𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟑𝟔

Start from the beginning
                                    

Melihat Natasya yang bergerak naik ke atas, Zafriel turut mengikuti langkah Natasya. Zafiera melihat pasangan itu hanya mampu menggelengkan kepala apabila melihat tingkah abangnya. Tak nak jauh bini langsung! Geli aku!

Tiba di dalam bilik Zafriel yang pernah dia duduk sebentar sewaktu hari pertama perkahwinannya, membuatkan Natasya tersenyum seorang diri. Entah mengapa dia teringat peristiwa dia takut untuk masuk ke dalam bilik ini. Terus Natasya tepis jauh-jauh kejadian itu dan dia meneruskan niatnya untuk masuk ke dalam

Natasya bergerak ke arah begnya dan dia mengeluarkan satu-satu pakaiannya. Kata Zafriel, mereka berdua akan menetap di sini selama seminggu memandangkan keluarga Puan Aaira juga sama

"Dear" panggil Zafriel. Jejaka itu sedang berbaring di atas katil dengan sebelah kakinya dia angkat manakala sebelah lagi dia luruskan. Lelaki itu berbaring memandang Natasya yang sedang mengemas baju dengan berbantalkan lengan

"Hm?" singkat jawapan Natasya kerana dia mau fokus untuk mengemas barangnya

"Kau cemburu ke aku tanya pasal Darisha?" soalnya dengan berhati-hati berharap tidak menyinggung perasaan wanita itu

"Buat apa saya nak cemburu? Kalau fikirkan balik nampak tak matang kalau saya cemburu. Iyalah, walaupun abang pernah suka dekat dia. Abang tetap sepupu dia kan? Ikatan persaudaraan tak akan terputus" jawab Natasya dengan tenang. Sekarang dia sudah selesai mengemas barangnya. Dia mencabut tudung yang terlilit di kepalanya

Ikatan ramput turut dia buka. Nanti ikat lama-lama patah pula rambutnya. Sikat diambil lalu Natasya menyikat rambutnya agar tidak serabut dan kembang. Zafriel hanya memerhatikan tindak-tanduk isterinya. Natasya memalingkan mukanya untuk tidak menghadap Zafriel

"Sayang" panggil Zafriel. Kalini modenya bertukar menjadi Helang. Serius

Natasya hanya diam. Sebaliknya dia terus menyikat rambutnya

"Erine Natasya" lagi sekali dia memanggil Natasya. Nada suaranya kedengaran tegas. Natasya memandang wajah Zafriel tanpa espresi terus Zafriel menarik tubuh Natasya dan mendudukkan wanita itu di atas ribanya. Sempat Natasya terkejut namun dia cuma mampu dia dan akur

"Kau marah aku kan?" soalnya. Dia diam menanti jawapan daripada Natasya

Belum sempat Natasya membuka suara, pintu bilik Zafriel terlebih dahulu dibuka oleh seseorang dari luar

"Abang...-" suara mengendur dan ucapan tergantung

"EH! Astagfirullahaldzim!" Fiera terus membalikkan badannya. Ya, gadis ini yang datang serbu bilik orang tanpa bagi salam. Naik segan Natasya. Muka pun dah tebal seinci. Malu!

"Abang, ayah panggil" maklum gadis itu sebelum perlahan dia turun pergi meninggalkan pengantin baru yang tidak seberapa baru ini

"Pemandangan yang sangat-sangat harom ya anuck-anuck! Gadis baik yang polos macam aku ni tak layak nak tengok" ujar Zafiera sendirian sambil menuruni anak tangga

"E-erm.. Abang dengar tak? Ayah panggil tu" Natasya mengulang makluman Fiera tadi. Dia sudah bangun daripada riba lelaki itu

"Urusan kita belum habis sayang" bisiknya dengan nada sensual lalu meninggalkan Natasya di situ

"Gila lelaki ni!"

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now