"Siapa tu?" tanya Faris ingin tahu.

Harith bangkit dari duduknya. "Maaf, bini call. Kena angkat." Seraya, Harith terus menjawab panggilan isterinya jauh sedikit dari situ. Faris hanya memerhati sahabatnya dengan jelingan. Tch! Terpaling ada bini...

Bebola mata Faris masih meliar mencari bayang gadis itu. Sekejap toleh kanan, sekejap toleh kiri. Namun jawapannya masih sama, tiada.

Sepuluh saat kemudian, gegendang telinga Faris disapa dengan satu suara garau yang seperti menengking seseorang. Hampir terbuntang mata Faris tatkala dapat menangkap susuk gadis gelandangan itu. Keadaan sama seperti apa yang berlaku di restoren tempoh hari. Serasa deja vu.

Faris bingkas bangun dari duduknya dan terus mengatur langkah merapati kekecohan itu.

"Kenapa bang?" Faris menyoal sebaik sahaja tiba disitu. Betul la kata Harith, perempuan ni kalau tak buat masalah memang tak sah.

Gadis itu pula sudah membatu disitu. Ini lelaki haritu kan? Soalnya. Rambut yang menutupi separuh mukanya hanya dibiarkan sahaja.

"Kau tengok la perempuan ni... Berapa kali, aku dah pesan pada dia jangan tidur dekat depan kedai aku ni. Masalahnya, perempuan ni memang tak makan saman. Aku nak bukak kedai pun tak boleh kalau dia dah terbongkang depan kedai aku ni." Lelaki itu mengeluh dihujung ayat.

Gadis itu sekadar menundukkan kepalanya. Cardboard yang masih berada ditangannya digenggam erat.

"Abang maafkan dia ya? Mungkin dia tak sengaja," pujuk Faris lembut.

Lelaki itu gelengkan kepalanya. "Dik, ini bukan kali pertama aku nasihatkan dia. Dah berbuih mulut aku ni. Dia tu perempuan. Tak sopan kalau nak tidur kat tengah-tengah jalan ni."

Faris hanya mampu mendiamkan dirinya. Sesaat kemudian, pandangannya dipusatkan ke arah gadis itu. Apa la yang polos sangat perempuan ni? Dia tak ada keluarga ke, sampai kena tidur dekat tepi-tepi jalan ni?

"Tak apa bang... Saya minta maaf bagi pihak dia. Nanti saya cuba nasihatkan dia balik," balas Faris akur.

"Kau kenal ke dengan perempuan ni?" soal lelaki itu ragu-ragu.

Faris terdiam. Namun, tak sampai beberapa saat dia mula menjawab, "Ya, saya kenal dia."

Hampir terjojol biji mata gadis itu tatkala mendengarkan pengakuan dusta dari lelaki itu. Pantas dia menoleh ke arah lelaki itu dengan kening yang sudah terjongket. Bila masa pula aku pernah kenal dengan mamat ni?

"Aku tak tahulah apa yang kau cakap ni betul ke tidak. Tapi yang penting, itu jelas sekali bukan masalah aku. Tolong bawa perempuan ni jauh dari sini. Kalau boleh, aku taknak tengok pun muka dia dekat depan kedai aku lagi." Penuh dingin lelaki itu memberi amaran.

Faris menunduk sekali lagi. "Saya minta maaf." Seraya tangan runcing gadis itu ditarik mengikutinya. Gadis itu jelas terkejut tetapi dia hanya akur mengikuti langkah lelaki itu. Bila mereka berdua sudah jauh, gadis itu merentap tangannya semula.

"Apa pegang-pegang kita ni? Lepaslah!" bentak gadis itu sambil dia menggosok lengannya.

"Kenapa awak ni degil sangat ya? Dan kenapa bila saya terjumpa dengan awak aje, mesti awak tengah bergaduh dengan orang."

Gadis itu terdiam.

"Kenapa awak tidur depan kedai abang tu?" tanya Faris dingin.

"Suka hati kitalah..." jawab gadis itu selamba.

Faris mengetap bibirnya. Wajahnya diraup beberapa kali. "Listen here, awak tahu tak bahaya tidur dekat situ. Kalau apa-apa jadi dekat awak masa awak tengah tidur tu macam mana?" soal Faris kesal.

Gadis itu terpinga-pinga. "Kenapa awak nak sibuk? Pandailah kita jaga diri kita sendiri." Baru sahaja gadis itu mahu melangkah pergi, Faris terlebih dahulu menyambar lengannya.

"Sebab saya risaukan awak..."

Jeda.

Masing-masing terdiam setelah itu. Gadis itu menatap wajah Faris dengan dahi yang berkerut. Risau? Apa maksud lelaki itu.

Faris berdehem kemudiannya. Tangan gadis itu dilepaskannya perlahan-lahan. Dalam suasana yang diselubungi dengan rasa kekok, susuk Harith kembali dengan telefon ditangan. Mata Harith meluas tatkala melihat bayang gadis itu. Fuh, cepat betul Faris jumpa dia.

Harith hanya memandang mereka berdua silih ganti.

"Aku nampak dia tengah bergaduh dengan sorang brother ni." Tanpa perlu ditanya, Faris memberitahu.

"Oh—" Harith garu kepalanya sambil senyum tipis ke arah gadis itu. Kemudian, bahu Faris ditepuk sekali. "Faris aku kena gerak sekarang," maklum Harith cemas.

"Nak kemana?"

"Razia call aku tadi, dia cakap badan dia tak berapa nak sihat. Dia bagitahu pagi tadi okey lagi, tapi sekarang dah makin teruk. Aku nak bawa dia ke klinik kejap lagi," balas Harith.

Faris mengangguk faham.

"Oh, pergilah. Risau makin teruk keadaan si Noor tu."

"Err... Kau dengan dia macam mana?" bisik Harith.

Faris menoleh Harith sekilas. "Aku nak bawa dia balik rumah aku."

"Hah?!" Terkejut habis Harith mendengarkan itu. "Kau jangan buat hal Faris. Anak dara siapa pula kau nak bawak balik ni?" marah Harith.

"Lah, bukannya aku nak bawa dia balik rumah bujang aku, aku nak bawa dia balik rumah parents aku."

Harith terkebil-kebil disitu. Persoalannya, nak ke perempuan ni ikut?

"Dia nak atau taknak, aku tetap akan bawa dia juga." Seperti dapat membaca fikiran sahabatnya, Faris terus membalas.

Harith mengeluh sendiri. Sekali lagi bahu Faris ditepuk. "Goodluck la... Apa-apa nanti roger aku. Aku kena gerak dulu." Setelah itu, Harith terus angkat kaki dan beredar dari kawasan.

Seketika, pandangan Faris dihalakan ke arah gadis itu semula.

"Awak ikut saya balik ya?"

"Taknak!" Tanpa perlu berfikir panjang gadis itu membalas. "Kita taknak ikut awak. Kita nak duduk dekat sini. Sorang-sorang," tegas gadis itu lagi.

"Saya nak jaga awak. By hook or by crook awak kena ikut saya juga." Setelah itu, Faris terus menarik lengan gadis itu supaya mengikutinya.

"Ish, kita taknak! Lepaslah! Lelaki gila!"


tbc

𝐑𝐀𝐙𝐈𝐀©️Where stories live. Discover now