Bab 13

13 4 4
                                    

Bab 13

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bab 13

"Selamat hari jadi, Kwon SoonYoung!!"

Lantai rooftop itu dipenuhi dengan confetti. Lilin yang menyala telah terpadam setelah lelaki itu membuat hajat dan meniup lilin tersebut. Lelaki yang sedang menyambut hari jadinya itu tersenyum riang.

"Terima kasih semua!!"

"Maaf sambut biasa-biasa sahaja," ujar Jeonghan. "Tak mengapa, aku okay je," ujar Hoshi. Ada dua orang yang tidak begitu gembira dengan suasana sekarang. Siapa lagi kalau bukan Jung Hyarim dan Kim Darim. Mereka berdua melihat wajah masing-masing.

Dokyeom, sudah lama kita tidak mendengarkan khabarnya. Dia juga sedang mencari sesuatu di antara semua kisah yang telah berlaku terhadapnya. Jujur, dia tidak ingat apa yang berlaku. Siapa Kang Hwarim?

"Ini hadiah aku untuk kau!" Darim menyuakan anak patung berbentuk hamster kepada lelaki itu. "Yah...harimau lah harimau!!" Lelaki itu mencebik bibirnya. "Muka kau ni tak layak terima harimau, cukup hamster saja," ujar Darim mengundangkan ketawa mereka semua.

"Nah!" Mingyu menghadiahkan sesuatu kepada Hoshi. "Wah, apa ni?!" Lelaki itu terlampau teruja. Dia membuka kotak tersebut. "Daebakkk!!" Dia mengeluarkan baju bercorak belang harimau. "Horanghae Mingyu ah!! ~ " "Gyuranghae!!" "Euwww!" Darim jijik akan sikap mereka berdua.

Kini tiba pula giliran Jeonghan untuk berikan hadiah. Mereka semua menghadap ke arah Jeonghan. "Kau tak bagi apa-apa ke dekat Hoshi?" Soal Mingyu kepada Jeonghan. Jeonghan tersedar dari lamunannya. "Oh, ya! Maafkan aku Hoshi," Ujar Jeonghan. "Oh, tak mengapalah! Aku tak kesah pun tak dapat hadiah!" Ujarnya. "Tsk, bukan macam tu! Aku ada hadiah paling besar dekat kau tapi kita jumpa malam esok lah ye?" Aju Jeonghan. "Cantik!!" Lelaki itu teruja mengalahkan budak 5 tahun.

"Dokyeom?" Soal Mingyu. "Ah.." Dokyeom tidak membawa hadiah bukan bermakna dia tidak mahu membelikan hadiah untuk Hoshi tetapi dia tidak mahu menyambut dengan mereka. "Maaf, tapi aku nak sambut dengan pakcik aku sekali nanti.." Ujar Dokyeom. "Alah!" Darim dan Mingyu merungut. Jeonghan hanya diam.

"Hyarim?" Soal Jeonghan. Mereka semua mula cuak apabila nama sebenar perempuan itu disebut olehnya. Dokyeom bukan tak tahu tetapi dia hanya berpura-pura. Mingyu menyiku Jeonghan. "Apa? Jung Hyarim, macam mana dengan hadiah kau untuk Hoshi?" Soal Hyarim.

Gila. Lelaki ini gila.

"Ah? Er, maaflah tapi.." Hyarim melihat ke arah Hoshi. Dia mula berasa gugup. Apa yang lelaki ini fikirkan? "Ah, tak mengapa Hyarim! Hari ini merupakan hari bahagia Hoshi! Jangan risau, kami tak akan apa-apakan kau betul kan semua?" "Betul!!" Dokyeom hanya senyap. Lelaki ini benar-benar hilang akal fikirannya. Itu apa yang dikatakan dalam hatinya.

"Ah, aku tiba-tiba teringat tentang Hwarim. Kenapa tak ajak dia?" Soal Jeonghan. Mereka semua seperti tidak percaya apa yang baru sahaja berlaku. Jeonghan mahu bongkarkan semua kah? Dari sini Dokyeom dapat tahu kalau Jeonghan sudah memulakan perancangannya.

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐈 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐝 || Lee Seokmin - SEVENTEENWhere stories live. Discover now