Pengenalan

488 59 37
                                    

Apa itu Inkfinity Novella Challenge?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa itu Inkfinity Novella Challenge?

Cabaran Novella Inkfinity atau lebih dikenali sebagai 'Inkfinity Novella Contest' merupakan sebuah perlumbaan menulis sebuah novella sebanyak 17,000 patah perkataan selama 36 hari!

Inkfinity telah menganjurkan cabaran ini secara tahunan sejak 2022! Tahun ini bakal menjadi tahun ketiga pelaksanaan cabaran ini.

Kami menggabungkan konsep NaNoWrimo dan Open Novella Challenge. Selama 36 hari, akan ada tiga pusingan. Peserta mestilah mencapai jumlah patah perkataan tertentu untuk lulus ke pusingan yang seterusnya.

Peserta bebas menulis cerita masing-masing, asalkan terangkum dalam genre-genre spekulatif yang berikut:

☘️ Fiksyen Fantasi
☘️ Fiksyen Sains
☘️ Fiksyen Sejarah
☘️ Fiksyen Jenayah
☘️ Aksi & Pengembaraan
☘️ Seram & Paranormal
☘️ Romantika/Cinta

Tujuan aktiviti penulisan ini diadakan adalah untuk:

1. Menyemarakkan aktiviti penulisan komuniti Wattpad Malaysia

2. Mencungkil bakat penulis-penulis Wattpad

3. Mempopularkan genre-genre fiksyen spekulatif di Wattpad

4. Menggalakkan penulis menyiapkan manuskrip novella melalui persaingan sihat

Menarik tak? Adakah anda sanggup menyahut cabaran kami?

Menarik tak? Adakah anda sanggup menyahut cabaran kami?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa lagi?

Tag 5 orang atau lebih ramai rakan-rakan penulis Wattpad anda untuk menyertai perlumbaan ini!

Kongsikan pertandingan kami ini di akaun Wattpad anda serta media sosial anda yang lain! 

Lebih ramai, lebih meriah, lebih sengit!

Pastikan anda juga:
✅ Mengikuti kami di Wattpad:
lnkfinity

✅ Mengikuti Telegram rasmi kami
[Inkfinity: Komuniti Penulis Wattpad]
https://t.me/lnkfinity

✅ Mengikuti Instagram rasmi kami:
@lnkfinity

✅ Menyimpan Buku Program INC2024 ini di pustaka anda supaya tidak terlepas sebarang kemaskini!

Jumpa anda semua 1 March 2024 nanti!

INKFINITY NOVELLA CHALLENGE 2024Where stories live. Discover now