NEW-7

33 5 0
                                    

Puspa pegang benda yang ada di wajahnya. Sejuk terasa wap itu menerjah lubang hidungnya

"Puspa!" Terhinjut bahunya mendengar suara-suara itu.

"Kau okay?" Soal mereka semua.

"Aku kat mana?"

"Hospital."

"Tuan Budi hantar kau tadi."

"Kau pengsan masa hantar makanan customer. Jadi Tuan Budi yang jumpa kau tepi lif. Lepastu Tuan call ambulance."

"Kenapa kau tak cakap kau ada asma, cepat penat. Kalau tidak aku boleh tolong hantar." Marah Siti.

Asma tak akan menyerang kalau aku tak terasa diserang.

Getusnya dalam hati.

Tuan Budi.. terima kasih.

"Eh, kenapa kau nangis ni?" Puspa geleng kepala.

"Tak, tak ada apa. Aku cuma sedih, hari terakhir aku kat sini, tapi benda buruk pulak yang jadi. Kalau aku berhenti siapa yang nak bagi kasih sayang macam kau orang bagi. Siap nak dengar cerita sendu aku lagi?" Mereka peluk Puspa sekuat-kuatnya.

"Meh sini aku sapu ubat kat kau." Ara bawa satu tiup ubat dan disapu pada leher Puspa.

"Dah macam lovebite, kalau orang tengok ni, aih.. mesti orang ingat bukan-bukan, padahal kau terkena simptom asma aje." Beritahu Ara. Eh? ye la tu, entah apa Tuan Budi kelentong kau orang aku pun tak tahu.

Tapi yang selamatkan aku tadi Tuan Budi ke? Macam mustahil.

Berketak-ketak sangat badan dia tu untuk jadi 'Dato Budi.' Dengar cita dia dah 50 tahun lebih.

"Simptom asma?"

"Ye, doktor cakap salah satunya ialah ekzema akan jadi teruk. Ini la kot. Habis merah, doktor bagi ubat suruh sapu."

"Oh.."

"Dan, nah. Tuan Budi bagi pampasan untuk kau. Dia ucap terima kasih untuk perkhidmatan kau selama setahun kat sini." Puspa tersenyum.

Wow, bau-bau duit.

"Mana Tuan Budi, aku nak ucap terima kasih kat dia."

"Dia dah terbang ke Singapore." Memuncung mulut Puspa.

Busy betul!

***

Berdebar Puspa melangkah masuk ke dalam rumah pagi itu.

"Ha! kau baru reti nak balik. Kau dari mana ha!" Belum apa-apa dia sudah dijerkah oleh mak.

Terpandang wajah sini Adri di dalam rumah buatkan dia lagi bertambah takut ingin melangkah masuk.

"Aku tanya kau pergi mana!" Rambut pendek Puspa dicengkam dan diheret masuk ke dalam rumah.

"Mak!" Melur lari dari arah dapur dan ingin mendapatkan adiknya.

"Kau diam Melur. Biar aku ajar perempuan jalang ni. Kau nak jadi pelacur sangat kan." Kepalanya ditekan ke atas lantai kayu itu.

"Mak!" Melur ingin mendekat tetapi lengannya dicengkam oleh Adri.

"Lepas.."

"Sh! jangan melawan boleh tak."

"Tapi mak.."

"Biar kan. Siapa suruh dia jual tubuh."

"Mak! sakit!" Rintih Puspa.

"Sakit, lagi sakit hati aku ni dapat anak macam kau asal aku tak bunuh aje kau, ha!"

"Puspa tak buat!"

"Kau tak buat, habis kesan kat leher kau ni apa!"

"Tak tahu!"

"Kau tak tahu..."

"Aduh mak!!"  Rambutnya dicengkam dan diheret keluar dari rumah, tubuh gempalnya ditolak kuat ke arah tangga.

"Kau bukan anak aku la, sial!"

"Mak!" Melur terkejut melihat mak nya menolak Puspa ke arah tangga rumah, dan jelas tubuh itu belum bersedia untuk imbangkan diri.

Buk!

---------------TBC..

27.12.2023.

Bunga PertamaOnde histórias criam vida. Descubra agora