Part 16💕 (Fairy & Fayzen)

737 15 3
                                    

Di pagi hari Adelia dan Fairy sibuk mengemas pakaian mereka untuk pulang ke Cyber pada tengah hari ni.

Kelam kabut Adelia apabila Fairy tiba-tiba nak balik mengejut . Semalam cakap 2 hari lagi ,tahu-tahu harini dah nak balik.

"Weyh Fairy, aku tak faham lagi sekarang ni. Apa pasal kau nak balik tergesa-gesa sangat ni."Adelia duduk dihadapan Fairy yang sibuk mengemas itu.

"Hm sebab aku rindu Fayzen." Jawab Fairy dengan mulutnya terukir senyuman. Matanya masih lagi ke arah barang-barang yang ingin di kemas.

"Kau ni dah kemaruk sangat dah ni. Tengku dah bagi greenlight untuk kita healing , kau boleh senang-senang cakap kau nak balik sebab rindu dia."

" Biar la. Aku suka duda hot tu. Kau rasa boleh tak kalau aku nak lamar Tengku jadi suami aku." Tersengih-sengih Fairy mengungkap kata itu.

"Astagfirullahalazim,mashallah Sha aku dah tak tahu nak cakap apa dah dengan kau ni. Aku rasa nak bawak kau pergi berubat la Sha. Tahap kemaruk kau ni dah tahap parah." Bebel Adelia .

Makin dilayan makin menjadi perangai si Fairy ni. Nasib la Adel ni dah biasa layan perangai nakal dan gedik Fairy ni , kalau tak dah kena smack down dengan Adel.

"Adik jom lepak, angah bosan laa." Ajak Tengku Farel.

"Hm apa la angah ni . Bosan baru cari adik, haritu adik ajak angah keluar banyak betul alasan angah."

"Adik tahu yang angah dengan along bukan sayang adik pun. Sibuk dengan kekasih masing-masing sampai lupa adik." Ujar Tengku Farisha dengan nada merajuk.

Tengku Farel segera mendekati dan memeluk adik kembarnya dengan erat.

" Aih adik ni sampai ke situ pulak dia over thingking. Along dengan angah sayang sangat dekat adik kesayangan kami ni. Cuma lately ni kitorang sibuk uruskan projek sebab tu takde masa untuk adik." Terang Tengku Farel.

"Hiks hiks adik pun sayang angah jugak. Sorry sebab adik tuduh angah dengan along bukan-bukan. " Tersebik-sebik mulut Tengku Farisha mengungkapkan kata.

Tengku Farel yang merasa bajunya di bahagian dada sedikit basah terus menunduk melihat adiknya. Dia mengusap air mata yang mengalir dari mata sang adik.

"Alolo adik angah ni, dah besar pun masih lagi manja. Dah la tu jangan nangis. Jom kita pergi shopping angah belanja." Pujuk Tengku Farel .

Tengku Farisha yang mendengar perkataan belanja itu terus mengukirkan senyuman yang manis. Biasalah perempuan ni pantang orang nak ajak pergi shopping dan nak belanja terus on.

"Jom adik tak sabar nak tapau angah ."

Shark menerima arahan dari Hanim untuk memerhati setiap gerak geri Faiz. Apa yang Faiz buat, Faiz pergi mana dan dengan siapa semua itu akan menjadi soalan .

Harini, Shark tak nampak pun Faiz keluar dari penthousenya. Dah hampir 5 jam menunggu tetap tak ada sebarang bunyi.

Shark pun mengambil keputusan untuk beredar dari situ dan kembali ke rumah yang diberi oleh bossnya.

" Haih miss ni pun tak nampak ke yang aku ni suka dia." Keluhan meniti dari bibir Shark setelah dia melangkah masuk ke dalam bilik.

"Ehem, I macam dengar you sebut sesuatu tadi." Tegur Hanim yang baru saja masuk ke dalam bilik itu.

Terkejut Shark apabila mendapati bossnya masuk dengan tiba-tiba ke dalam biliknya. Dia pun berdiri untuk memberi ruang untuk bossnya duduk.

"Hm takda apa miss. Aku cakap sorang-sorang je tadi." Jawab Shark sedikit tergagap.

