bab 7

1.3K 76 9
                                    

"RUSHING sangat nampak tu. Nak kemana?"

Muhaira sengih senyum. Tangannya naik bercekak di pinggang. Sakit pula badan bila tak henti dia kesana kemari.

"Saya nak balik dah. Lewat ni, nanti jammed pula." Ujar Muhaira. Bibirnya masih menitip senyum meski tubuhnya sudah letih.

"Hujan ni... dah tentu jammed kak. Akak tak nak duduk lepak dulu, sementara tunggu hujan reda?" Guard itu menyoal lagi. Melihatkan Muhaira yang susah payah mengangkat barang, dia menghampiri gadis itu. Kotak-kotak yang diangkat Muhaira diangkat. Muhaira pula tidak menolak, yalah dia kan penat.

"Akak masuk lah kereta. Hujan ni. Karang makeup tu luntur pula." Usik guard lelaki itu.

"Terima kasih ya. Maaf, susahkan." Muhaira memasuki perut kereta. Kepala dijenguk memandang ke luar. Memerhati guard yang menolongnya.

"Akak pindah dah ke? Banyak kotak ni." Jari guard itu mengira-ngira kotak di dalam bonet kereta.

"Tak... tu semua barang saya. Nak jual second hand. Dah tak guna semua tu.. nak buang sayang. Semuanya masih elok." Sambil menghidupkan enjin kereta Muhaira menjawab.

"Oh... yalah. Hati-hati kak. Hujan ni." Tangannya diangkat separa bahu.

"Ya, terima kasih cik." Senyuman dilempar sebelum tingkap kereta dinaikkan. Baru saja tubuhnya disandar pada kerusi, terdengar tingkap keretanya diketuk.

"Syakir?" Tergumam bibirnya nama Syakir. Tubuh lelaki itu membongkok sedikit memandang ke dalam kereta.

Cermin kereta kembali diturunkan. "Buat apa dekat sini?" Soal Muhaira. Kepalanya tertoleh ke kiri dan ke kanan. Memastikan tiada rakan sekerjanya yang melihat mereka.

"Kenapa I chat you tak berbalas? Call pun mati?" Soalan dibalas soalan.

Muhaira pejam matanya rapat. Aduhai, pasti bateri terlefonnya sudah mati.

"Telefon saya dah habis bateri. Ada apa Syakir?"

Syakir menongkat tangan di atas bumbung kereta. Sebelah lagi mengangkat plastik yang berisi bekas-bekas tupperware.

"I nak return your bekas-bekas ni. Dah tiga hari dekat rumah I. Takut jadi hak milik ibu karang... hah. Dia dah lah minat jenama ni."

Tawa merdu gadis itu terletus. Tangannya keluar menggamit bag yang dihulur Syakir.

"Susah je awak ni. Nanti kan kita jumpa lagi?"

"Tak ada yang susah. Setakat drive kereta tak sampai sepuluh minit apa lah sangat. Ni... you dah nak balik ke?" Syakir bertanya sambil mengesat air hujan yang terkena dahi.

Muhaira mengangguk sekali. "Nak balik dah. Lagipun sekejap lagi ada kerja perlu dibuat. Awak, pergi la balik. Hujan ni."

Syakir menegakkan tubuhnya. Mata masih lurus memandang Muhaira di dalam.

"I boring. You ada kerja apa? Nak teman boleh?"

Gulp. Muhaira teguk air liur sekali. Stering kereta diketuk-ketuk dengan jari sebelum dia tersenyum kekok pada Syakir.

"Ada kerja sikit kena buat. Saya dah lambat ni!" Memandangkan jam yang sudah menunjukkan jam tujuh petang, Muhaira mula berasa gusar.

"Okay la okay. Tapi you nak kemana?" Soal Syakir masih ingin tahu.

"Saya nak...."

"Saya nak?"

"Cari kerja."

Rahang Syakir jatuh. "Kan dah kerja?"

Tujuan Where stories live. Discover now