bab 2

1.7K 91 1
                                    

KALAU ikutkan hati mahu saja Muhaira keluar daripada bilik Puan Rania ni. Tak selesa bila dirinya dipandang-pandang oleh lelaki bersut hitam di hadapannya. Sabar Muhaira, lagi dua puluh minit perbincangan akan habis!

"Kalau tak keberatan you boleh contact Muhaira untuk urusan lebih lanjut. Dia pembantu I, dia tahu semuanya." Kata-kata itu menandakan mereka sudah berada di akhir perbincangan. Segugus nafas dihela panjang dengan perlahan. Lega bila akhirnya perbincangan tamat. Tak sabar nak berdiri, penat punggung duduk dari tadi.

"Nombor dia nanti I bagi. Tapi kalau ambil sekarang pun bagus. I... jarang buka phone." Rania tersengih seraya memandang Muhaira. Keningnya terjungkit tinggi.

Seakan faham dengan pandangan itu, Muhaira menyorot pula pandangan terhadap lelaki di hadapannya.

"Nombor saya?" Soalnya.

Lelaki itu tidak mengangguk, tidak juga menggeleng. Malah tersenyum tipis. Hati Muhaira pula bagai digoncang-goncang bila menerima senyuman itu. Aduh!

"You bagi nanti. Jom lunch? It's 12.30."

Puan Rania pula menggeleng. "I ada kerja nak kena siapkan. Thankyou for inviting me Syakir."

Syakir mengangguk faham.

Muhaira pandang Syakir lama. Lelaki ni memang tak cam aku atau aku yang makeup lima inci hari ni? Depan dia juga ya Syakir mengajak perempuan lain keluar makan. Agaknya lelaki itu lupa mereka terikat dengan perjanjian? Sudah lah ajak perempuan lain makan, tak ajak dia pula tu!

"Thanks untuk jadi peguam syarikat I. First time kejadian macam ni jadi. I tak tahu nak buat apa. Tak ada pengalaman."

"Kerja I. Kalau ada rezeki kita menang."

Setelah penat dua jam berbincang, akhirnya dapat juga dia keluar. Muhaira mengorak langkah ke tempatnya. Tiba-tiba teringatkan tentang Syakir. Macam mana lelaki itu boleh sesat dalam syarikat ni?

Kalau lelaki itu sudah diupah untuk menjadi peguam buat syarikat mereka, pasti mereka akan kerap berjumpa dek kerana Muhaira adalah pembantu peribadi Puan Rania? Alahai, dia paling tidak suka bekerja dengan orang yang dia kenali. Tak ada privasi!

Dikerling jam di pergelangan tangan. Sudah masuk 12.40 tengah hari. Sepatutnya dia perlu turun dan cari makan. Tapi dia masih lagi disini memikirkan tentang kedatangan Syakir yang tidak dijangka itu.












PIN!

Terhinjut kecil bahu Muhaira bila hon kereta menyergah lamunannya. Kereta Mercedes dua pintu berwarna kelabu gelap yang betul-betul berhenti di hadapannya itu menurunkan tingkap belah penumpang. Muhaira membengkokkan tubuh seraya mengecilkan mata memandang gerangan yang memandu kereta mewah tersebut.

"Naik!"

Muhaira kembali menarik tubuhnya. Hesy, tak ada salam tak ada apa terus disuruh naik? Lelaki ini siapa nak suruh-suruh?

"Naik cepat! Ada kereta lagi dekat belakang ni!"

Mendengar arahan itu, entah kenapa Muhaira turuti saja. Terkocoh-kocoh dia membuka pintu dan masuk ke dalam perut kereta mewah itu. Setelah tali pinggang keledar dipakai, barulah dia dapat bernafas dengan tenang. Seketika menoleh memandang pemandu di sebelah.

"Awak?"

Nak pitam Muhaira dibuatnya bila lelaki bersut hitam dan berkaca hitam itu menjengah ruang mata. Syakir?

"Aik? Tadi tak nampak ke I? You ni kalau orang nak culik mesti senang," sinis Syakir menyindir. Matanya lurus fokus pemanduan di jalanraya.

"Hesy, apa pulak. Eh, ni nak bawa saya pergi mana?"

"Pergi makan."