"Sejak bila you gagap Shark?" Soal Hanim sambil mata mencerlung tajam ke arah Shark.

"Tak miss . Aku tak gagap tadi tu aku gugup sikit je. Yelaa miss tu tiba-tiba je masuk tak bagitahu. Aku terkejut tu yang tiba-tiba tergagap." Terang Shark bagi menutup malunya.

"Ouh nevermind , now I want you and Ash find Fayzen . I tak dapat apa-apa maklumat lagi dari you harini. You sebenarnya dah tak nak work dengan I ke?."

"Aku baru je lepas balik dari kawasan penthouse Tengku. Tengku langsung tak keluar dari rumah dia. Jadi aku buat keputusan untuk balik dan rehat ."

" Betul ke apa yng you cakap ni?. Soal Hanim masih tak percaya lagi dengan apa yang Shark terangkan.

"Betul miss. Takkan aku nak tipu miss."

" Okay . Kalau ada apa-apa berita tentang
Fayzen cepat inform I ." Hanim bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari bilik itu.

"Abang , saya risau la pasal Faiz . Saya call dia semalam dia tak angkat." Ujar Tengku Fazura sambil berjalan ke hulur -hilir di dalam bilik tidurnya.

"Ya allah awak , cuba duduk cakap elok-elok . Abang yang tengok ni naik pening kepala bila darling cakap sambil berjalan."

"Abang tak faham saya ni seorang ibu. Saya risau la bila Faiz tak jawab call saya." Tengku Fazura mengambil tempat di sebelah suaminya.

Tengku Fikri menggosok perlahan bahu isterinya untuk memberi sedikit ketenangan.

"Darling jangan macam ni. Anak kita tu dah besar. Dah pandai jaga diri. Awak hanya perlu berdoa je supaya anak-anak kita sentias dalam lindungan Allah."

"Abang tak nak awak fikir bukan-bukan. Nanti kalau isteri abang ni sakit , susah la hati abang."

Tengku Fazura yang berada di dalam pelukan Tengku Fikri sudah mengalirkan air mata apabila di nasihati oleh suaminya.

"Sorry abang. Saya terlalu fikir sangat pasal anak kita. Saya tak sedar yang diorang dah besar dan boleh jaga diri sendiri." Ujar Tengku Fazura dengan nada menahan sebak. Dia tak nak air matanya dilihat oleh Tengku Fikri.

"Takpe dah jangan nangis.Awak  bangun pastu pergi solat . Doa kat Allah banyak-banyak supaya anak kita sentiasa dapat lindungan darinya." Arah Tengku Fikir . Dia menyapu sisa airmata yang berada di pipi isterinya.

" Okay abang."

Tengku Fazura menunaikan solat tahajud,hajat serta taubat . Alang-alang dah pukul 3 pagi.

Setelah selesai solat Tengku Fazura menadah tangan untuk berdoa.

"Ya Allah, kau ampunkan semua dosaku, dosa suami serta anak-anakku. Kau berikan la kesihatan dan rezeki yang cukup untuk keluargaku ya allah. Kau lindungilah anak-anakku dari sebarang kemungkinan ya allah. Ya allah lapangkan la hatiku dan tenangkan jiwa ku. Hanya padamu aku memohon dan berserah.
Ya allah kau bukakan la hati anakku untuk menerima wanita lain dalam hidupnya. Aku sangat bersyukur jika ada wanita yang sanggup menerima anakku dengan ikhlas. Aku tak nak melihat lagi airmata anakku jatuh apabila keadaannya sangat rapuh tanpa ada kasih sayng seorang isteri. Berikanlah Tengku Faiz Fayzen bahagia. Jika dia bahagia aku juga turut bahagia. "

Banyak air mata yang tumpah kerana doa yang dipinta sebentar tadi. Sungguh hatinya rapuh ketika ini.

Tengku Fikri yng dari tadi melihat isterinya berdoa itu segera mendekati dan memeluk erat isterinya.

"Shuhhh. Shuhh dah jangan nangis . Tak cantik la isteri abang kalau nangis macam ni. "

Bersambung ..

Komen n vote tau kalau tak.. tak nak update . Hehe gurau.❤️

Be Mine My Baby Flower{C} Where stories live. Discover now