Bab 4 : Dejavu

97 7 3
                                    

“Che Ku Adriani, masuk.” Panggilan masuk ke bilik pengurus syarikat oleh lelaki yang tidak diketahui status jawatan itu memecah keheningan suasana pejabat Global Hilal Sdn Bhd.

Kelihatan gadis berbusana muslimah hijau pucuk muda dan berniqab berdiri dari tempat duduknya sebaik saja namanya diseru, bergerak meninggalkan sofa lembut yang nyaman, menuju ke bilik di mana dia akan bertentang mata dengan bakal majikan syarikat itu.

Ada mata-mata memerhati, kurang senang dengan kehadiran bakal pekerja baru yang akan mengisi ruang perjawatan yang diinginkan oleh majikan mereka, Handzalah.

“Assalamua’laikum, selamat pagi tuan”.

“Wa a’laikummussalam, pagi juga.Yang mulia, Che Ku Adriani Binti Che Ku Adrean?” sapa Handzalah buat pertama kali kepada pekerja barunya.

“Betul.Tuan, tak perlu formal sangat pun dengan saya.Lagipun saya pekerja biasa, sama macam pekerja lain” balas Adriani, sopan.

“Jemput duduk Adriani.”

“Terima kasih tuan” balas Adriani sambil menarik kerusi dan duduk.

Di meja sebelah Handz, Ammar.Asyik memerhati mata Adriani sambil menutup mulut dengan kedua belah tangannya.

“Ammar.” Hanz menjegilkan matanya kepada Ammar sambil membuat isyarat kepada lelaki itu agar meneruskan kerja-kerja menaip di komputernya.

Dia mengangguk, akur dengan arahan majikannya itu.

“Adriani, apa panggilan yang awak prefer di pejabat ni ya? Yani? Ani? atau nama penuh, Adriani?” 

“Mana-mana pun boleh, asalkan tuan selesa.Saya okay je tuan.”

“Adriani, teguh.”

“Ya tuan, kenapa?” tanya Adriani kehairanan.

“Erti nama awak Adriani, teguh.Itu yang saya maksudkan.Saya prefer panggil awak dengan nama penuh.Itu lebih baik.”

“Terima kasih tuan.”

“Awak tahu kenapa saya prefer panggilan dengan nama penuh?”

“Tak tahu tuan, maaf.”

“Setiap patah kata yang terungkap, berulang kali menitir bibir kita, akhirnya menjadi doa, begitulah.Semoga Adriani juga sentiasa teguh dan kuat untuk sama-sama bangunkan syarikat kita ini ya.Erm, today is your first day.Esok jangan tak datang pula tau, haha.”Gelak Hanz sambil membelek fail pekerja barunya.

“Insha Allah saya akan datang.Saya perlukan kerja ni sebab saya nak stay dekat dengan ibu ayah.”

“Faham.Ibu ayah Adriani sihat?”

Adriani diam seketika.Hanz yang asyik membelek fail sejak tadi mula mengalihkan pandangannya ke arah gadis itu, perasan akan perubahan suasana yang mulai sunyi dan sepi.

“Mereka dah tak ada tuan.Dekat yang saya maksudkan tu, pusara mereka.Di daerah kita ni.”Jawab Adriani perlahan.

“Allahu.Maafkan saya Adriani.Saya harap awak tak tersinggung dengan pertanyaan saya ya.All is well, right?”

“It’s okay tuan.No hard feelings.”

“Oh ya, lupa pula.Di sebelah saya ni Ammar Yuzuan, pembantu saya.Kalau saya takde, Ammar akan bantu take over.Dah tiba masanya saya lepaskan kerja-kerja akaun kepada awak Adriani, berkuatkuasa mulai hari ini.Multitasking is not working for me anymore; I need to stay focused on the company’s growth from now on.Sebab itu saya perlukan awak Adriani, faham?” Terang Hanz dengan panjang lebar.

Ammar melambai-lambai tangan kepada Adriani apabila majikannya itu memetik namanya.

Adriani sekadar mengangguk dan menjawab perlahan,“faham tuan.”

Hai finito le parti pubblicate.

⏰ Ultimo aggiornamento: Jan 24 ⏰

Aggiungi questa storia alla tua Biblioteca per ricevere una notifica quando verrà pubblicata la prossima parte!

Mimpi Yang Tak SempurnaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora