Part 27💕(FAIRY&FAYZEN)

697 23 3
                                    

Fairy keluar dari bilik dokter dengan langkah longlai dan wajah yang suram. Tiada secalit senyuman yang terukir di bibirnya. Sisa air mata yang masih ada di pipinya.

Sherly memimpin Fairy supaya duduk dikerusi. Dia mengusap bahu Fairy perlahan.

"Adik kenapa ni? Ada apa-apa yang akak perlu tahu ke?" Soal Sherly dengan riak risau. Sherl tak ikut Fairy masuk ke dalam bilik dokter sebab tu la dia risau sekarang ni.

Fairy kembali mengalirkan airmatanya. Dia memeluk tubuh kakak iparnya. Sherly hanya membalas pelukan adik iparnya tanpa bertanya apa-apa lagi. Mungkin adiknya perlukan masa.

"Jom kita balik yer. Nanti balik adik rehat eh. Kalau ada apa-apa call akak yer." Ajak Sherly setelah Fairy selesai menangis.

"Hm." Jawab Fairy. Mulutnya tak mampu mengeluarkan sepatah pun perkataan. Dia sungguh terkejut dengan kata-kata dokter.

Flashback

"Saya ada 2 perkara yang ingin disampaikan kepada puan." Kata Dokter S.

"Apa tu dokter? " Soal Fairy. Hatinya rasa tak sedap.

" Tahniah puan mengandung dah sebulan." Ujar Dokter S dengan senyuman.

"Alhamdulillah. Berita yang kedua apa dokter?" Soal Fairy lagi.

"Maaf puan. Setelah saya periksa puan tadi, saya mengesahkan puan penghidap kanser hati tahap 1." Jawab Dokter S dengan wajah muram. Dia pun tak sanggup nak bagitahu tentang ni.

"Dokter bergurau kan? Saya sihat je kan dokter?"

"Tak puan, saya tak bergurau. Puan masih bernasib baik sebab dapat tahu awal. Saya nasihatkan puan supaya datang lagi untuk pemeriksaan bulan hadapan. Puan jangan risau penyakit ni masih lagi boleh kita rawat dengan rawatan yang disediakan kerana penyakit puan masih di tahap awal." Terang Dokter S.

"Ya Allah." Laju air mata Fairy jatuh ke pipi. Dugaan apakah yang ingin Allah berikan ni. Kuat ke dia nak hadap semua ni? Mampukah dia ingin beritahu perkara sebenar kepada suaminya?

"Sabar ye puan. Saya nasihatkan puan supaya tidak buat kerja yang berat dan banyak berehat. Insyallah dengan izin Allah puan akan sembuh. Saya nasihatkan supaya bagitahu suami puan . Nanti boleh dia bagi semangat kat puan. Saya yakin puan kuat." Ujar Dokter S lagi.

"Insyallah nanti saya bagitahu."

End flashback.

Sampai sahaja Fairy di rumah. Dia memberi salam lalu masuk ke rumah dengan wajah biasa. Namun matanya masih lagi sembab dan bibirnya juga kelihatan pucat.

"Assalamualaikum hubby."

Fayzen yang melihat isterinya sudah balik itu segera mendekati.

"Waalaikumusalam baby flower. Lamanya baby keluar ,hubby rindu tau." Fayzen memeluk tubuh Fairy.

"Iz jangan sweet sangat depan kitaorang. Dah la Adam single." Tegur Akwa.

Fairy yang terdengar suara milik Akwa segera melepaskan pelukan. Dia memandang ke pemilik suara tersebut.

"Diorang sapa hubby?" Tanya Fairy.

"Kawan hubby . Diorang datang lepas baby keluar tadi." Jawab Fayzen.

Fayzen yang perasan muka isterinya pucat segera menyoal.

" Baby okay tak ni? Kenapa muka pucat?"

"Takde apa. Hubby borak la dulu . Saya nak naik rehat." Pamit Fairy.

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now