𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟓

Start from the beginning
                                    

Hati bekunya gelisah kerana tiada omelan comel gadis itu beserta senyuman manis yang selalu menghangatkan hatinya dan membuat jantungnya berdegup laju setelah sekian lama tidak lagi merasakannya

"Cepat jalan atau saya tinggal awak dekat tepi jalan" laungnya tika dia sudahpun membuka pintu kereta

Iris berdecak lalu bercekak pinggang seketika sebelum berlari anak menuju Honda milik Yassin

Pintu dibuka dengan kasar dan dia menghempaskan diri juga tidak kalah kasarnya ke dalam kereta. Tali pinggang dipasang dan matanya merenung tajam ke luar kereta. Hati Iris panas membara sekarang ini

"Iris" panggil Yassin dengan lembut namun tiada sahutan dari sang empunya suara

"Huft..." jejaka itu mengeluh perlahan. Dia memusingkan badannya memandang Iris yang masih enggan bersua muka dengannya

"Abang surrender" ujarnya perlahan menikam tepat wajah jelita gadis itu

Iris memandang Yassin dengan pandangan hairan. Mata mereka berdua bersambung. Dengan suasana hening ini yang berubah menjadi panas

"Cikgu dah kenapa? Buang tabiat ke?" soalnya dengan kening berkerut. Tetapi Yassin semakin memajukan tubuhnya mendekati Iris hingga gadis itu dapat rasakan dirinya sempit

"Tak, abang tak buang tabiat" sangkalnya

"Abang tahu Iris masih simpan perasaan tu" sambungnya lagi. Iris terdiam dan tidak mahu menafikannya

Gadis itu mengambil nafas untuk menenangkan hatinya. Hati yang masih sakit dengan luka yang ditoreh oleh jejaka itu tanda jejaka itu sedar

Kenyataan yang pahit diketahui namun bukanlah dari empunya mulut yang merungkainya. Siapa saja yang bakal menerima dan terus berlakon seolah tidak tahu apa-apa pada rahsia dan kebohongan ini?

Perlahan Iris menolak dada Yassin agar menjauhinya

"Sorry, saya hanya cuma murid cikgu" tolaknya tetapi Yassin tidak endah hinggakan...

Cup!

Berlangsung beberapa saat. Iris bagaikan tidak bisa bernafas. Jantungnya ingin meledak. Tetapi Yassin menjauhkan jarak mereka berdua dan memegang tangan gadis itu

"You are my wife. Now untill the end of my breath. Get it little wifey?"

"And" percakapannya tergantung. Dia membawa tangan gadis itu dan kemudiannya melekapkan tapak tangan tepat di dadanya untuk membuktikan betapa kuat detak jantungnya untuk seorang Iris Rayhana

"Once I fell in love, I never let it go" ucapan berakhir dan dia melepaskan semula tangan gadis itu lalu memulakan pemanduannya keluar daripada SMK Akedemik Bangsa

Iris bingung! Dia tidak tahu apakah yang harus dia balas. Dia senang dikala jejaka itu meluahkan perasaannya. Dalam masa yang sama dia juga mahukan luahan perasaan tentang sijil nikah yang dia lihat!

Tetapi mulutnya tidak dapat mengeluarkan sepatah perkataan pun untuk dirinya bertanya akan hal itu. Perasaannya Iris berbelah bagi. Dia tidak tahu harus mempercayakan omongan Yassin dari segi yang mana

Buntu!

Persoalannya yang tidak terjawab adalah siapa yang sebenarnya bertahta di hati lelaki bernama Yassin Firhan Al-Rizq ini. Sama ada benar dirinya, Iris Rayhana? Ataupun masa lalunya Syaza Uwaina? Mahupun wanita bernama Syazana Umairah yang sudah tertulis di sijil nikah itu

Iris mengepalkan tangannya kuat apabila mengingat kembali hal itu. Kerana Syaza Yassin meninggikan suaranya di depannya dan kerana Syazana Yassin menipunya dan bertingkah seolah semua baik saja tanpa diketahui kebenaran

Gadis itu memejamkan matanya dan meramas kuat hujung bajunya pula. Nafas dia tarik serta hembuskan secara kasar buat mengumpul keberaniannya

"Saya nak tanya" katanya dengan dingin tiada riak

"Silakan" persila Yassin memberikan ruang

"Siapa Syazana Umairah"

Srett...!!

Honda HRV yang dipandu Yassin mendadak berhenti setelah lelaki itu mendengar apa yang disoal Iris tadi. Hampir saja mereka terlanggar kereta depan dan mujur juga tiada kereta lain berada di belakang

Yassin diam dan memandang Iris. Iris juga turut diam memandang Yassin untuk memberikan ruang pada Yassin buat memberikan jawapan

"Jawab persoalan saya! Siapa Syazana!?" suara gadis itu sedikit meninggi membuatkan Yassin memutarkan keretanya dan memasuki simpang lain yang bukan jalan biasa selalu mereka lewati ke rumah

"I will show you" ujarnya dengan pemanduan juga sedikit laju daripada biasa

TO BE CONTINUED

HA! saya tahu awk dh dpt agak kan? ngaku jela.... tapi awk buat2 tak tahu aje ya... 😭. sebb saya tak pandai secret2 ni. hastag tiber.... oky bubyeee yalls!!

02/05/2024 happy 4k Yassin!!

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now