𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟏

Start from the beginning
                                    

Plastik itu digengam dan akhirnya dia membuat keputusan untuk memberikan makanan yang ada di dalam plastik itu kepada pelajar lain yang lalu tepat di depannya

Di samping itu juga Mikhael juga antara turut menjadi pemerhati Arjuna dan Iris. Bola yang ada di depan matanya ditendang sekuat hati sampai mampu membuatkan jaring gol berlubang

PRITT...

Bunyi wisel yang dibunyikan Encik Nazrimi. Semua para atlet olahraga berkumpul untuk sesi pemanasan badan. Raja Nasq dan juga Yassin yang mengetuai pemanasan badan itu

Memang tersengih kerang busuklah Si Iris Rayhana dikala melihat imamnya di depan. Tak payah susah-susah pusing sana, pusing sini mata dia untuk cari kelibat lelaki itu

Mereka berdua ini melakukan kontak mata dengan antara satu sama lain. Tidak dapat dinafikan, tapi memang Iris tersengih sekarang ini. Sekali pandang sah akan digelar orang sakit jiwa

"I love you" ucap Iris tanpa suara pada suaminya. Memang tahap malunya hilang sekarang ni. Yassin pula yang terlakar senyuman manisnya bersama dengan gelengan kecil

bagaikan mahu tumbang! Iris Rayhana sedaya upaya menahan dirnya. Dadanya dia pegang

"Abang hesmes" pujinya lagi. Kalini juga tanpa mengeluarkan suara. Hanya mulutnya sahaja yang bergerak

"Fokus" Yassin pula yang menghantar isyarat. Iris menggeleng manja mengatakan dia tidak mahu

"Atlet! Gerak ke stesen latihan masing-masing" arah Encik Nazrimi. Lalu Iris mengambil langkah ke stesen latihan larian berpagar

Di situ ada Teacher Syaza yang berdiri sambil menyemak senarai nama atlet untuk dia catatkan catatan masa terkini. Sedikit terkejut Iris

Kerana dia tidak tahu bahawa Syaza juga merupakan cikgu yang akan ambil alih sesi latihan para atlet. Dia menghampiri Syaza untuk mencatatkan kehadirannya

Syaza senyum tatkala dia melihat kehadiran Iris. Sangat manis membuatkan Iris cemburu dan otaknya automatik melayang pada Yassin takut lelaki itu terlihat senyuman manis itu

"Erm awak atlet yang baru masuk latihan tu kan? Nama awak Iris Rayhana?" soalnya. Lamunan Iris tersedar

"H-ha? Ya saya Iris Rayhana" jawabnya. Syaza mengangguk dan menanda nama Iris. Dari kejauhan Yassin yang berada di stesen lembing memandang ke arah dua orang kaum Hawa itu

Iris terpandang Yassin memandang ke arahnya dan juga Syaza. Kemudian dengan pantas Yassin melarikan pandangannya

"Heh, pandang Teacher Syaza la tu" monolog Iris dalam hati dan memberikan jelingan pada Yassin

"Kita mulakan ya?" ujar Syaza dikala semua barisan pelari yang mengambil acara itu sudah berkumpul

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

SESI latihan telah pun tamat. Sekarang Encik Nazrimi mengarahkan para atlet untuk berkumpul di untuk sesi taklimat terakhir

"Ray" Arjuna memanggil Iris lalu memberikan botol mineral pada gadis itu. Iris menyambutnya dengan senyuman lalu meminum air itu

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now