Chapter 10

3 1 0
                                    

NADEA yang sedang lena segera terjaga apabila mendengar bunyi ketukan dari luar biliknya. Dia bangun dan memandang ke arah pintu.

Tidak lama kemudian pintu kayu itu dibuka dari luar dan muncul wajah Xavier dari muka pintu.

"May I come in?", pintanya.

Gadis itu lambat-lambat menganggukkan kepala. Xavier melangkah masuk ke dalam bilik Nadea dan berjalan ke arah katil.

"You good?", soalnya prihatin.

"I'm... I'm fine", balas gadis itu perlahan. Akibat kejutan yang diterimanya tadi, Nadea telah tertidur sehinggalah Xavier mengetuk pintu biliknya.

"I'm sorry for what happened this morning. It was outta my control. I didn't meant to startle you", kata Xavier lembut. Tidak pernah termaktub di dalam kamus hidupnya untuk bertutur sedemikian rupa. Dengan adiknya sekalipun, Xandra juga tidak pernah dia berbuat begitu.

"What was that? That...Exploding things?", soal Nadea dengan memandang wajah Xavier bagi meminta jawapan.

Xavier memandang tepat ke anak mata gadis tersebut. Jelas terpampang riak wajah hairan dan kelirunya.

"Grenade", jawab Xavier sepatah.

Grenade?

"Grenade tu bukan ke yang bom kecik dalam army tu?"

Xavier menjatuhkan kepala.

Bila difikirkan semula, nyawanya hampir saja melayang tadi. Jika tidak kerana bahan letupan itu disepak Xavier sehingga terjatuh ke dasar kolam, sudah pasti mereka berdua sedang terlantar di hospital sekarang. Baru saja dia menghubungi ibunya tadi dan secara tiba-tiba dia memperoleh kejutan yang sangat-sangat tidak disangka.

Ini...

"Who are you? Who the really you are?", mata bundar itu memandang tepat ke dalam anak mata amber Xavier. Pandangan penuh tanda tanya. Pandangan penuh kerisauan. Penuh ketakutan.

NADEA memandang dulang berisi sarapan yang dihantar oleh salah seorang anak buah Xavier. Sudu dicapai lalu dia menguis perlahan makanan tersebut. Baru jam 9 pagi namun dia masih tidak mampu mengambil apa-apa jenis makanan sekarang.

Dia terpaksa menyeksa perutnya sementara waktu bagi menenangkan hatinya yang sedang bergelora kini. Apa yang dikatakan oleh Xavier malam tadi amat mengejutkannya.

KERUSI meja solek ditarik lalu jejaka itu melabuhkan punggung di atasnya. Dia menunduk memandang lantai dengan kedua-dua belah tangan direhatkan di atas lutut. Nafas dihela perlahan sebelum dia mengangkat wajah memandang Nadea.

Gadis itu masih lagi setia menunggu jawapan yang bakal dilontarkan oleh jejaka bertatu di hadapannya.

"Promise me that you'll calm down. Okay?", pinta jejaka itu perlahan.

"Just say it", balas Nadea seolah-olah tidak sabar mahu mengetahuinya.

Lagi sekali nafas dihela perlahan.

"My name is Xavier Royal and I'm the mafia", Xavier memperkenalkan dirinya semula kepada Nadea. Gadis itu kelihatan agak terkesima sebelum membuka mulut.

"What do you mean by mafia? You're killing? I heard that this kind of people loves to kill others", soalnya hairan.

Bebola mata digerakkan ke atas sebelum matanya terkatup perlahan dan kepala dianggukkan. Tanda apa yang dikatakan oleh Nadea itu benar.

"You're bad guy?"

"There is no good mafia in this world. Basically we can say that killing is our hobby. We always play with blood since we're kid. Play with the weapons. It's normal to people like us"

My Name is Xavier [OG] [NEW] [HIATUS] Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin