Chapter 1

7 3 1
                                    

USAI majlis resepsi sepupunya tamat, Xavier terus bergerak ke rumahnya yang terletak di suatu tempat yang agak tersorok. Keluarganya sendiri juga tidak tahu bahawa dia mempunyai sebuah rumah rahsia di Malaysia.

Rumah tersebut jauh mempunyai teknologi yang lebih canggih daripada rumah paklongnya.

Jack setia mengikuti tuannya di belakang. Mereka melangkah masuk ke dalam bilik kerja Xavier yang terletak di tingkat tiga rumah tersebut. Sebuah dokumen berwarna hitam diletakkan di atas meja kerja Xavier.

Xavier memandang hairan ke arah dokumen tersebut.

"Sejak bila kau bawa benda ni tadi?", soalnya kepada Jack.

"Tadi aku pegang takkan kau tak perasan?", soalan berbalas soalan. Xavier mula keliru. Ada eh?

Melihat wajah keliru tuannya, tidak semena-mena otak Jack ligat berfikir. Dia tersenyum makna ke arah tuannya.

"Ha kau fikir apa? Hm? Kau fikir pasal perempuan tadi eh?", usik Jack.

"Perempuan mana pulak kau ni?", tanya Xavier sebelum dia duduk di atas kerusinya. Dokumen yang diletakkan oleh Jack tadi diambil.

"Perempuan kat wedding Miss eh I mean Madam Ameesha tadi. Yang pakai tudung warna pink tu. Kau jangan ingat aku tak nampak eh? I watch you in every single steps, you know? Haa", kata Jack yang masih berada dalam mood mengusik.

"Baik kau diam sebelum penumbuk ni jadi dinner kau malam ni", ugut Xavier tak bernada dengan buku lima dihalakan tepat pada wajah pembantunya. Dia kembali fokus dengan kerjannya.

Jack menjuihkan bibir. Usik sikit pun nak marah. Macam mana nak jadi laki orang sat gi ni.

"Budak-budak tu tengah buat apa?", soal Xavier. Satu persatu helaian kertas diselak.

Jack mengeluarkan iPad Mini dari kotnya. Macam mana boleh muat pun tak tahu la.

Jarinya mula menekan-nekan skrin iPad sebelum gajet itu diserahkan kepada tuannya. Xavier memandang ke arah paparan skrin yang sedang ditayangkan itu.

Video menunjukkan Xander, Xayne, Xandra, Neven dan Charlie sedang berada di dalam bilik VIP di Payton Casino. Video disebelahnya pula menunjukkan suasana di rumah Sir Audie yang masih dibanjiri tetamu sempena majlis perkahwinan anak sulungnya bersama Muzafar. Kelihatan Xaven dan Akid sedang bermain VR box di hadapan televisyen.

"So far so good. Pantau dorang elok-elok. Bodyguard dorang ada tak kat sana?"

"Yes sir"

Xavier menganggukkan kepalanya. Keselamatan adik-adiknya perlu diutamakan.

Biarpun Xander ada namun jejaka itu kadang-kala dia sendiri yang terkapai-kapai mencari bantuan. Tak boleh harap sangat. Jadi dia cuma bergantung kepada Xayne untuk membantunya. Sekurang-kurangnya ada juga bantuan yang boleh dia salurkan.

"Dengar cerita Sir Audie nak tukar HQ ke Malaysia. Is it true?", soal Jack. Dia pernah dengar akan hal ini namun masih kurang percaya dengannya.

"Ya. Meesha pun ambil keputusan untuk stay kat sini terus dengan suami dia", jawab Xavier mendatar. Satu persatu helaian kertas di dalam fail itu diselak sebelum dahinya tiba-tiba berkerut memandang sehelai kertas.

"Wait, who is Mr. Robert?", soal Xavier apabila melihat satu nama asing yang berada di cetakan kertas itu.

"Robert Tyga ke? Oh syarikat dia dah muflis sebab kebanyakkan duit dibazirkan untuk diri dia sendiri. Pekerja-pekerja dia letak jawatan beramai-ramai sebab tak tahan dengan cara kerja kat situ. Gaji sikit tapi pihak atasan sibuk suruh over time. Jadi sebabkan hutang yang terlalu banyak, Robert tu ambil keputusan untuk jual syarikat dia", jelas Jack dengan teliti.

"And he choose us?"

"Yup, sebab Sir Archer dulu pernah tolong dia untuk naikkan syarikat. He had no choice right now"

Kening Xavier terjungkit naik dan bibirnya mempamerkan senyuman sinis. Betul la papa cakap dulu.

Tak semua orang yang kita tolong ni nak tolong diri mereka sendiri. Contoh? Ni depan mata ni.

Selesai membaca dan menganalisis dokumen tadi, Xavier kembali bangun dan melangkah keluar dari bilik. Meninggalkan Jack sendirian yang perlu menyelesaikan kerjanya pula.

Dia melangkah turun ke tingkat dua untuk ke biliknya. Dia perlu bersiap untuk pulang ke rumah Sir Audie pula malam ini.

"WANNA heard some bad news?", soal Xayne apabila mereka sudah mula memasuki lebuh raya untuk pulang ke rumah mereka di Kuala Lumpur.

"What it is?", soal Xavier yang sedang memandu. Wajah Xayne dilihat melalui rear mirror.

"We've got the new fans. MIA", jawab Xayne mendatar. Tangannya memegang sebuah iPad. Segala rakaman CCTV dan maklumat kumpulan itu diteliti.

"Ha? Kau biar betul? MIA yang pernah bunuh geng Yakuza tu?", soal Xander yang sudah berpusing ke belakang bagi memandang Xayne.

"Ya and I'm telling the truth. Kat rumah nanti aku tunjuk", beritahu Xayne sebelum jari-jemari kembali menekan-nekan skrin iPad.

MEREKA melihat rakaman terakhir mengenai tragedi yang terjadi kepada anak-anak buah mereka di Australia. Bangunan mereka diletupkan sementara semua ahli di dalam bangunan sedang lena. Bukan sebab tidur tapi 'ditidurkan'.

Seorang lelaki dilihat menghampiri CCTV yang terletak pada satu sudut bangunan dan secara tiba-tiba rakaman tersebut tamat. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Bro, kau baru handle Aussie a few months ago kan?", soal Xaven.

"Holy shit", terus Xavier bergerak naik ke biliknya. Xayne turut sama naik ke biliknya untuk melakukan kerjanya.

Meja kerjanya dituju. IPhone dikeluarkan dari poket seluar sebelum nombor Jack dihubungi.

"Sir", jawab Jack di corong telefon.

"Kau tahu tak apa yang dah jadi kat Aussie sekarang ni?", soal Xavier dengan suara yang serius.

"Tahu. Aku tengah cari location dorang la ni", balas Jack.

"What location? That shithead?"

"Hell yes. Tapi masalahnya satu data pun tak ada ni. Airways semua clear. I mean tak ada satu pun penerbangan yang mencurigakan kat sini. Semua benda ni macam tak ada apa yang jadi. Senang kata, dorang buat kerja ni memang clean habis ah. Satu habuk pun tak ada", beritahu Jack. Matanya memerhati skrin komputer mencari sasarannya.

"Oh fuck", panggilan ditamatkan. Tangan menumbuk kuat permukaan meja kayu itu.

Tanpa berlengah lagi, jejaka itu terus melangkah keluar dari biliknya menuju ke tingkat bawah. Pandangan daripada adik-adiknya dibiarkan. Kunci kereta dicapai sebelum dia melangkah keluar dari rumah.

SUASANA susam dan tenang pada malam itu sedikit pun tidak dapat mententeramkan hati Xavier yang sedang panas itu. Jejaka itu sedang bersandar di pintu keretanya sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam rapat.

MIA. MIA. MIA.

Kumpulan yang telah mengakibatkannya mengalami kerugian ratusan juta dollar. Bangunan yang dijadikan tempat simpanan dadah sebelum dihantar kepada pembeli dan pembekal telah hangus terbakar di dalam satu kebakaran yang dirancang.

Xavier berdecit kuat sebelum membuka matanya. Tayar kereta disepak sebelum dia bergerak ke arah penghadang jambatan. Kedua-dua tangannya ditahan pada pemegang.

Aliran sungai yang mengalir di bawah jambatan itu dipandang tajam. Mulutnya berkumat-kamit menyebut ayat-ayat sumpahan.

"Eh encik! Jangan!", tubuh Xavier ditolak dari tepi sebelum dia dan seorang gadis asing itu terjatuh di atas jalan tar.

Xavier meringis perlahan apabila kulit lengannya menyentuh kuat jalan tar tersebut.

"Alamak, so-sorry encik", kalut gadis itu bangun dan memeriksa lengan Xavier yang terluka itu.

Xavier memandang ke arah gadis yang sedang membelek lengannya dengan perasaan hairan. Wait, minah ni...

Apa dia buat kat sini?

"What the hell are you doing here?"

My Name is Xavier [OG] [NEW] [HIATUS] Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora