°° 01 °°

178 24 0
                                    

PEDANG YANG cukup tajam dan berkilat itu dipusingkan ke atas dan dihalakan ke tepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PEDANG YANG cukup tajam dan berkilat itu dipusingkan ke atas dan dihalakan ke tepi. Persembahannya berjalan dengan lancar, dia mengikut setiap langkah dengan betul.

Muzik yang dimainkan menambahkan lagi suasana yang meriah.

Qiana Belvina, penari pedang yang masih ditahap rendah.

Dua pedang yang cukup cantik dan unik itu digerakkan mengikut gerakan yang betul. Ini persembahan pertama baginya, dan yang buatkan Qiana sedikit gugup kerana penontonnya.

Kai Vinca Vicente.

Qiana dijemput untuk melakukan persembahan kepada Raja Kegelapan di sini. Semua rakyat di sini tahu yang Raja Vinca cukup cerewet dan angkuh.

Jika Qiana tersilap langkah, nyawanya boleh melayang.

Muzik mula berakhir dan Qiana mula berhenti menari, gelaran terakhirnya cukup memuaskan para menonton. Dua pedang itu disatukan secara lain arah.

Lampu mula tertutup dan tepukan gemuruh mula bergema di dewan megah itu.

Qiana tersenyum tipis, akhirnya dia boleh bernafas. Dia melangkah keluar bersama dengan para pemain muzik.

Namun langkahnya berhenti apabila suara milik Raja Kegelapan kedengaran kuat.

"Bosan, tarian dia tak hebat seperti yang beta fikirkan."

Hujung bibir terangkat mengukir senyuman sinis, Qiana melangkah semula dan keluar daripada majlis itu.

"Berani dia hina tarian aku?" soal Qiana.

Malam ini, istana mengadakan majlis sempena kejayaan Putera Perang, dia berjaya menewaskan musuh yang mahu menakluk dunia gelap.

Qiana salah seorang yang bencikan Raja Kegelapan, dia suka bersosial, terlalu sombong dan kejam.

Namun Qiana tidak dapat melarikan diri daripada takdirnya, dia adalah seorang pari-pari yang masih perlu berlatih dengan gigih.

Di dalam dunia ini, pari-pari adalah makhluk yang paling lemah. Mereka selalunya dijadikan penari atau pembantu.

"Qiana, nak pergi mana?" seorang gadis berjalan mendekati Qiana.

Pakaiannya biasa dan dia mempunyai sayap berwarna putih di belakang, namanya Aurora.

Pari-pari sama seperti Qiana, namun Qiana masih lagi tidak mempunyai sayap.

"Nak pergi Sungai Batu, saya dah tak diperlukan di sini." jawab Qiana lalu dia terus meninggalkan Aurora.

Aurora tidak kisah, dia sudah terbiasa dengan sikap Qiana. Ramai yang menganggap dia seorang yang sombong dan angkuh.

Tetapi Qiana tidak begitu.

Sayap milik Aurora mula mengembang dan dia mula terbang ke arah Qiana lalu dia menghalang jalan Qiana.

"Rehatlah dulu, awak tak letih? Tadi ketua dah sediakan makanan untuk kita semua," ujar Aurora.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FAIRYTALE : KING OF DARKNESSWhere stories live. Discover now