1 8 - R O S E S

53 6 0
                                    

                                               "MACAM mana korang jaga anak aku haa!! Budak je pun susah sangat ke nak jaga? Kalau dari awal tak reti nak jaga baik tak payah aku serahkan anak aku pada korang!!" Amuk Rahzan yang baru sampai di hospital pada mereka. 

Raizul memandang Rahzan tajam. "Hei! anak kau jadi macam tu sebab siapa? Bukan berpunca dari korang ke?" Raizul membalas amukan Rahzan. Dia tidak berpuas hati, bukannya dia minta untuk perkara buruk itu terjadi pada gadis itu.

"Dua kali? Dua kali anak aku sakit lepas dia duduk dengan korang. Aku bagi anak aku suruh korang jaga dengan baik tapi tetap sama, nasib anak aku tetap malang!!" Ungkitnya lagi pada Raizul dan Razen.

Jeb hendak membalas kata - kata Rahzan tapi dihalang oleh Razen. "Zan, bukan kami yang minta dia sakit sedangkan Alia sendiri yang cederakan diri sendiri, lepastu kau nak salahkan kami pula? Alia jadi macam tu sebab tekanan mental tahu tak? Kau ingat kami tahu apa yang dia rasa selama ni, dia baru duduk dan tinggal dengan Raizul yang tak sampai sebulan pun lagi. Kalau nak salahkan kami, better kau tanya dulu bini kau apa dia buat dia dekat anak dia sampai Alia boleh hadap tekanan mental ni!!" Balas Razen yang tak berpuas hati dengan kata - kata Rahzan.

"Alia tu kena buli tau! Bukan setakat tu je, trauma dia dulu pun belum hilang lagi tambah lagi dengan sakit yang lain. Kalau betul korang sayangkan anak korang, Alia takkan jadi seteruk ni tahu tak? Bodohnya kau bila kau sendiri sebagai suami tak reti didik isteri supaya jaga percakapan dia pada anak sendiri." Sembur Razen lagi, sakit hatinya masih berbekas.

"Apa maksud kau? Apa kena mengena dengan bini aku pulak ni?" Soalnya tidak faham.

"Ha itulah kau, bini sendiri yang pergi jumpa anak kau sebelum ni pun kau tak tahu... Kau tahu apa yang Azlia cakap pada Alia? Dia kata dekat anak sendiri, Alia tu satu kesilapan diantara kau orang berdua. Faham tak maksud aku?"

"Kalau tak faham lagi, biar aku terangkan dekat kau bagi sedar diri. Azlia kata tak sepatutnya dia lahirkan Alia which is anak kandung perempuan korang berdua dan Alia tu adalah kesilapan korang berdua yang tak sepatutnya bersama dari awal lagi!!" Ujarnya panjang lebar. 

Rahzan tersentak seketika. 

***

Sementara itu, Alia Rose yang masih bertarung nyawa di dalam bilik pembedahan itu membuatkan mereka di luar dilanda kerisauan. Takkan masih belum sedar lagi yang anak mereka perlukan ibu bapanya disisi, malah mereka langsung pergi dan buat tidak tahu. Raizul yang melihat sosok bekas sahabatnya, Rahzan berlalu pergi itu terus memicit kepalanya. Dia sendiri tak tahu apa yang Rahzan fikir sedangkan doktor yang merawat Alia masih berada dalam bilik pembedahan itu pun belum keluar lagi.

"Kau sendiri nampak kan? Ada dia kisah ke pasal Alia kat dalam tu? Secebis perasaan kesian kat budak tu pun takde, inikan pula hati perut..." Keluh Razen pada Raizul. 

Raizul hanya membalas dengan gelengan. 

"Takpe, kalau diorang tak peduli pasal Alia biar aku yang jaga dia. Biar aku bawa dia jauh dari keluarga dia sendiri. Kalau Rahzan nak mengamuk sekalipun, aku bawa lari anak dia patutnya dia tanya diri dia sendiri kenapa aku buat semua ni, Alia tu masih budak, patut ke biarkan budak tu terkontang - kanting hidup sendiri? Eh bernasib baiklah, kita ni muncul awal, kalau tak dah tentu Alia tu merempat kat tepi jalan tahu tak!!" Amuk Jeb yang masih geram terhadap Rahzan. 

"Orang tua yang menyalahkan anak atas segala hal padahal mereka yang melahirkannya benar - benar orang tua terburuk. Kalau tak nak jaga anak dari awal sepatutnya bagi aku yang jaga dari dulu, dulu masa aku nak ambil budak tu, tahu pula menangis merayu kat aku sekarang ni dibuangnya anak tu..." Ucap Razen sebak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Alia Rose : Secret To Be RevealedWhere stories live. Discover now