𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟑

Start from the beginning
                                    

ESOK paginya Iris bangun dari tidurnya dan tersedar bahawa dirinya dipeluk erat dalam dakapan Yassin. Iris terdiam dan berfikir sejenak

"Dari semalam ke kami macam ni?" monolong dia sendirian dan sedikit mendonggak ke atas bagi melihat wajah tenang lelaki itu

Lama Iris menenung wajah Yassin hinggalah terlintas kembali detik di mana Yassin mengakui siapa Syaza baginya. Air mata Iris sedikit bertakung

"Siapa sebenarnya yang ada di dalam hati abang?" soalnya perlahan hampir tidak kedengaran

Bebola mata Yassn bergerak perlahan. Jejaka itu membuka matanya dan automatik bersabung dengan milik Iris. Luruh hati jejaka itu tatkala melihat mata indah itu bertakung

Pelukan terhurai

"Saya nak ambil wuduk dulu" kata Iris dan segera bingkas dari katil. Yassin hanya membiarkan saja tanpa berniat untuk menahan. Atau tepatnya, dia tidak mampu untuk menahan gadis itu dan menjelaskan apa yang terjadi

"Maaf" hanya itu yang dapat keluar dari bibirnya

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

SEPERTI biasa, setiap pagi Iris akan menyediakan sarapan walaupun tidak disuruh oleh Yassin. Mood Iris kalini hanya ingin menyediakan sandwich

Dia terlebih dahulu turun ke bawah manakala Yassin pula masih berada di atas. Katanya ingin mengaji sekejap sementara gadis itu menyiapkan sarapan

Dalam masa yang sama juga, kedengaran suara merdu Yassin yang mengaji dengan setiap bait yang keluar dari mulutnya sungguh menenangkan hati seorang Iris

Dia sengaja tidak menutup pintu dengan rapat agar dia dapat mendengar suara indah itu mengeluarkan ayat-ayat suci daripada Al-Quran itu

Tenang sungguh!

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

"SAYA ada hal dekat sekolah. Awak bolehkan duduk rumah sendiri harini?" ujar Yassin sambil memandang Iris yang bercangkung menghadap bunga

Saja tengok, manalah tahu ada yang layu ke...

"Hm" sahut Iris tanpa menoleh. Yassin geleng kepala. Dia sudah tiada masa untuk memujuk gadis itu sekarang

Tidak lagi mahu membuang masa, dia terus menghidupkan Honda HRV miliknya dan keluar dari pekarangan rumah

"Ceh, hari ahad pun pergi sekolah. Mesti ada teacher kesayangan dia tu" omel Iris tanpa sedar. Kemudian otak dia loading sebentar

"Eh! Astaghfirullah! Kalau tak betul habis fitnah" dia menepuk mulutnya yang gatal itu

Kemudian Iris bangun semula dan dia sempat meregangkan ototnya setelah lumayan lama juga dia bercangkung

"Ergh... Better aku study. Nanti tak ada masa sebab sukan" katanya sendirian seolah ada yang mendengarkannya

Iris mengambil langkah terus ke bilik bacaan memandangkan semua buku study miliknya ada di situ

"Astaghfirullah... Ni mesti tak kemas semalam lepas guna. Apa punya laki" bebel Iris sambil bercekak pinggang memandang bilik bacaan yang agak bersepah mejanya

"Aish... Dengan pen dia tak tutup balik, fail tak reti nak susun, Kertas habis jatuh ke bawah" tambahnya lagi sambil tangan sibuk mengemas. Iris tunduk buat mengambil kertas yang berjatuhan di bawah

Dritt..Dritt..

Telefon Iris berbunyi. Gadis itu bangun dan mengambil iPhone miliknya. Tertera nombor yang tidak dikenali menelefonnya

"Siapa ni?" dahinya berkerut memandang nombor itu

"Ish.. Dah la aku paling penakut nak jawab nombor tidak dkenali" sambungya lagi

"Tapi... Kalau tak angkat takut benda penting. Argh... Angkat ajelah"

Lalu punat hijau baru saja mahu digeser tetapi panggilan diputuskan. Iris bertambah berkerut

"Siapalah ya... Kalau penting mesti dia akan call balik" ujarnya dan kembali bercangkung dan mengutip kertas di bawah meja

Habis itu, Iris mahu bangun tetapi kepalanya terhantuk pada laci meja menyebabkan bawah laci tu bocor dan menjatuhkan barang-barang yang ada di sana

"Allahuakbar... Keras sangat kepala kau Iris sampai bocor laci ni kau buat" katanya sembari mengusap kepalanya yang agak sakit itu

Dritt...Dritt...

Sekali lagi telefon Iris berbunyi. Dan juga nombor yang sama yang memanggilnya. Tangan mengeser lagi punat hijau itu

Telefon dilekapkan di telinga. Tangan pula sibuk mengutip barang dan juga kertas yang dari laci itu

"Helo" sapa Iris

"Ni Iris Rayhana?" soal seseorang dari hujung talian sana

"Ya, saya" sahut Iris. Tangan fokus sesekali dia melihat butiran lembaran di situ

"Kami dari pihak hospital ingin memaklumkan-"

Drap!

Telefon tadinya dilekapkan di telinga kini terhempas jatuh ke bawah. Hatinya juga seolah ditusuk sesatu tetapi itu hanyalah kenyataan yang dia lihat

Tangannya mengigil memegang sijil yang baru saja dia baca tadi. Sekali lagi butiran air mata seorang Iris Rayhana jatuh membasahi pipi

Surat Perakuan Nikah

Tarikh:26 Jun 2021

Suami
Yassin Firhan Al-Rizq bin Malique

Isteri
Syazana Umairah binti Usman

TO BE CONTINUED

hehehe jangan sakit jantung pulak. typo maaf yaaaa. btw abe Yassin kita dh 3k gais huhu

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now