NEW-19

32 6 1
                                    

Bam!

Puspa lihat mummy Ardi sudah berdiri selepas menampar kuat meja makan.

"You!.. so rude!"

"Why not?" Ardi balas selamba. Puspa yang melihat perbalahan itu cepat-cepat menarik lengan Ardi.

"Jangan gaduh depan rezeki.." Bisik Puspa perlahan, hanya mampu didengari Ardi..

"You pulak nak hasut apa kat anak I? rupanya you yang duk hasut anak I sampai jadi biadap macam ni!" Terus Puspa lepaskan lengan Ardi. Kepala digelengkan.

"Tak, saya cuma..."

"You tak patut blame dia. I baru nikah dengan dia, waktu kami kenal pun I dah besar panjang. Bukan budak darjah satu yang senang dihasut. I think, orang yang patut I blame adalah ibu kandung I. Sebab dia yang lahirkan I.."

"Ops! I lupa. Anak cacat macam I mana layak dibesarkan oleh ibu kandung sendiri, kan?"

"Ardi!" Mak tok mula masuk campur bila perbalahan semakin panas. Ardi hanya jeling sekilas ke arah maktok dan Puspa.

"Tch! nasib ada maktok yang sudi besarkan I, merasa juga jadi manusia.." Sempat Ardi perli.. Puspa lihat mummy sudah ketap rahangnya.

"Hey, perempuan. You nak tahu, perempuan yang layak dengan anak I ni cuma Irish, bukan you. Dah la gemuk. Tak sedar diri rupanya yo--"

Bam!!

Sekali lagi meja makan ditepuk. Lagi kuat bila orang yang menamparnya ialah Ardi.

"Bila masa you anggap I anak you! bukan Adri aje ke anak you? mommy tak pernah kesah tentang budak nama Ardi Budi pun sebelum ni. Why now? Ni, perempuan ni? kain sendiri tak cukup nak beli. Eh, tak hamak la.. Puspa ni lagi perfect dari kau yang kain tak pernah cukup kat badan."

Glup!

Tiba-tiba terasa.

Ehem! encik suami lupa ke isteri awak pun baru pakai tudung beberapa jam yang lepas.

"Sebab Irish setaraf dengan kita, bukan budak kampung ni!"

"Dia setaraf dengan mummy bukan I. I dibesarkan oleh maktok selepas ibu kandung I sendiri tak mampu bela anak cacat ni. I dibesarkan di kampung seperti Puspa bukannya macam Adri yang dibesarkan di badar..."

"Kenapa? sebab budak cacat ni dah berjaya, that's why mummy boleh terima Ardi Budi ni semula selepas 23 tahun?"

Mummy geleng kepala..

"No.. mummy sentiasa sayang kedua-dua anak mummy.."

"Your action speak louder.. mummy."

"Jom balik Puspa. Mak tok, tok abah, Ardi mintak maaf." Ardi tarik tangan Puspa untuk salam mak tok dan tok abah. Lepas itu terus tubuh Puspa dibawa keluar dari rumah itu.

Sepanjang perjalanan pulang, kesunyian yang menemani..

"Awak.." Ardi cuma mengumam.

"Awak tak ada mood ke?" Ardi kerling Puspa sekilas dan jemari Puspa yang ada di atas paha itu diambil dan disulam dengan jemarinya.

"Why? awak lapar?" Puspa angguk.

"Kata nak start diet?"

"Tapi saya lapar, tadi tak sempat makan.. kita start diet esok aje la." Puspa sengih.

Senyuman di bibir Puspa mampu terbitkan sinar di hati Ardi.

"Biar saya masakkan healthy food untuk awak."

---------------TBC..

31.12.2023

Bunga PertamaWhere stories live. Discover now