bersuara lepas melihat saudaranya sendiri bagaikan tak berkata-kata.

Ariff cuma senyum sinis mendengar kata-kata dari mulut Adeeb.

"Okey ,kali ni aku bet dengan kau. Kalau kau dapat sambung belajar dekat top 3 universiti di UK atau dimana sekali pun ,aku bagi kau RM 5,000 ,amacam?" cabar Ariff lagi dengan bersandar di pintu yang sudah terbuka luas alam itu.

Adeeb terdiam seketika dan memikirkan sesuatu.

"Okey ,deal." jawab Adeeb dengan keputusan yang muktamad. Walaupun RM 5,000 tidak cukup untuk pembayaran universiti tersebut ,sekurang-kurangnya dia dapat duit dalam jumlah nilai yang banyak.

"Affan left the group." ujar Affan dengan menghela nafas dengan kuat.

"Aku pun dah nak left the group ni. Kauorang berdua buat kitaorang ni macam tunggul kan?" Zayn pula yang bersuara. Betul-betul tak puas hati dia dengan dua saudara itu.

Jika Memang Berjodoh (OG)Where stories live. Discover now