﹒⪩ 0 4 ⪨﹒

90 8 3
                                    

. ♕ ── 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒𝐄 ── ♕ .

 ♕ ── 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒𝐄 ── ♕

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

﹒⪩⪨﹒

"Noo! I'm late! I'm late!" Jerit Sarah sebaik saja keluar dari perut kereta. Dia bergegas menuju ke lif yang masih terbuka sedikit.

"Err kejap!" Dia menghalang pintu lift dari tertutup. Terbuka saja lif itu semula, dia terkelu.

Mak aih. Penuh jugak orang kat dalam ni.

"Maaf cik, sila guna lif lain. Lif ni dah penuh."

Sedih. Sarah hanya mengangguk faham sebelum membiarkan lif itu tertutup semula. Sarah mula pergi ke lif sebelah.

Dia tekan butang lif berkali-kali berharap lif tu akan terbuka sekarang. Cepat! Dia dah lambat ni!

"You might break it, Sarah." Tiba-tiba muncul satu suara menegurnya.

Bila dia toleh belakang. Ricky datang menghampirinya. Sarah senyum tipis sebelum mencari kelibat si pemuda yang seorang lagi. Mana dia? Tak datang kerja ke?

"Cari tuan ke?" Tanya Ricky menyentakkan Sarah.

Cepat-cepat Sarah menggeleng. "Morning, Ricky. You look handsome today." Jelasnya tersenyum kecil.

"Thank you. You look gorgeous as always, Sarah."

"I know.." Ucap Sarah. Sudah biasa dengar pujian seperti ini. Kalau boleh dia flip hair kat sini, memang dah lama dia buat. Tapi dia pakai tudung, memang susah nak buat. Flip tudung nanti jadi macam terpaling diva pulak.

Saat pintu lif sudah terbuka, senyuman Sarah menjadi lebar. Dia terus melangkah masuk ke dalam tetapi Ricky masih tercegat di luar.

"Awak tak nak masuk ke, Ricky?" Tanya Sarah masih menahan pintu lif daripada tertutup.

"Oh. Kejap." Dia toleh belakang kemudian mendapati susuk tubuh yang ditunggunya itu sudah mula memunculkan diri. Dia senyum nipis.

Hadief yang berpakaian kasual dan kemas itu mula menuju ke tempat mereka. Raut wajahnya kelihatan tegang seperti biasa. Tiada senyuman mahupun sebarang reaksi yang menggembirakan kelihatan di wajahnya. Pekerja lain hanya tunduk hormat dan memberi sapaan pagi namun tidak dijawab oleh pemuda tersebut.

Nampak macam bad mood. Tak boleh diganggu atau nanti akan kena padahnya! Itulah apa yang difikirkan Sarah. Dia tarik nafas, gementar. Pagi-pagi lagi sudah kena menghadap pemuda itu. Mana taknya dia gelabah sekarang ni?

"Erk. Tak apa, saya guna lif lain. Hehe." Cepat-cepat Sarah mahu melarikan diri namun dia dihalang oleh Hadief yang sudah terpacak di hadapannya ketika ini.

"Where do you think you're going, young lady?" Tegas Hadief.

Sarah kembali berundur dengan kecut perut. Pasrah. Dia rela berada di dalam satu lif dengan pemuda yang menakutkan itu.

𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬𝐞Where stories live. Discover now