PART 5💕 (FAIRY×FAYZEN)

1K 26 1
                                    

Fairy yang baru tersedar dari pengsan terkejut apabila melihat ada seseorang tidur disisi katilnya sambil memegang lengannya.

Dia segera merungkai pengangan itu.
"Ish dia ni suka hati je pegang orang . Haram tahu tak." Gumam Fairy perlahan.

Dia cuma mengamati setiap ruang yang ada dalam bilik tersebut. Tiba-tiba dia baru sedar yang sekarang dia berada di hospital dan yang sedang tidur tu adalah bossnya.

"Erm Tengku , bangun Tengku saya dah sedar ni" kejut Fairy sambil mengoncang sedikit lengan Faiz yang tertidur disisinya itu.

"Lena betul dia ni tidur. Aku ada idea nak kenakan si singa beku ni hehe. Aku akan buat dia jadi boss yang paling cantik di abad ini." Fairy memandang Faiz sambil tersenyum nakal . Ni je la masa yang dia ada untuk kenakkan Faiz . Dia dah lama berdendam dengan bossnya itu.

"Tengku nak tidur sangatkan, meh kita main make up- make up" ujar Fairy sambil mula menconteng muka Faiz yang sedar lena tidur. Dia conteng berhati-hati supaya kulitnya tak bersentuhan dengan  bossnya itu.

Faiz terasa seperti ada benda yang sedang bergerak-gerak di atas mukanya mula membuka mata.

Fairy yang melihat Faiz membuka mata ,cepat-cepat dia sorokkan make up yang berselerak di atas katil. Dia sorokkan semua dibawah bantal. Mana sempat weyh nak susun dalam beg balik

"Erm, you bila sedar ni? Nak I panggilkan doktor tak?"soal Faiz kepad Fairy.

"Eh takpe Tengku saya okay je ,nanti-nanti la panggil doktor tu . Tengku balik laa dulu saya okey je kat sini nanti saya call mummy saya suruh datang tengok saya kat sini."balas Fairy.

"Hm ye laa nanti mummy kau sampai aku balik. Aku nak pergi solat kejap ,kau ada nak kirim apa-apa ke?"

"Tengku belikan roti boleh? Saya lapar laa dari pagi lagi tak makan."ujar Fairy sambil mengosok perut dan membuat wajah comel.

"Tu la kau patut la sampai pengsan, tak makan rupanya. Aku ingat kau period. Eh ni satu lagi aku tak nak kau panggil aku Tengku kalau kita kat luar pejabat"

"Pastu nak panggil apa? Fayzen ke?"soal Fairy pelik.

"Ikut kaulah asal jangan panggil Tengku."balas Faiz.

Faiz melangkah keluar dari bilik Fairy dengan muka yang tadinya serius terus bertukar  muram. Selepas arwah isteri dia meninggal tak ada seorang pun yang berani panggil dia  Fayzen sebab itu adalah nama yang dipanggil arwah isterinya semasa dia sedang merajuk.

Flash back

"Abang nak merajuk! Tak nak kawan dengan sayang. Sayang dah tak sayang abang hmph!"

"Olololo Fayzenku sayang, jangan la merajuk . Kalau Zen merajuk, Faz pun rasa nak merajuk jugak erm."

"Mana boleh macam tu. Faz kena pujuk Zen la. Zen merajuk ni."

Fazrina tersenyum lalu memeluk tubuh suaminya sambil bernyanyi.

Fayzen.... Alolololo Fayzen..
Ting ting tang ting tang ting Fayzen..
Faz rindu sikap Fayzen yang dulu...

Fayzen..  Alololo Fayzen....

Tak sampai seminit Faiz sudah tersenyum semula.

"Hah kan comel tu senyum. Ni baru husband sayang. Dah jangan merajuk eh. Buruk tau abang merajuk."

"Ye abang tak merajuk dah. Saja test sayang tadi."

End Flash back

Faiz pelik kenapa nurse-nurse yang berselisih dengannya semua ketawa terbahak-bahak .  Ada apa yang tak kena dekat dia sampai semua orang ketawa ni.