Muhaira menyandarkan tubuh di kerusi. Tak apa lah, Syakir ni boleh percaya kot?

"You pakai perfume apa?"

Alamak! Ini soalan serius atau perlian? Muhaira hidu bau badan sendiri. Takut-takut badannya berbau. Tapi jarang badannya berbau. Duduk dalam bilik yang dipasang penghawa dingin jarang badannya akan berpeluh.

"Tak bau busuk pun, I cuma tanya." Sedar dengan tindakan Muhaira, pantas Syakir perbetulkan ayatnya.

"Oh. Paradise."

"Wangi."

Eh? Muhaira terkelu sendiri. Lelaki ni baru kali kedua berjumpa sudah soalnya tentang minyak wangi. Hmmm pelik.

"Sama macam ibu tiri I. Dia suka pakai minyak wangi paradise ni." Tiba-tiba ringan pula mulutnya bercerita tentang ibu tirinya. Tanpa sedar dia juga sudah tahu bauan Puan Sakinah.

"Awak ada ibu tiri?"

Tersedar dia sudah terlanjur bicara, Syakir sekadar mengangguk kepalanya. Kemudian terus membisu membiarkan keadaan hening di antara mereka.






DITENUNG Syakir yang sedang menikmati chicken chop yang dipesan tadi. Lelaki itu langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling bila sedang menjamu selera. Muhaira pula dengan santai menjamu hidangan sambil memandang calon bakal suaminya. Kiranya... ini first date tanpa dirancang lah ya? Muhaira ketawa kecil.

"Gelak kenapa?"

Tisu diambil kemudian di lap mulutnya. Kot-kot lah Muhaira ketawakannya sebab dia makan comot. Tak ke hilang kelakiannya?

"Tak ada apa."

Syakir menegakkan posisi tubuh. Jus air dihirup.

"Macam mana dengan date kita hari sabtu ni?" Syakir menyoal memancing perbualan.

Menyambut soalan itu, Muhaira drastik buat beberapa saat. Ingat lupa dah.

"Entah. Saya tak tahu. Ikut awak nak macam mana."

Nafas dihela. Wajah berbentuk bujur sirih milik Muhaira ditatap lama sebelum ulas bibirnya digigit perlahan. "Mak you tahu tak you nak keluar dengan I esok?"

Melihatkan kepala Muhaira yang menggeleng, kedua tangan Syakir erat memeluk tubuh sendiri. "Bagitahu la. Nanti kang kalau mak you tahu habis I."

Kening Muhaira bertaut menjadi satu. Dah kenapa pula habis kat dia? Aneh-aneh aje.

"Kenapa pula? Mak saya okay je. You don't have to worry."

Ibu jari naik menandakan semuanya akan baik-baik saja. Senyuman juga turut dicarik untuk meyakinkan Syakir lagi.

"Bagitahu je. I tak nak bawa anak perempuan orang keluar tanpa izin keluarga dia."

Muhaira pandang sinis. Gentleman lah tu kiranya?

"Okay-okay. Saya bagitahu."

Syakir mengangguk kepalanya sekali. "Oh ya, sekejap."

Tangan menyeluk saku seluar untuk mengambil dompet. Setelah kad kredit di dalam dompet di ambil, kad tersebut di letakkan atas permukaan meja.

"Beli barang masakan guna duit I. Jangan sentuh satu sen pun duit you." Ujar Syakir bersahaja. Gayanya lagak seperti lelaki terbaik. Dengan pandangan yang redup dihala pada Muhaira menampakkan dia seorang lelaki yang cool.

"Kenapa nak guna kad ni? Tak boleh transfer je ke? Sekarang kan dah ada online," Polos Muhaira menyoal. Kad merah di atas meja hanya dipandang tanpa rasa ingin menyambut.

Decitan Syakir terlepas kecil. Mengguling anak matanya ke atas bila berhadapan dengan kepolosan Muhaira. "I yang minta you masakkan takkan lah guna duit you?"

Muhaira mengangguk kecil mendengar keterangan lelaki itu. Tak teragak-agak dia mencapai kad merah milik Syakir.

"Jangan tak sedap pula."

Cis!





tbc.
update : 7 feb 2023

Tujuan Where stories live. Discover now