Part 11💕 (FAIRY&FAYZEN)

841 24 1
                                    

Suasana majlis pada petang itu sungguh meriah dengan kehadiran keluarga terdekat serta kawan-kawan Fairy dan Faris .

Semua orang sibuk berborak dan berkenalan antara satu sama lain. Tapi tidak dengan Fairy. Dia masih memikirkan akan kata-kata bossnya yang mengatakan bahawa dia tidak layak dan tak setaraf.

"Hm mesti Tengku tak datangkan maklum la saya tak sekaya Tengku". Kata Fairy dengan nada perlahan. Matanya tak lepas dari melihat ke arah pintu pagar. Dalam tak sedar dia sebenarnya mengharapkan Faiz untuk datang.

Fairy pun teruskan mengelamun sehingga

Tiba-tiba ..

"Bahhh " sergah Adelia apabila melihat Fairy sedang mengelamun.

"Eh mak - mak. Ish kau ni aku baru nak berangan anak raja lamar aku."

"Eleh ye la tu padahal kau tunggu Tengku datang kan? Tengku dah datang dah pun,tadi aku nampak Tengku and family masuk ."

" Ouh dah datang ."

" Eh haaaa!! Dah datang ? Bila dia datang kenapa aku tak perasan ? Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal? " Kata Fairy sambil kalut membetulkan bajunya dan pergi ke arah abang nya yang sedang berbual bersama Tengku Faiz Fayzen.

"Haihh Sya.. Syaa tak menyempat yer . Dengar nama Tengku je terus pergi ."

"Eh adik, kenapa adik tak bagitahu yang bos adik ni kawan abang?." Soal Faris.

"Mana la adik tahu dia kawan abang. Abang mana pernah tunjuk kat adik kawan-kawan abang . Ye la takut kawan abang usha adik kan." Kata Fairy sambil menunjukkan riak tidak berpuas hati .

"Hehe abang lupa pulak. "

" Fayzen ni la adik aku yang comel tu. Mesti kau dah kenal kan?"

"Ye aku dah kenal. Tapi tak sangka pulak dia adik kau. " Ucap Faiz sambil merenung Fairy.

"Ish kenapa pulak dia tenung aku macam nak tembus ni. Tak ada rasa bersalah langsung ke dah hina aku haritu." Kutuk Fairy di dalam hati.

"Eh by the way mana isteri kau? Aku tak nampak pun. Selalu nya berkepit je dengan kau. Soal Faris.

Muka Faiz yang tadi serius terus mendung apabila di soal tentang arwah isterinya. Faris tak salah sebab masa isteri dia meninggal hanya keluarga terdekat serta staf sahaja yang tahu.

"Isteri aku dah meninggal tahun lepas. Sebab jatuh bilik air " balas Faiz sambil tersenyum pahit.

"Ya Allah sorry bro aku tak tahu hal ni. Dah lama kita lost contact banyak benda yang aku tak tahu pasal kau" Kata Faris sambil mengosok belakang badan Tengku Faiz Fayzen.

"Erm sokay bro , aku tak ambik hati pun. Dah la cakap pasal ni nanti banjir pulak rumah kau dengan air mata aku."

" Hahaha kau ni sempat lagi melawak"

" Adik pergi panggil semua orang berkumpul. Majlis dah nak start ni." Arah Faris.

"Baik abang."

Selesai sahaja majlis pada petang itu. Tengku Faiz Fayzen meliau mata mencari ke mana Fairy pergi .

"Haih , perempuan ni terasa dengan aku lagi ke?"Kata Tengku Faiz Fayzen di dalam hati.

Sedang dia mencari Fairy . Tiba tiba...

"Hah kau cari apa ni . Macam orang hilang anak dah aku tengok." Tegur Faris apabila melihat sahabatnya tercari-cari sesuatu.

"Eh Faris . Aku cari Fairy kau ada nampak tak? Aku cari dari tadi lagi tapi tak nampak -nampak. Aku risau dia marah aku lagi sebab haritu aku ada tersalah cakap dengan dia."

"Ouh adik aku. Ada kat tepi kolam sana. Pergi la pujuk adik aku. Kalau aku tahu kau sakitkan lagi hati adik aku. Memang aku potong-potong badan kau. " Ucap Faris sambil memandang tajam ke arah Fayzen.

