1

16 4 1
                                    

Hari ini Maya hanya mengenakan baju kurung berwarna hitam yang bercorak bunga rose putih dan selendang putih. Dia juga memakai alat solekan yang tidak setebal tepung gomak. Hari ni adalah jamuan hari raya yang disambut disekolah dia.

Sepatutnya seorang murid mesti membawa beberapa hidangan untuk dimakan tapi dia? Tidak. Sebab dah semestinya yang lain akan bawa lebih daripada satu makanan. Jadi Maya tidak membawanya.

Disebabkan abah Maya kerja pagi hari ini ,jadi Maya keseorangan di rumah. Tukang hantar kesekolah dah semestinya kawan baiknya ,Amelia!

Maya berjalan keluar ke luar rumah dan mengambil kasut loafernya yang berada di rak. Belum sempat dia sarung kasut loafer dia yang berwarna hitam itu, dia mendengar seseorang memberi salam.

"Waalaikumsalam," Maya menjawab salam yang diberi. Maya terus menyarung kasut aku dan berjalan laju ke pintu pagar.

Alamak! Pintu lupa nak tutup. Maya berpatah balik ke arah lawan ,tutup pintu rumah dan kunci sekali dengan ibu kuncinya. Dia berlari ke pintu pagar itu dan dia dapat melihat bahawa Amelia sangat cantik pada hari ini.

"Cantik nampak hari ni ,nak ambil gambar dengan si dia ke?" Maya cuba mengusiknya. Amelia tersengih. Amelia memang dah lama suka dekat seseorang ,dia suka sejak tingkatan 3 lagi. Haha ,lama kan. Itu lah namanya 'effort' seorang perempuan.

"Tau-tau je ,yang kau ni.." Amelia memandang Maya dari atas hingga bawah untuk beberapa kali.

"Kenapa?" Maya bertanya dan tengok kepada pakaiannya. Baju kurung aku ada yang koyak ke? Ke kasut aku yang macam besi buruk?

"Kau dah kenapa nak berhitam putih hari ni? Cubalah pakai pinky sikit ,tak pun pakai baju yang aku bagi tu." Amelia memberi pendapat. Hmm ,kenapa dengan hitam putih pun? Apa masalahnya? Cantik apa?

"Tak nak ,dah jom lah."

• • •

Dewan Perdana sangat meriah pada hari ini. Nampak macam semua kehadiran kelas lengkap pula sebab dewan penuh hari ni jadi beberapa murid terpaksa duduk di luar dewan. Nasib baik Maya dan Amelia datang awal ,tak ada lah kena duduk luar dewan.

Setelah barisan pentadbir dan guru disiplin berucap ,dewan itu terus kembali meriah. Dan Maya pula mencari kawan-kawan dia yang entah hilang kemana. Amelia dia tak pelik kalau dia hilang, mesti dia tengah ambil gambar dengan encik crush dia tu. Nampaknya aku keseorangan lah ni.

"Aduh!"

Suara itu terus buat kepala Maya berpusing 180 darjah. Maya letak semula cawan dia yang berisi air sarsi diatas meja dan berjalan pantas kearah gadis yang baru sahaja jatuh tadi.

"Eh ,kau okey?" Maya bertanya dan membantu gadis itu untuk berdiri. Takut ada apa-apa luka ,dia repot dekat guru disiplin ,rosak majlis hari ini.

"Ahh ,aku okey ,terima kasih. Kurang ajar betul jantan tu ,ish!" gadis itu memicitkan kepalanya beberapa kali dan marah ke atas perbuatan kawannya. Kawan? Ye ke? Maya cuma senyum melihat gadis itu.

"Biar je lah dia tu ,asalkan kau tak cedera sudah." gadis itu mengangguk beberapa kali.

"Thanks ,nama kau apa?"

"Maya Adreana ,5 Jaya." Maya menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan gadis itu. Gadis itu capai tangan ku dan senyum kepada aku.

"Eryna Maisarah ,5 Kreatif. Nice to meet you Maya."

"Me too. Hm.. Eryna Maisarah ya? Such a unique name. Antara Eryna dengan Maisarah ,nama mana satu yang selesa dengan kau?"

"Thanks Maya. Aku lagi suka orang panggil aku dengan nama Eryna sebab Maisarah ada kisah silam yang buruk." terang Eryna dengan senyuman yang pasrah.

Jika Memang Berjodoh (OG)Where stories live. Discover now