Bab 10

19 6 2
                                    

Bab 10

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bab 10

Suasana agak tegang di meja makan. Dokyeom dan Hoshi langsung tidak bersuara dan tidak menegur antara satu sama lain mengundang persoalan dari pakcik mereka.

"Kenapa macam baru lepas bergaduh ni?" Soal lelaki itu. Tiada siapa menjawab. Hanya bunyi makanan dikunyah sahaja yang terdengar. "Ni mesti kes rebut awek!" Ajunya. Mereka berdua hampir tercekik setelah mendengarkan ayat yang dilontarkan itu.

"Ish, mana ada!" Aju Dokyeom. Hoshi meneguk air. "Habis tu? Orang tanya tak nak jawab." Ujar pakciknya. Dokyeom melihat ke arah Hoshi yang berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Ini hal dekat sekolah.." Dokyeom masih teragak-agak untuk menceritakan hal yang sebenar. "Ceritalah, pakcik nak dengar." Dokyeom menelan liurnya sebelum memulakan cerita.

"Sebenarnya.."
"Hoshi pergi dulu."

Lelaki itu bangun dari tempat duduknya dan membawa pinggan cawan pergi ke sinki. "Nampak macam kes berat. Kau pun ceritalah, kenapa diam?" Soal lelaki tua itu. Dokyeom tidak pasti patutkah dia menceritakan hal sebenar kepada pakciknya? Kerana susah untuk difahami kalau dengan menceritakan sahaja.

"Tak ada apa lah pakcik. Kyeom, kemas semua ni ya?"
"Alah ko ni!"

---

Dokyeom POV

Aku masuk ke dalam bilik terlihat Hoshi terlebih dahulu memejamkan matanya. Dia tidak menutup lampu. Kaki aku melangkah menuju ke katil.

Mata aku memandang ke arahnya. Hoshi, siapa punya kerja sampai kau kena tipu aku? Siapa paksa kau? Aku harap aku dapat jawapan dengan segera. Memori aku sebelum ini hanya samar-samar. Tiada sebarang jawapan pun yang dapat aku ungkapkan. Andai aku tahu siapa yang melakukan semua ini sudah tentu aku laporkan semuanya kepada polis.

Sejujurnya, ada seseorang yang sedang aku mengesyakinya sekarang. "Yoon Jeonghan." Dia lah orangnya tetapi aku tak ada bukti yang kukuh untuk menuduh dia dalangnya.

Aku mengusutkan rambutku kerana penat berfikir. Lebih baik aku tidur. Suis lampu dimatikan. Bilik menjadi gelap. Siling kosong aku tenungkan.

Di dalam hati aku berkata, alangkah bagusnya jika semua ini tidak berlaku padaku. Perlukah aku menghadapi semua ini? Aku juga mahu hidup biasa seperti orang lain. Ya, aku tahu mereka juga ada masalah yang tersendiri tetapi..

Keluhan kecil aku lepaskan. Tak mengapalah, tidurlah. Berharap hari esok lebih baik berbanding hari ini.

---

Seperti biasa, Hoshi langsung tidak bercakap dengan aku. Kalau ada itu pun hanya sepatah sahaja.

Aku melihat ke arah Hoshi yang berlalu pergi menuju ke kelasnya. Aku melangkahkan kaki masuk ke dalam kelasku. Aku ternampak sekumpulan pelajar berkumpul di suatu meja. Jarang-jarang untuk aku melihat perkara ini berlaku. Ada gossip ke?

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐈 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐝 || Lee Seokmin - SEVENTEENWhere stories live. Discover now