7

2 0 0
                                    

Dari jauh ,Arfan sudah dapat melihat susuk tubuh badan Datin Alia dan adik-adiknya yang sedang berjalan ke meja Arfan. Eryna yang mengganggu nya sebentar tadi sudah pun pergi apabila dihalau kasar oleh Arfan sendiri. Tetapi dia tahu Eryna takkan berputus asa untuk mendapatkan hatinya. Huh.

"Fan," sahut Datin Alia sesudah sampai di meja makan. Arfan yang mendengar namanya dipanggil terus mengangkat muka.

"Dah order air belum?" tanya Datin Alia dengan melabuhkan punggung di tempat duduk hadapan Arfan. Arfan menggelengkan kepala dan kembali ke dunia Instagram dan Tiktok dia.

Datin Alia bagaikan mencari seorang pelayan untuk memesan. Apabila salah seorang pelayan mengalihkan padangan ke meja itu ,Datin Alia terus memberikan senyuman dan memanggil nya untuk mengambil pesanan.

"Ye puan ,nak order apa ye?" soal pelayan itu dengan memegang sebuah buku kecil dan pen berwarna hitam.

"Arfan nak apa?" tanya Datin Alia kepada anaknya dan mata bagaikan tercari-cari seseorang. Sebaik sahaja pintu kafe itu terbuka ,Datin Alia melihat 3 orang gadis yang memakai tudung pelbagai jenis. Seorang tudung sarung ,seorang tudung shawl ,seorang lagi tudung dua lapis berwarna hitam.

Ketiga anak gadis mengambil tempat duduk di meja terebut dan emaknya cuma menggeleng melihat ketiga anakm gadisnya yang memakai tudung berlainan. Tiga orang berlainan ,tiga cita rasa berlainan.

"Just give me soft cookies and milk," pesan Arfan kepada pelayan itu. Pelayan itu mengangguk seolah-olah faham dengan apa yang dikatakan Arfan. Kemudian pelayan itu melihat pula kepada Datin Alia.

"Cappuccino only," kata Datin Alia dan melihat anak gadisnya untuk memberi pesanan yang seterusnya.

"Cuppuccino lagi satu ya," pesan Armel dengan melemparkan senyuman.

"Erm.. Hazelnut Chocolate ada kan?" soal Arissa dan pelayan itu menangguk dan tersenyum.

"Okey nice ,Hazelnut Chocolate and ChocoLava Cake," pesan Arissa. Arissa memang tidak menyukai kopi, katanya kopi merasa sangat pahit seperti menghisap seketul pil ubat demam.

"Itu sahaja ya?" tanya pelayan dan melihat Datin Alia lagi. Datin Alia tersenyum manis dan mengangguk. Melihat Datin Alia mengangguk ,pelayan itu terus membalas senyuman dan pamitkan diri.

"Mana abang kauorang ni? Kena culik bunian dah ke? Dari petang tadi mama tak nampak batang hidung mancung dia tu," tegur Datin Alia.

"Abang cakap dekat Rissa tadi ,katanya ada hal ,tak tau pula hal apa," jelas Arissa.

"Arman?"

"Outstation kan mama. Mama ni kan ,baru seminggu lebih abang pergi outstation ,takkan dah rindu kot?" kata Arissa dengan membuat muka tak puas hati.

"Alah Rissa ni ,mama tanya je pun." jawab Datin Alia semula dengan nada merajuk dan menjeling kan mata. Arissa yang melihat gelagat mama nya itu terus melepaskan tawa sedikit kuat.

Datin Alia melihat ketiga anaknya yang sudah leka dengan telefon bimbitnya. Yang seorang tersengih seorang ,yang seorang muka tak ada perasaan. Yang lelaki pula ,muka macam tengah stress. Datin Alia cuma menggeleng kan kepala melihat anak-anak nya. Haih ,macam-macam kerenah.

• • •

"Makin hari.. makin cantik aku tengok kau ni ya.." kata seorang jejaka dengan mengusap gambar Maya yang berbaju kurung itu.

"Wait for me okay dear.. I'll make you mine no matter what." kata jejaka itu lagi dengan senyuman sinis. Di poket saku seluarnya ,dia dapat merasakan suatu getaran dan kemudian dia mengambil telefon bimbitnya keluar dari saku seluar dan melihat gambar yang dihantar oleh seseorang.

Jika Memang Berjodoh (OG)Where stories live. Discover now