Konsep Program

236 28 5
                                    

Cabaran ini mengambil inspirasi daripadaNanoWrimo (atau dikenali sebagai'National November Writing Month') danOpen Novella Contest (pertandingan penulisan novella tahunan yang dianjurkan oleh @OpenNovellaContest),

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cabaran ini mengambil inspirasi daripada
NanoWrimo (atau dikenali sebagai
'National November Writing Month')
dan
Open Novella Contest (pertandingan penulisan novella tahunan yang dianjurkan oleh @OpenNovellaContest),

*✧ ⃟ ⃟ ━━━ೋ๑୨[☘️]୧๑ೋ━━━ ⃟ ⃟ ✧*

📗Inkfinity Novella Challenge 📗

= NaNoWrimo + Open Novella Contest

*✧ ⃟ ⃟ ━━━ೋ๑୨[☘️]୧๑ೋ━━━ ⃟ ⃟ ✧*

■ NaNoWriMo atau lebih dikenali sebagai 'National November Writing Month' ialah sebuah cabaran menulis 50,000 patah perkataan dalam masa 30 hari sahaja, di peringkat antarabangsa. Ia biasanya dilaksanakan pada bulan November setiap tahun.

Mengadaptasi konsep NaNoWriMo ini, kami mahu mencabar daya ketahanan mental penulis Wattpad untuk menulis secara konsisten setiap hari!

Sebagai permulaan, kami mencabar anda untuk untuk menyiapkan karya baru, iaitu sebuah novella yang mempunyai 17,000 patah perkataan dalam tempoh masa 36 hari!

Kita tukarkan cabaran ini menjadi perlumbaan yang hangat dan sengit!

■ Open Novella Contest pula merupakan pertandingan menulis novella yang dianjurkan oleh OpenNovellaContest! Menyediakan prompt penulisan yang menarik, peserta dicabar untuk menyiapkan sebuah novella antara 20,000 - 40,000 patah perkataan selama tiga bulan, dan dipecahkan kepada tiga pusingan.

Mengadaptasi konsep kedua-dua pertandingan tersebut,

Inkfinity Novella Challenge 2024
merupakan sebuah cabaran menulis sebuah novella dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Novella tersebut mestilah sekurang-kurangnya mengandungi 17,000 sehingga 20,000 patah perkataan.

Genre yang diterima pula terhad kepada genre spekulatif yang telah ditetapkan iaitu:-

☘️ Fiksyen Fantasi
☘️ Fiksyen Sains
☘️Fiksyen Sejarah
☘️Fiksyen Jenayah
☘️Aksi & Pengembaraan
☘️Seram & Paranormal
☘️Romantika/Cinta

Temanya bebas, asalkan ada salah satu atau gabungan genre-genre spekulatif yang telah disenaraikan.

Genre bukan fiksyen dan fiksyen peminat tidak diterima sama sekali.

Anda ada idea yang sudah lama diperam di dalam fikiran yang menepati syarat kami?

Atau, ada banyak cerita yang belum kunjung terjumpa noktah terakhir?

Anda patut sertai cabaran ini untuk menulis dan menyiapkan cerita itu!

Cabaran ini terbahagi kepada 3 pusingan yang akan bermula pada 1 March 2024 dan berakhir pada 6 April 2024.
(Rujuk bab 'Tentatif Program' untuk mengetahui tarikh-tarikh penting.)

Peserta akan dikira menang jika berjaya melengkapkan bilangan patah perkataan yang dikehendaki di setiap pusingan dan berjaya menyiapkan novella masing-masing di akhir cabaran.


Apa lagi?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa lagi?

Tag 5 orang atau lebih ramai rakan-rakan penulis Wattpad anda untuk menyertai perlumbaan ini!
Lebih ramai, lebih meriah, lebih sengit!

Kongsikan pertandingan kami ini di akaun Wattpad anda serta media sosial anda yang lain!

Jangan lupa juga untuk simpan buku program ini di Pustaka atau Senarai Bacaan anda supaya tidak ketinggalan apa-apa berita dari kami!

Ikuti Inkfinity di Wattpad, Telegram, dan Instagram juga!


Jumpa anda semua 1 March 2024 nanti!

INKFINITY NOVELLA CHALLENGE 2024Where stories live. Discover now