𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟔

Começar do início
                                    

Iris memandangnya dan Yassin mengeluh.

"Saya tak pernah cintakan Syazana." katanya perlahan dan sedikt tertunduk.

"Habis? Kenapa cikgu kahwin dengan dia?" soal Iris namun tidak dibalas oleh Yassin. Lelaki itu diam.

"Jawab soalan saya." Iris memaksa. Tetapi kesudahannya tetap sama. Yassin hanya diam.

Hal ini membuatkan Iris geram. Gadis menarik nafasnya dalam kemudian menghembus perlahan.

"Sudahlah, saya malas memaksa. Terpulang kepada cikgu. Saya tak akan ambil kisah apa-apa lepas ni." putusnya.

"Sorry. Tapi abang belum bersedia nak beritahu Iris. Sebab mungkin lepas Iris dengar cerita ini Iris akan benci abang dan bertambah terluka." katanya dalam hati sambil memandang isterinya itu.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

SMK Akedemik Bangsa ketika ini dalam majlis perasmian merentas desa edisi yang ke-38. Larian yang melibatkan semua pelajar SMK Akedemik ini mengikut kategori.

Iris kelihatan agak murung dari biasanya. Farhana dari tadi memandang pelik sikap sahabatnya itu. Dia ingin menegur tetapi takut pula jika hal ini melibatkan urusan rumah tangga dia bersama Yassin.

Kerana walaupun sahabat, dia masih lagi dikira orang luar dalam hal rumah tangga Iris dan Yassin.

"Kau okey tak?" soalnya. Kerana hal itu saja yang boleh dia tanya.

"Aku okey." sahut Iris bersama dengan senyuman.

"Hm.. Aku tahu you can do it bestie! Buktikan Iris Rayhana juara 5 kali berturut-turut batch kita!" soraknya memberikan semangat.

Hal ini membuatkan Iris sedar akan matlamatnya dan semangatnya kembali membara.

"Betul." dia bersetuju dengan Farhana.

"Tak apa, kau tinggal aku dekat belakang sebab aku malas nak lari. Ambil gelaran kau bestie!" gadis itu memberikan semangat lagi. Iris ketawa.

"Haha, semestinya." tawanya.

Dari kejauhan sedikit sebanyak hati Yassin turut tumpang gembira kerana sekurang-kurangnya Farhana sudah membuat gadis itu tertawa.

"Okay, kategori kita P1 dah nak berlepas. Aku gerak dulu!" pamit Farhana lalu masuk ke dalam pergerakan rumah sukannya.

Iris mengangguk kemudian dia fokus kembali ke depan. Pintu pagar sekolah ditatapnya dengan fokus. Sebaik sahaja hon dibunyi untuk perlepasan mereka, dia berlari dengan larian sederhana untuk mengekalkan momentum.

Mereka dibahagikan kepada 3 kategori dimana P3 dan L3 terdiri daripada murid tingkatan 1 dan 2. Manakala P2 dan L2 pula murid tingkatan 3. Akhir sekali tingkatan 4 dan 5 masing-masing kategori P1 dan L1.

Pelajar perempuan yang terlebih dahulu dilepaskan dan diikuti pula oleh pelajar lelaki setelah 5 minit pelepasan pelajar perempuan. Ini bagi mengelakkan kesesakan yang melampau dan memandangkan kudrat lelaki lebih tinggi.

Iris berada di kelompok depan. Ramai murid yang memecut laju ke hadapan. Namun Iris tidak menghiraukannya. Dia mahu menyimpan tenaganya terlebih dahulu sebelum terlalu gopoh dengan larian.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Onde histórias criam vida. Descubra agora