Bab 3💕 (FAIRY×FAYZEN)

1.1K 24 0
                                    

Faiz melangkah masuk ke dalam markasnya dengan muka dingin dan beku.
Sesiapa sahaja yang melihat mukanya sekarang akan berasa gerun kerana selangkah sahaja dia melangkah ke dalam markas, tiada secalit senyuman yang dipamerkan oleh Faiz.

Setibanya dibilik mesyuarat ,suasana yang bising serta merta senyap tanpa sebarang bunyi. Sapa je tak takut kalau tiba-tiba boss masuk.

"Aku malas nak buang masa, aku kumpul korang semua kat sini sebab aku dapat tahu dari seseorang yang ada orang khianat aku"ujar Faiz dengan wajah serius .

"Sekarang ni aku nak siapa yang rasa dia khianat aku mengaku sebelum aku habiskan kau malam ni jugak"

Semua anak buah Faiz senyap dan tiada seorang pun berani memandang ke arah boss mereka .

"Ouh takde yang nak mengaku hm. Adam kau bawa dia melutut depan aku ."

"Baik tuan" ujar Adam smbil menarik salah seorang anak buah Faiz .

"Ma-af ka-n aku tuan."

"Baru sekarang kau nak mintak maaf?Masa kau khianat aku ada kau fikir apa akibatnya?"

"A-ku ter-paksa tuan."

"Kau ingat aku kisah dengan ayat terpaksa kau tu? Aku dah warning semua anak buah aku supaya jangan sesekali khianat aku , tapi kau dah langgar ."

"Buat je la apa-apa kat aku supaya aku dapat tebus salah aku tuan"

"Adam, kau kurung dia dalam bilik tahanan aku tak ada mood lagi nak siksa dia"

" Baik tuan ,arahan diterima"

" Bersurai semua"

Pulang saja dari markas Faiz terus ke penthouse miliknya . Perlahan-lahan dia melangkah ke dalam bilik dan mengambil sebuah kotak yang berisi kenangan bersama arwah isterinya.

Flash back

"Abang kalau saya dah takda nanti abang cari penganti saya ye"ucap Fazrina sambil memandang tepat ke anak mata Faiz.

"Sayang jangan cakap mcam ni abang yakin sayang boleh sembuh , sayang kena janji dengan abang yang sayang akan kuat demi anak kita" ucap Faiz sambil perlahan-lahan air matanya membasahi pipi dan dia mula teresak .

"Abang jangan nangis sayang cakap je "

"Sa-yang jan-gan ca-kap macam tu , sayang tahukan abang tak kuat tanpa isteri abang disisi." ujar Faiz teresak-esak.

"Alololo husband sayang ni manja betul"ucap Fairy sambil mengusap kepala Faiz yang berada diatas ribanya.

"Sayang promise eh abang tak nak dengar dah sayang cakap macam ni lagi, abang nak sayang dan anak kita selamat. Abang tak boleh bayang macam mana hidup abang tanpa sayang dan anak kita."

"Tapi abang , kalau abang disuruh memilih antara anak kita dan sayang . Abang pilih anak kita okeyh sayang nak anak kita membesar dengan baik. "

Faiz senyap lalu tertidur diatas riba isterinya .Dia banyak sangat menangis dengan kata-kata isterinya.

"Sleep well abang. Sorry kalau sayang tak mampu nak bersama dengan abang dalam waktu yang panjang. Sayang harap abang kuat hadapi hari-hari abang tanpa sayang disisi."

Beberapa hari kemudian,

Fazrina perlahan-lahan mahu menuju ke tandas kerana ingin mandi tapi tidak tahu dimana silapnya dia tergelincir dan jatuh didepan bilik air.

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now