𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟐

Start from the beginning
                                    

"Aku ingat kau datang jadi aku pun tak berniat nak inform kau. Kau yang sihat sejahtera tu gapo tak datang?"

Farhana tayang sengih sekali lagi

"Bestie aku tak datang, of course aku pun automatik tak datang. Kalau aku datang nanti bosan. Si Juna tu kalau kita tak buka topik, mana mahu dia dia sembang kosong dengan kita. Kau aje tahan duduk lama dengan dia Ray" keluhnya. Iris tertawa kecil

"Kau ada dekat luar ke sekarang?"

"Ha? A-aa.. Ya.. Okeylah aku kena gerak sekarang. Esok kita sembang panjang. And jangan lupa juga aku ikut kau balik esok" pamitnya

"Okey... No problem, parents aku okay aje. Aku? Mestilah lagi okay"

"Erm.. Okey, assalamualaikum"

Kemudian panggilan pun ditamatkan

"Huft... Sorry Far"

Habis itu dia masuk semula ke dalam rumah dan melanjutkan kegiatannya

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

     YASSIN tiba di rumahnya. Salam diberi namun tiada orang yang menyahutnya. Yang ada cumalah bau haruman masakan yang dimasak oleh Iris dan bunyi kuali didengar

"Haco! Alhamdullilah"

Iris bersin apabila serbuk lada hitam termasuk dalam hidungnya. Dia berulang alik di dapur kerana dia memasak dua hidangan terakhir dalam masa yang sama sekaligus

"Patut tak menyahut rupanya sibuk berperang dekat dapur" monolog Yassin dalam hati. Beg kerja dia letak di kerusi dapur lalu dia mendekati ke arah Iris

"Kalau tak sedap macam mana? Tacodnya masak tanpa bawang" kata Iris yang otaknya mula overthinking. Yassin yang ada di belakangnya tidak dia perasan kehadiran. Dia memerhatikan Iris dari belakang

"Erm... Macam kurang air aje ayam ni"

Iris bergerak ke arah mesin air Coway dan mengambil air panas. Dia berpusing

"Allah! Argh.. Sakit" adu Iris. Iris tadi tertumpah dan terpecik di lengannya. Dengan sepantas kilat Yassin menarik tangan Iris ke singki dan diletakkan di bawah air yang mengalir

"Abang..." Panggil Iris perlahan. Yassin memandangnya

"Sakit?" soalnya lalu mendapat anggukan daripada Yassin

"Nasib baik merah aje. Kalau melecur? Lain kali kalau nak tambah air, pakai air suam biasa aje. Tak payah pakai air panas. Faham assistant monitor?" bebelnya. Iris cuma mampu mengangguk. Berdebar hatinya apabila Yassin mengambil berat padanya

"Ni dah siap ke?" soal Yassin lagi. Iris geleng

Apabila dia berhadap dengan Yassin, Iris yang hyper perangainya terus menjadi kucing jinak. Yassin mengambil sudu yang ada di atas periuk lalu dia senduk sebelum ingin dimasukkan ke dalam mulut. Iris cepat menahan

"Saya! Saya dah pakai sudu tu..." tahannya namun sia-sia apabila Yassin sengaja buat-buat pekak

"Berdosa ke kalau saya pakai?"

Iris geleng. Mukanya terus memerah. Malulah!

"Tu kenapa dengan muka tu?" tegurnya. Iris cepat menangkup pipinya. Terasa panas pipinya

"H-ha? T-tak ada, dapur ni p-panas" gugup bukan main

"Rasanya dah siap ni. Boleh hidang dah ni. Saya naik atas dulu"

Apabila tidak kelihatan aje kelibat Yassin, Iris mengelitis tidak keruan. Hatinya berdebar sungguh!

"Argh! Kalau hari-hari macam ni, agak-agaknya aku dapat tak hidup? Takut tewas terkena panahan Cikgu Yassin"

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

    TOMBOL pintu bilik dia dengan Yassin, Iris pulas. Tiada siapa yang ada di ruangan katil. Namun bunyi air yang terhasil dari bilik air. Iris sudah boleh agak yang Yassin sekarang sedang mandi. Dia melangkah masuk lalu mengutip baju-baju kotor Yassin yang dipakainya siang hari tadi

Yassin keluar daripada bilik air. Dia memandang ke arah Iris dan Iris memandang ke arahnya. Mata bertentangan mata namun tiada apa-apa suara yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak. Terasa macam lama berpandangan walaupun halal, Iris rasa segan dia pun mematikan pandangan mata itu. Dari atas sampai ke bawah dia memerhatikan Yassin

Rambut yang basah agak serabut, t-shirt warna biru dipadankannya dengan kain pelikat berwarna kelabu. Memang satu benda yang Iris perasan tentang Yassin, sepanjang mereka berkahwin tiada malam yang Yassin memakai seluar kecuali ada tetamu ataupun dia keluar. Walaupun kecil perkara itu tapi Iris rasa rare

Kerana jarang lelaki muda zaman sekarang memakai kain pelikat. Ayah dan adik abang-abangnya juga pun tiada yang memakai kain pelikat jadi dia tidak pernah melihat lelaki memakai kain pelikat itu

"Erkem, awak tak mandi lagi ke?" Yassin memecahkan keheningan. Iris geleng

"Awak mandilah dulu, saya tunggu awak kat bawah untuk makan malam"

"Baik bang"

Tuala dicapai dan dia berdiri di depan pintu bilik mandi

"Erk.. Abang" panggil Iris. Yassin menoleh sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala

"Hm?"

"Abang nampak handsome kalau pakai kain pelikat. Dah itu aje" ujarnya malu-malu. Pintu bilik air cepat dia tutup. Malu! Tapi nak juga cakap

Yassin tertawa kecil. Ada-ada aja perangai Iris

TO BE CONTINUED

typo? nnti saya betulkan sbb sya terus pub tk cek balik

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now