𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒

Start from the beginning
                                    

Apabila dia pulang ke rumah dia sudah ada azam baru untuk berubah demi Iris. Tapi sayang apabila dia terlihat gambar perkahwinan di mana sepatutnya dia menjadi pengantin lelaki itu dilihatnya di ruang tamu. Tidak pernah dia menyangka bahawa dia akan dijodohkan dengan Iris Rayhana. Gadis yang menjadi incarannya tetapi sekrang menjadi hak milik abangnya

Mikhael menarik rambutnya frustasi. Jikalau dia menyerang Yassin sudah pasti dia akan dikerjakan oleh Malique. Bukannya tiada amaran daripada ayahnya itu padanya sewaktu dia mengamuk dan menelefon Datin Fairah untuk bertanya soal perkahwinan selepas sahaja dia melihat gambar itu. Mikhael beredar dari situ

DI samping itu, Iris yang berada di belakang dewan dikejutkan dengan bau yang kurang menyenangkan. Di kira boleh menghirup udara yang segar dan menenangkan fikiran dia sini, ternyata sangkaannya salah. Dengan langkah yang berhati-hati Iris menuju di ke arah di mana bau itu berasal

Bauan itu sepertinya berasal di sebalik dinding dewan sebelah kiri yang menghadap ke sebelah hutan itu. Di sebalh kanan padang sekolah. Terhendap-hendap Iris agar orang itu tidak menyedari kehadirannya. Iris berhenti di sebalik dinding dan mengintip siapa yang membuat bau yang kurang menyenangkan itu.

Daripad situ dapat Iris lihat seseorang yang sedang menyedut asap rokok. Wajah orang itu kelihatan tenang menyedut dan menghembus asap rokok itu seperti sudah terbiasa. Orang itu memandang ke depan. Terbuntang mata Iris apabila wajah orang itu jelas kelihatan

"Arjuna Narendra!" panggil Iris dengan sedikit kuat. Arjuna tersentak daripada lamunannya apabila nama diseru. Pantas rokok yang ada dikepit bibir jejaka itu dia ambil. Arjuna yang terkejut tanpa sengaja menghembuskan asap itu ke arah Iris

Terus Arjuna tersedar dan mengipas-gipas asap rokok itu supaya asap rokok itu hilang di sekeliling Iris. Iris terbatuk sedikit kerana jenis rokok itu adalah jenis asap yang tebal. Sambil Iris erbatuk-batuk, Arjuna mengambil kembali puntung rokok yang sudah hampir habis itu kemudian dia menyedut kembali hingga rokok itu memendek sebelum dia memijak rokok tersebut

Asap rokok tadi dia lepas ke arah lain supaya tidak mengena ke arah Iris. Kotak rokok yang awalnya dia pegang dia masukkan ke dalam poket. Iris memandang ke arah Arjuna yang juga turut memandang ke arahnya

"Elo ngapain ke sini?" datar

"Sepatutnya saya yang tanya awak. Awak buat apa dekat sini? Bukan awak ada hal ke? Oh... Saya dah tahu, inilah hal penting yang awak katakan itu ya?" sinis nada Iris. Arjuna terdiam

"G-gue. Ck, ngak gitu sih. Tapi memang benar gue ada hal penting" gagap. Entah tiba-tiba seorang Arjuna Narendra boleh tergagap apabila disoal oleh seorang Iris Rayhana

"Apa yang pentingnya? Merokok? Eh, awak ni dah kenapa Juna? Awak dah tak sabar nak mati sampai nak gali kubur sendiri?" bidas Iris. Arjuna mengeluh. Dia memejamkan matanya kemudiannya dia mengambil nafas untuk menerangkan keadaa ini kepada Iris

"Gue tertekan. Saking tertekannya gue sampek gue nggak tahu harus ngelakuin apa dan cerita sama siapa" keluhnya. Iris tiba rasa simpati terhadap jejaka itu

"Sejak bila awak jadi macam ni? Apa problem awak?"

