NEW-29

21 6 0
                                    

Puspa ralit mengunyah salad sambil duduk bersila ditepi pintu store barang. Tempat paling aman setakat ini kerana staff jarang masuk.

Sekonyong-konyong, Puspa rasa bahunya dicuit.

"Mak!!" Gelabah Puspa hendak berdiri tetapi terasa bahunya memberat.

"Jangan kacau aku, aku cuma tumpang makan salad.." Rintih Puspa. Makin berat rasa dibahu..

Cup!

"Haih hantu, gatal betul kau." Dalam takut sempat Puspa mengutuk.

Teletus satu tawa indah dipelupuk telinga Puspa.

"Dalam takut sempat mengutuk, eh?" Puspa buka mata perlahan-lahan bila terasa ada tubuh lain yang turun bersila disebelahnya.

"Ei! terkejut tahu. Tak tahu bagi salam ke?" Perli Puspa.

"Sorry. Saya cari awak tak jumpa tadi." Jelas Ardi.

"Buat apa sorang-sorang kat sini."

"Saja teman hantu makan." Sakartis jawapan Puspa. Ardi tersenyum.

"Cakap besar, dia teman makan betul-betul baru tah--"

"Ei mulut dia ni kan!" Puspa sumbat salad ke dalam mulut Ardi. Selamba Ardi kunyah salad itu.. buat tidak nampak sahaja dengan jelingan si isteri.

"Tengah fikir apa?" Puspa buat tidak tahu.

Sekian beberapa minit.

"Marah lagi ke?"

"TAK!" Puspa kuis-kuis salad yang ada di dalam bekas makanan. Ardi hanya memerhati hati tingkah si isteri.

"Marah saya lagi ke, sayang?" Jari telunjuknya dibawa ke bawah dagu Puspa. Wajah yang menunduk itu didonggakkan. Ibu jari bermain di pinggir bibir itu.

"Makan pun comot." Ejek Ardi. Hati yang baru hendak berbunga terus terasa sebal. Ingat nak romantik-romantik. Boleh pulak dia tegur aku makan comot. Buat malu aje.

Naik kejung tubuh Puspa bila bahunya terasa memberat.

"Ni dah kenapa?"

"Saya penat, nak rehat kejap boleh?" Mendapat angguk dari si isteri terus Ardi pejam mata.

"Awak?" Panggil Puspa perlahan.

"Hm?"

"Saya nak tanya ni.."

"Apa dia, Puspa ku sayang.."

"Kalau awak kenal saya dari umur awak 17 tahun dan sekarang awak 23 tahun, mana datang lagi 3 tahun? Awak kata dah tunggu saya selama 9 tahun." Ardi buka mata dan melihat sisi wajah Puspa.

"Hmm, awak nak dengar satu cerita?" Ardi kembali pejamkan mata.

"Apa?"

"Waktu saya 15 tahun, saya ada terjumpa seorang budak perempuan ni nangis kat taman. Tudung senget, hingus ada sikit kat hidung, kat pipi ada kesan chocolate. Dah la kek chocolate pun rembat saya punya. Nasib dia comel."

Puspa angguk.

"Budak tu rembat chocolate awak? ei, siapa la budak tu. Nakal betul ambil makanan orang."

Ardi hanya angguk sebelum tawanya pecah.

"You don't remember anything?"

Kening Puspa bertaut.

"What?"

"That girl.. she pretty the way she is. Saya suka cara dia appreciate saya." Jelas Ardi.

"Saya tak faham la."

"Awak ni, otak ikan emas betul la. Cepat betul lupa." Puspa garu kepala.

"Ingatkan saya."

"Boleh." Ardi tegakkan tubuh. Wajah Puspa diapit dengan tapak tangannya. Wajah didekatkan dengan wajah Puspa.

"Nak buat apa ni?" Gelabah Puspa dibuatnya.

Cup!

Terpejam mata Puspa bila dahinya dikucup lama.

"Jadi gemuk tak salah. Lagi-lagi kalau yang gemuk tu awak."

Terbeliak mata Puspa.

"Bu..budak laki tu awak jugak ke?" Ardi gesel hidung mereka bersama.

"Ingat pun."

Terlepas tawa merdu mereka bersama.

Klik!

Tawa yang tadi indah hilang tiba-tiba.

"Apa tu?" Soal Puspa. Ardi gengam tangan Puspa.

"Jom, kita makan kat tempat lain." Tangkas Ardi bawa Puspa keluar dari kawasan sunyi itu.

---------------TBC..

12.2.2024

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now