Bab 5

22 6 2
                                    

𝐁𝐚𝐛 5

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

𝐁𝐚𝐛 5

Sudah lama rasanya lelaki itu tidak merasa melakukan aktiviti di sekolah. Dia tidak dapat mengungkapkan perasaan syukur yang teramat kerana diberikan peluang kedua untuk hidup. Peluang ini banyak memberi kesan kepadanya.

Jika nyawanya sudah ditarik dan tidak dapat dikembalikan waktu itu mesti orang terapatnya sedih.

"Harini saya nak kamu semua lari setiap pusingan padang dua kali baru saya akan beritahu permainan apa yang kita akan lakukan harini." Ujar guru jasmani mereka. "Baik!" Mereka semua mula berbuat demikian. Mata Dokyeom terlihat ke arah Mingyu yang sedang merokok di suatu tempat.

"Tsk!"

Seorang perempuan berlari melepasi lelaki itu. Terlihat tali kasut perempuan itu seperti tertanggal.

"Eh, awak tali kasut!" Dokyeom menjerit supaya dapat didengari oleh perempuan itu tetapi dia tidak mengendahkannya. "Yah!" Malas menjerit, Dokyeom berlari ke arah perempuan itu dan menepuk bahunya.

"Tali kasut kau tertanggal." Alangkah terkejutnya Dokyeom apabila melihat wajah perempuan itu. Hwarim memandangnya kosong kemudian mengikat tali kasutnya dan sambung untuk berlari.

"Garangnya.."

Dokyeom sambung untuk berlari. Dia dan yang Hwarim tinggal lagi satu pusingan sahaja selepas itu selesai.

Cuaca tidak begitu panas dan tidak juga begitu sejuk cukup untuk membuatkan mereka yang sedang bersukan berasa selesa dengan keadaan cuaca sekarang.

"Awak boleh tak jangan ikut saya?" Hwarim bersuara. Dokyeom yang berlari di belakang Hwarim tergamam. Sejak bila pula dia sedang mengekorinya?

"Sejak bila aku ikut kau?" Soal Dokyeom. "Sekarang." Dokyeom tersedar apa yang dimaksudkan oleh Hwarim. Dia lantas ketawa. "Apa kau merepek ni? Kau nak suruh aku lari dekat mana lagi kalau dah memang ini track dia?" Hwarim tidak bersuara. Senyuman terukir di wajah lelaki itu. Kelakar dengan sikap perempuan yang dingin itu.

---

𝐎𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐏𝐎𝐕

"Bukan main berlari dekat padang tu!" Aju Darim. Mereka berdua termasuk Hoshi berada di rooftop melakukan aktiviti biasa yang mereka lakukan. "Dokyeom sejak sihat kebelakangan ini bukan main senyum." Ujar Darim lagi. Dia sebenarnya cemburu melihat lelaki itu bersama dengan perempuan lain. Ya, dia suka kepadanya.

"Biarlah orang nak bahagia. Kau ni pun." Jeonghan menghembuskan asap rokok ke udara. "Tsk, aku rasa kau patut berhenti merokok. Ayah kau tak marah kau ke?" Soal Darim kepada Jeonghan. Jeonghan menggeleng. "Ayah kau polis tetapi anaknya.." Darim berhenti dari melanjutkan percakapannya kerana dia tahu jika dia tersalah cakap sesuatu akan menimpanya.

"Kalau kau tak ada benda yang baik nak cakap lebih baik kau diam." Ujar Jeonghan. Darim akur dengan arahannya. Mata Jeonghan tidak lepas memandang ke arah Dokyeom yang sedang bersukan di bawah. Senyuman lebar terukir pada wajahnya.

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐈 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐝 || Lee Seokmin - SEVENTEENМесто, где живут истории. Откройте их для себя