NEW-4

34 5 0
                                    

Puspa renung surat itu.

A.B?

Nak suruh aku sambung ke macam mana?

"Macam sedap." Puspa bawa cheese tart ke dalam mulut.. melting!!

Wah!!

"Hilang stress aku." Ini yang di tunggu. Adakah ini dari lelaki malam itu juga? misteri. But I like it.

Setiap kali dia terima surat mesti beserta makanan. Dan yang paling penting, surat itu selalu tiba pada masanya.

Waktu hari jadinya, waktu yang special baginya.. tapi surat itu sudah berhenti dihantar selepas dia tingkatan 3 sehinggalah dihantar semula 3 bulan yang lepas. Seminggu selepas Melur bertunang.

Surat itu kembali kerap menjelma.

"Kau siapa eh? nasib apa yang kau bagi ni sedap, sampai gemuk dah aku." Puspa usap perutnya.

"Nampak kat mak ni. Mesti dia bagi akak lagi. Ceh! ingat aku nak bagi." Memuncung bibir Puspa tetapi suapan masih diteruskan.

"Jangan gave up!" Jerit Puspa tiba-tiba ditepi pantai. Dia bangun selepas cheese tart dihabiskan.

"Keputusan muktamad. Aku akan sambung degree sampai la mak nampak yang aku ni bukan tahu buat lemak aje." Puspa cuba cekalkan hati. 

Ketika dia pilih untuk sambung diploma pun mak tak tahu, yang mak tahu dia berhenti belajar bidang nurse dan masuk kursus memasak. Selepas itu mak cuma nampak dia ulang alik kerja, bela lemak dan menghasilkan tahi sahaja.

Nak aje Puspa jerit yang dia kerja di restaurant terkenal.

Tapi malas nak bertekak, sebab pengakhirannya. Mak tetap menangkan akak juga.

Aku ni kalau daki gunung Everest pun belum tentu mak nampak. Silap-silap kena cop tak waras. Kerja kedai kek pun kena kutuk. Katanya aku ni nanti kerja habiskan kek aje. Rugi kedai yang ambik aku kerja. Katanya lagi..

Muka aku layak kerja funfair Sepang aje. Jadi badut.

***

Flashback

3 bulan yang lepas, selepas pertunangan Adri.

Puspa pandang telefon yang berubah gelap.

'Kesian?'

Apa, muka aku nampak macam warga Rohingya ke?

Aku comel, okay!

Puspa tahan rasa di dada dari melapah daging orang.

7 tahun hanya untuk dengar kata kesian?

Bodoh kau, Puspa.

Bodoh sebab senang jatuh suka. Jatuh cinta.

"Kenapa!" Air matanya mengalir sederas jeritanya. Mujur pantai ini sunyi.

Dada ditepuk berkali-kali. Sakit!

Sakit ya Allah..

Puspa ralit merenung langit gelap.

Tap! Ada air jatuh ke wajah.

Hujan? Puspa ingin berdiri tetapi dia terpandang sesuatu di atas batu sebelahnya.

Aik?

Bila masa ada hadiah pulak ni?

جاڠن برسديه، ݢنجرن الله ايت لبيه هيبت. تروس کن اوسها. اوسها مو هاڽ تيڠݢل سلڠکه.

Puspa baca apa yang ditulis di atas kotak itu.

Brownie's..

Meleleh liur Puspa melihat.

Siapa yang letak? Halal ke kalau dia makan? kira halal lah ye. Siapa suruh letak sebelah aku.

Ngap!

Satu untuk satu suapan.

"Sedap.. sedap sangat.." Puspa lap air mata yang masih mengalir.

Tika bersedih, mesti akan ada juga perkara yang baik berlaku dalam hidup kita. Walaupun sebesar zarah.

---------------TBC..

27.12.2023

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now