"Woo woo garang siakk kau. Ye ye aku janji aku takkan sakitkan lagi hati Fairy."

Faris memandang Tengku Faiz Fayzen yng pergi ke arah adiknya.

"Zen,zen ingat aku tak boleh nampak ke yng kau sebenarnya dah tangkap cintan dengan adik aku. "

Fayzen melangkah menuju ke arah Fairy  yang sedang termenung di tepi kolam.
Setibanya dia ditepi kolam. Fayzen terus duduk di tepi Fairy .

"Eh Tengku buat apa duduk tepi saya ni. Bukan ke saya ni tak setaraf dengan Tengku . Bukan apa saya takut Tengku jijik dengan saya." Ucap Fairy tanpa memandang ke arah Faiz.

"Dah la tu ungkit pasal haritu. Aku datang ni nak mintak maaf pasal haritu. Aku tak sengaja cakap macam tu. Masa tu fikiran aku ntah ke mana tu yang aku terlepas cakap." Kata Fayzen sambil melihat ke arah Fairy .

"Hahaha lawak la Tengku ni. Ada saya kesah ke Tengku ada masalah ke tak. Bye saya malas nak layan singa beku macam Tengku ni. Buang masa saya je."

"What dia panggil aku singa beku."

"Takpe-takpe kau tunggu nanti Fairy. "

Sejak kejadian haritu,setiap hari meja Fairy akan dipenuhi bunga dan coklat. Tapi Fairy hanya membawa pulang bunga sahaja. Dia tahu semua ni Fayzen yang bagi sebab nak pujuk dia.

Tapi dia memang takkan terpujuk. Dia akan masuk ke dalam bilik Faiz atas urusan-urusan tertentu sahaja. Sarapan pagi Faiz masih lagi dia sediakan tapi dia letak sebelum Faiz sampai .

Dia saja je nak tengok effort Faiz. Dia bukan nak merajuk sangat pun.

"Macam mane lagi aku nak pujuk Fairy ni semua cara tak jalan. Teruk sangat ke apa yang aku buat kat dia."

" Hahaha baru sedar ke bro. Kau hina dia kut ,kau cakap dia tak setaraf. Kalau aku dah lama kau ni makan penumbuk aku. Kata Adam yang sedang lepak di dalam bilik Faiz.

" Tu la kau. Kau tak tahu ke perempuan ni hati dia sensitif. Kau kena banyak bersabar dengan dia. Kau kena slow talk . Ni kau sikit-sikit marah. Kalau aku pun baran ." Tambah Akwa dengan senyuman sinis. Dia geram dengan Faiz.

Tengku Faiz Fayzen diam dalam beberapa minit.

"Aku rasa aku dah ready nak kahwin lain."beritahu Faiz dengan penuh semngat.

"What" kata Adam dan Akwa serentak. Mereka memandang ke arah Faiz dengan wajah yang tak percaya.

"Kau jangan main-main bro . Kau tahu kan kita banyak musuh . Kau nak ke Fairy tahu yang kau ni ketua mafia. "Kata Adam lagi.

"Ye weyh kau tak takut ke Fairy akan menjadi mangsa musuh kita." Balas Akwa dengan suara serius. Jarang Akwa nak serius ni.

"Kita orang pun penat jugak nak back up kau setiap masa dekat markas. "

"Arghhh aku tak kira aku nak Fairy jadi milik aku.Tak ada sesiapa pun dapat miliki Faiz selain aku HAHAHAHA"ucap Faiz sambil ketawa macam orang tak betul. Gila? Ye dia memang gila. Selama ni dia cuba menafi perasaan dia terhadap Fairy .

Tapi kali ni dia betul-betul nak Fairy jadi suri hati dia. Dia dah obses dengan Fairy . Sejak Fairy masuk kerja ke syarikat dia lagi.

Orang sekeliling dia memang takkan perasan sebab dia buat kerja senyap-senyap. Fairy pergi ke mana buat apa semua dia tahu.

Ke mana Fairy pergi dia selalu hantar bodyguard dia untuk ikut dari jauh.

Tengku Faiz Fayzen dah lama rancang tapi Fairy dan pembaca je yang lalai.

"Weyh Adam kawan kita tu dah tak betul agaknya." Bisik Akwa.

"Ye weyh aku seram la . Dia cakap macam orang tak waras dah aku tengok."

Bersambung ..

Vote n komen❤️

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now