"Muka aku hodoh sangat ke sampai orang ketawa tengok muka aku ni? Aku rasa aku handsome je. Tak boleh jadi ni aku kena tengok jugak."

Faiz laju melangkah ke tandas untuk melihat apa yang pelik diwajahnya.

Apabila sudah sampai di tandas alangkah terkejutnya dia apabila melihat penuh gincu dan bedak berada di wajahnya.

"FAIRY NURASYA KAU MEMANG NAK KENA DENGAN AKU KAN , SIAP KAU FAIRY JANGAN CUBA NAK LARI DARI AKU.." Jerit  Faiz dari tandas dengan perasaan geram .

Fairy yng mengikuti langkah Faiz ketawa terbahak -bahak apabila dia mendengar Faiz menjerit kerana memarahinya. Dia berpuas hati kerana dapat kenakan bossnya itu.

"Abang... Abang tak rasa ke yang anak kita tu dah tua? Dah patut kahwin." soal Tengku Fazura.

"Ntahlah yang abang rasa anak kita tu tak dapat lupakan arwah isteri dan anak dia lagi."balas Tengku Fikri .

" Sampai bila bang? Takkan laa abang nak tengok anak kita tu membujang sampai tua."

"Yang anak kita tu dah 31 tahun dah pandai buat keputusan sendiri. Takpe laa yang kalau ada jodoh ada lah tu .. Kita tak boleh nak paksa anak kita tu.. Dia dah besar biarlah dia tentukan kehidupan dia."

"Ish malas la nak cakap dengan abang saya nak pergi masak ,malam ni Iz nak balik."

"Abang... Nak tak kita jodohkan Fairy dengan anak kawan kita? Fairy tu dah 25 tahun sampai bila nak membujang? Kita ni dah tua ,saya nak la sebelum saya tutup mata dapat merasa gendong cucu." Ujar Puan Fatma .

"Honey.. apa pulak cakap macam tu. Honey nak ke kalau honey tentukan jodoh anak kita tu ,tapi dia tak bahagia. Honey nak ke anak kita sengsara? Honey sanggup ke tengok anak kita bercerai-berai?" soal Tuan Fairuz.

"Tak nak ,saya cuma cadangkan je. Abang jangan la buat saya rasa bersalah . Huh malas laa nk cakap dengan abang. Saya nak pergi siram bunga ." balas Puan Fatma.

Kring! Kring! Kring!

Telefone bimbit milik Tuan Fairuz berbunyi.

"Assalamualaikum, hello kenapa Sya call daddy ni?"

"Waalaikumusalam daddy. Sya nak bagitahu yang sebenarnya Sya masuk hospital ni." Beritahu Fairy perlahan.

"Hah!! Macam mana boleh sampai hospital ni anak daddy? Anak daddy kenapa?" Terkejut Tuan Fairuz seketika.

"Jangan la risau daddy. Sya pengsan sebab gastrik tadi pastu boss Sya bawak Sya pergi hospital."

"Ouh, okay. Kejap lagi daddy pergi. Daddy nak bagitahu mummy dulu. Sya rehat yer, nanti daddy sampai." Pesan Tuan Fairuz.

"Baik daddy."

"Honey! Sini kejap." Panggil Tuan Fairuz.

"Ye abang. Nak apa? Saya nak suram pokok pun tak senang." Rungut Puan Fatma.

"Anak kita masuk hospital honey."

"Hah! Betul ke ni bang? Jom kita pergi sekarang! Ya Allah anak aku!"panik Puan Fatma.

Tuan Fairuz memegamg lengan isterinya lalu dipimpin untuk duduk di sofa.

"Honey, jangan gelabah sangat. Anak kita okay je la. Dia pengsan sebab tak makan tadi. Boss dia yang bawak dia pergi hospital." Terang Tuan Fairuz .

"Mana saya tak gelabah abang. Anak kita dah la perempuan ada satu tu je. Mesti lah saya risau."

"Ye abang tahu. Dah sekarang ni honey naik pergi bersiap. Abang nak suruh driver panaskan kereta. "

"Baik abang."

Bersambung..

Vote n komen ❤️

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now