Seraya itu sebatang rokok dihulur.

Thaqif menyambut saja. Hujung pantung rokok dibakar sebelum disua ke bibir.

"Yam dah tidur ke bang?"

Thaqif angguk sekali. Asap rokok dihela melalui kedua sudut bibirnya.

"Dulu masa kau budak, beria marah aku kan sebab merokok. Sekarang kau pula asyik merokok aje." Ujar Thaqif. Ada tawa kecil dihujung ayat.

"Haha. Bila dah besar baru faham betapa rokok ni bagi ketenangan bila dapat hisap. Lega gila." Kepala didongak. Memandang butir-butir bintang di atas langit.

"Jangan kerap. Nak masuk hospital macam aku dulu ke?"

Ulhaq tersenyum mendengar soalan berbaur pesanan itu. Bukan dia lupa tentang Thaqif dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas. Di dada lelaki itu ada bekas tebukkan. Masih lagi jelas berparut.

"Tu... kereta siapa?"

"Kereta mana?" Ulhaq mencari kereta yang dimaksudkan.

"Yang tu, warna grey." Muncung Thaqif terhala pada sebuah kereta Mercedes Benz berwarna Kelabu tersebut.

"Kejap, tak pernah nampak kereta tu."

Kedua mereka bangun. Mencuri-curi pandang dalam kerera itu.

Sebaik sahaja seorang lelaki berkemeja biru gelap keluar daripada perut kereta, mata Ulhaq mengecil memandang siapa gerangan pemandu tersebut.

Kemudian perhatiannya teralih bila ada seorang wanita yang juga turut keluar daripada perut kereta mewah itu. Sesaat, bola biji mata Ulhaq terbeliak besar. Muhaira!

"Eh, itu..."

"Kakak!"

Tak pandang kiri kanan, dia pantas berlari menuju Muhaira.

"Kakak! Kenapa kakak balik lambat?" Nafasnya mengah. Tapi dia harus soal! Dengan entah siapa-siapa Muhaira balik. Sudah lah lewat malam.

"Haq..." Muhaira pandang Syakir disebelah. Jejaka itu hanya beriak biasa.

"Ni... dia siapa? Kenapa akak balik lewat malam? Kenapa balik dengan lelaki?" Macam-macam soalan Ulhaq bertanya. Dia memandang lelaki di sebelah sana. Raut wajahnya serius. Atas bawah anak matanya memandang Syakir. Dia ni siapa? Nak apa dari kakak aku? Lelaki sejati atau lelaki buaya? Huh, Ulhaq berdiri di hadapan Muhaira. Tangannya mendepa luas menghalang kakaknya mara.

"Kau siapa?" Ulhaq menyoal tegas.

Syakir kaku. Tengkuknya diusap-usap kekok.

"Eh, pandang muka aku! Kau siapa? Apa kau nak dari kakak aku? Kakak aku hutang kau? Berapa? Biar aku bayar! Kau jangan nak gunakan— " 

"Haq... Ni kawan akak. Jangan macam tu, kesian dia."

Tercengang Ulhaq bila kakaknya lebih menangkan lelaki lampai itu. Wajahnya jelas memasang raut kecewa dengan kepala yang tergeleng-geleng. Apa? Kesian? Habistu dia yang risaukan kakaknya, siapa nak kesian?

Dipandang Syakir sekali lagi. Entah siapa-siapa lelaki ni. Berani betul angkut kakak dia yang masih anak dara kesana sini!

"My sister just backing up you while i'm here is still worry about her! You stoled her from me!"

Syakir pula terpaku sendiri. Dah kenapa pula adik Muhaira ni? Sihat atau tidak?

"Ulhaq! Dia kawan kakak!" Muhaira tarik bahu Ulhaq supaya menghadapnya. Tak senang bila Ulhaq perlaku Syakir begitu.

"Akak, umi tahu tak akak berkawan dengan lelaki entah siapa-siapa ni?" Ulhaq tak hirau Muhaira yang mula menyinga. Kedua bahu Muhaira dipaut. Ditilik kakaknya dari atas ke bawah. Hatinya masih bergelut rasa risau.

Tujuan Where stories live. Discover now