"Dari gue umur 15. Kenapa soalnya nggak penting. Gue butuh waktu buat ceritain semua itu" katanya dengan mendatar. Iris pula yang mengeluh. Dia mahu membantu jejaka itu, tetapi apabila ditanya jejaka itu dia tidak mahu bercerita pula. Sudahlah, mungkin sampai masanya nanti Arjuna akan berkongsi dengannya. Iris pun tidak mahu memaksa lelaki itu

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     PERKARANGAN rumah banglo tiga tingkat milik keluarga Farhana dimasuki oleh Iris. Iris memandang ke arah Farhana yang sedang berbual dengan bakal mertuanya. Erk... Maksudnya ibu kepada bakal tunangnya yang singgah untuk memberikan makanan. Iris tergelak melihat Farhana yang sedaya-upaya control ayu di depan ibu kepada bakal tunangnya

"Bukan main sopan kau Far ya.. Dengan aku bukan main beruk perangai kau" Iris bercakap sendirian di depan pintu dengan suaranya hanya boleh didengari oleh dia sahaja

Farhana melambai ke aah bakal ibu mertuanya dan masuk ke dalam rumah menghampiri Iris yang menanti dia untuk masuk ke dalam rumah. Farhana tayang sengih pada Iris

"Hehe... Sorrylah buat kau tunggu lama. Ni ha, bakal mak mertua aku datang singgah dari rumah dia nak ke salon milik dia. Lepas itu dia singgahlah bawa donat ni. Nanti bolehlah kita makan sambil layan Netflix" Beritahunya. Kemudian mereka masuk ke dalam rumah. Mereka menuju ke ruang tamu

"Weyh" panggil Farhana setekah beberapa minit mereka menikmati donat dan memandang ke arah skrin TV. Iris memandang ke arah Farhana sambil mengunyah donat lobak merahnya

Donat Fang? Agak-agaknya Fang marah tak Iris curi donat lobak merah dia. Eh?

"Kau tahu tak sebenarnya Sir Yassin tu dengan Mikhael adalah adik-beradik. Aku macam tak percaya weyh berita ni. Tapi kau tengoklah Twitter sekolah kita ni" ujarnya lalu menunjukkan akaun itu. Iris membaca berita Yassin dengan Mikhael yang berdiri di lapangan kelihatan sedang berbincang dengan riak biasa

Caption yang tertulis adalah 'Mikhael panggil Yassin abang?' beserta dengan komen-komen pada pelajar yang mengatakan berita itu benar kerana hujung nama mereka berdua berbinkan orang yang sama, Malique

"Oh" jawapannya mengundang kerutan pada dahi Farhana

"Itu aje? Kau tak terkejut ke?"

"Yeah, lagipun aku dah tahu dah pun" selamba

"Sir Yassin itu suami aku Far... Memanglah aku tahu" monolognya dalam hati

"Cepat betul ya kau terima berita" kata Farhana tanpa curiga. Iris angkat bahu

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     "ABANG" seru Iris apabila dia melihat Yassin terbaring di atas sofa dengan matanya tertutup. Sepertinya jejaka itu tertidur. Tenang aje wajah lelaki itu

Mungkin terlalu penat kot di sekolah? Selepas solat isyak tadi jejaka itu turun katanya dan tengok berita tentang sukan dekat bawah. Tapi tidak sangka berita yang tengok dia

Iris duduk melutut di bawah sofa untuk memerhatikan wajah kacak Yassin yang tertidur. Dahi jejaka itu sedikit berkerut dia sentuh dan usap hingga dahi itu kembali tenang

"Abang, kalau Mikha minta abang ceraikan Iris abang akan buat tak?" soalnya seolah-olah jejaka itu dapat menyahut pertanyaannya. Tangan mungilnya dia bawa untuk menyingkirkan rambut lelaki itu yang menutup dahinya. Tangannya bergerak menyentuh pipi jejaka itu pula. Tangannya ditangkap

Iris terkejut di situ. Dirinya sudah ditarik dekat menghimpit jejaka itu. Siapa lagi pelakunya kalau bukan jejaka itu sendiri?

"Saya. Tak. Akan. Ceraikan. Awak" sebutnya satu-satu dengan suara serak basah khas orang bangun tidur. Matanya masih lagi terpejam. Dapat Iris rasakan deruan nafas Yassin menyapu kulit pipinya yang licin

Gugup? Semestinya dia gugup! Detak jantungnya laju hinggakan tipulah jikalau Yassin tidak mendengarnya apabila dengan posisi mereka yang sudah serapat ini. Iris diam tanpa niat mahu berganjak. Begitu juga dengan Yassin yang masih mengenggam tangan Iris

"A-abang-"

"Stay here" potong Yassin dengan pantas

TO BE CONTINUED

hi. nk tanya asrama mcm sekolah teknik blh bwk fon ke? ok itu aje bye :) typo? abaikan

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now