Humaira menahan amarahnya yang mula membuku. Tumbukan digepal kuat. Nasib imannya masih menebal. Jika tidak pasti buku limanya sudah melayang ke wajah Muhaira.

"Kak, cari kerja tetap dulu. Tempat tinggal tu tak apa, akak masih boleh duduk dengan kami. Rumah ni, rumah kita semua. Kita bertiga membesar pun dekat sini..." Bahu Humaira dipaut. Kemudian diusap-usap bagi menenangkan kakaknya yang sedang emosi itu.

"Haq... kakak nak anak kakak je," Pandangannya redup memandang Ulhaq. Air mata mula bergenang di tubir mata. Tak sampai beberapa minit emosinya kembali berubah menjadi sayu. Tidak keras seperti tadi.

"Haq tahu, tapi akak kena fikir, Yam masih kecil. Dia perlukan didikan yang sempurna." Bahu Humaira dipegang supaya menghadapnya. Anak mata yang bersabung bagaikan penguat buat Humaira.

"Kalau kau terus macam ni... kami tak boleh beri Yam dekat kau. Keselamatan dia tak terjamin. Kau pergi lah cari kerja dulu. Sekurang-kurangnya bila kau ada duit sikit nanti boleh tampung sara hidup Mariam. Dan yang macam Haq cakap, kau boleh duduk sini dengan kami. Ini rumah kita semua." Ujar Muhaira. Penuh kelembutan kali ini. Dia juga tak mahu meneruskan perbalahan yang mungkin boleh mempecah belahkan adik beradik mereka.

"Haq tolong akak cari kerja ya?" Pipi kakaknya diusap. Sungguh Ulhaq lemah melihat keadaan kakak sulungnya kini.

"Haq, Haira... Qif memang tak nak mengalah dengan aku. Aku nak anak aku!"

Ya, begitulah hariannya. Perkara yang sama diulang-ulang.

"Aku boleh tolong kau, tapi dengan syarat kau tak boleh teruskan hidup kau macam ni. Kau kena berubah. Faham?" Muhaira mendekati Humaira. Lengan kembarnya diraih.

"Kalau kau rasa kau dah tak ada masa depan, kau kena ingat kau ada anak. Dia ada masa depan Maira. Jangan sebab kau hidup anak perempuan kau hancur. Ubah hidup untuk dia."

Humaira menoleh memandang pintu bilik yang terkuak kecil. Maafkan mommy...

"Haq dengan Haira janji tolong aku?" Soal Humaira mahu kepastian. Dipandang kedua adiknya silih berganti.

Ulhaq mengangguk yakin. Begitu juga dengan Muhaira. Mereka perlu tolong Humaira. Kehidupan wanita itu tidak tentu arah. Hampir terjunam habis dalam gelombang hitam.



•••

ON X .

ON X

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

@a.sykir : assalammualaikum mak.

a thread >>>

@a.sykir : i still miss you how i miss you since the first day you left me, mak. Abang selalu harap mak datang dalam mimpi abang tapi sejak mak pergi sekali pun tak pernah mak datang dalam mimpi abang. Semoga kita jumpa disana nanti mak. Abang rindu mak.
-
@a.sykir : Dulu, abang selalu cakap dekat mak abang tak boleh tengok perempuan kena anaiaya dengan suami mereka. Terutama sekali, mak. Sekarang, abang jadi peguam syariah. Abang selesai kan dan minta keadilan untuk perempuan2 yang kena anaiaya dengan suami mereka. Harini, abang menang kes lagi mak. Alhamdulillah.
-
@a.sykir : mak, walaupun sekarang abang dah tak punya doa mak, tapi sampai sekarang sebelum abang masuk court untuk perbicaraan, abang akan baca balik kertas yang mak tulis doa untuk abang. Mungkin itu yang jadikan abang berjaya sampai sekarang. Terima kasih mak, sebab jadi yang paling terbaik untuk abang. Semua kemenangan yang abang ada sekarang, semua ni sebenarnya untuk mak yang tak pernah dapat kemenangan dan keadilan masa mak ada lagi dulu.
-
@a.sykir : abang rindu mak sangat. I love you mak❤️ Al-Fatihah (dibaca)






Membaca setiap butir ayat yang ditulis Syakir, hati Muhaira mula merasi gundah. Entah kenapa tersentuh dengan setiap kata-kata yang ditulis Syakir. Sungguh menusuk ke dalam sanubarinya. Tak semena-mena cecair jernih mengalir membasahi pipi.

Lelaki itu, sungguh meruntunkan jiwanya. Betapa sayangnya Syakir pada arwah mak yang banyak berjasa. Lelaki itu nampak keras, nampak tegas. Namun siapa sangka disebalik semua personaliti itu tersembunyi lara yang tidak pernah terubat.

Memang menjadi tabiat Muhaira untuk lihat tweet lelaki itu sebelum tidur. Pasti dia akan membaca setiap ayat yang ditulis lelaki itu. Kadang tak jemu langsung. Dibaca berkali-kali. Dan sebenarnya, itu lah sebab Muhaira tertarik pada jejaka bertopengkan kekerasan itu.

Beberapa minit setelah puas Muhaira 'stalk' aplikasi milik Syakir, dia bercadang untuk menanyakan kabar lelaki itu. Sihat ke? Sedih lagi? Buat apa? Muhaira nak tanya banyak benda.

Telefon dilekapkan ke telinga sebaik nombor Syakir didail. Sebenarnya malu. Tapi dia juga harus menanyakan tentang lelaki itu.











"YA cik Muhaira?"

Sambil baring Syakir menghadap siling. Lama pula perempuan ni jawab. Sudah lah dia yang beri salam dulu. Sepatutnya wanita itu yang beri salam atau pembuka bicara.

"Syakir... sihat?"

Lunak suara Muhaira bertanya kabar. Syakir tersenyum segaris. Lemah pula hati mendengarkan suara merdu itu bercakap dengannya.

"Sihat. You?" Jarinya memain rambut. Tiba-tiba pula rasa berdebar menyerang. Iyalah, sebelum ni Syakir mana pernah begini dengan mana-mana perempuan. Sekarang dia sedang berjinak-jinak untuk membiasakan diri.

"Sihat. Awak... nak tanya sikit."

"Go on. Bosan juga ni."

"Awak ok? Awak tengah sedih ke? Mmm... kalau tak keberatan cerita lah dengan saya."

Bibir dikemam rapat sebaik melontar pertanyaan tersebut. Muhaira! Jangan buat malu!

Tarkala telinga menangkap bunyi tawa dihujung talian, Muhaira sudah menggigit hujung bibirnya. Nampak teruk sangat ke soalannya? Kenap lelaki ni gelak?

"You ni kenapa... I okey je la."

"Tapi... saya baru je nampak tweet awak tadi," gumam Muhaira perlahan. Sejenak dia merasakan hiba di dada.

"Oh... biasa lah tu. Rindu kan? Jap jap jap. Yang you sedih kenapa?"

Muhaira tekup mulut sendiri. Dengar ke dia teresak? Alahai, malu tiga kai ganda lagi!

"Hesy, mestilah!"

Tawa dihujung talian kedengaran lagi. Muhaira menjeling skrin telefon. Gelak apa?

"Nothing to worry about. I'm okay."

"Awak tak nak cerita dengan saya...?" Muhaira cuba menjadi pendengar yang baik.

"Be my wife and i'm going to tell you everything. What i feels, what i want, what i wonder and everything."






Tbc.
Update : 10 feb 2024

Tujuan Where stories live. Discover now