Bab 1 : Rahsia

212 12 17
                                    

Azan subuh sayup berkumandang ke segenap penjuru bandar baru Kuala Nerus dari masjid Al-Wathiqu Billah Taman Tasik.

Suara muazzin yang mengalunkan azan itu jelas kedengaran dari luar tingkap rumah Faris yang terletak di pinggir bandar kecil itu.

Tingkap rumah di bilik tidur utama Faris sengaja dibiarkan terbuka kerana sudah terlalu lama dirinya terdedah dengan udara sejuk dari penghawa dingin yang dipasang sejak malam tadi.

Faris yang terbaring di atas katil sejak malam tadi mula tersedar dari tidur apabila terdengar suara azan berkumandang.

Lengan kanannya dipeluk erat oleh Raudhah yang masih lagi tidur disisinya.

Isterinya itu penat berjaga sepanjang malam mengurus Faris yang demam panas sejak petang kelmarin.

Kepala isterinya diusap lembut beberapa kali, dari atas turun ke pipi, kemudiannya dicubit-cubit manja.

"Sayang…Oh sayang.." suara lembut Faris memanggil, gagal menyedarkan isterinya dari tidur.Malahan nampaknya makin lena dibuai mimpi.

Tuala basah diatas kepalanya dialih lalu diletakkan didalam bekas berisi air sejuk bersebelahan meja di tepi katil.

Lengannya yang erat dipeluk Raudhah itu perlahan-lahan dileraikan dan seraya isterinya itu terjaga dari tidur.

"Abang! Nak pergi mana?" tanya Raudhah yang terpinga-pinga apabila suaminya cuba bangun dari tempat tidur dan meleraikan lengan dari pelukannya.

Kepala Raudhah segera dipeluk dan dicium.

"Dah subuh sayang.Jom solat sama-sama" ajak Faris sambil memeluk lama kepala isterinya itu.

"Mashammm…" usik Faris sambil melepaskan pelukannya itu.

"Abang niyyy..saje kan usik sayang" kata Raudhah sambil memuncungkan bibirnya.

"Dah macam itik dah bini abang nih.Huhu" usik Faris.

Dada Faris ditumbuk manja berkali-kali oleh Raudhah, auto refleks sebaik sahaja perkataan itik keluar dari mulut sang suami.

"Aduh duh duh sakittt…" keluh Faris sambil kedua-dua tangan memegang kepala seolah-olah sedang menahan kesakitan.

"Abang! Okay ke ni?" Raudhah cepat-cepat memegang kedua belah tangan Faris yang sedang memegang kiri dan kanan kepalanya.

"Sayang minta maaf, sayang lupa abang sakit" keluh Raudhah penuh rasa bersalah.

Faris diam.

"Ab…"belum sempat Raudhah memanggil suaminya, tiba-tiba…

"Huarghhh…!!!" Dipeluk cepat-cepat isterinya terus kedalam dakapan, seraya Raudhah menjerit akibat terkejut dengan tindakan suaminya.

"Jahatnya zauji..menciiii!!!" belakang badan Faris ditampar Raudhah berkali-kali seolah-olah meminta untuk dileraikan pelukan itu.

"Hehehe…tahu pun takut.Dah dah, meh gosok gigi ambil wudhu pastu kita solat" ajak Faris sambil melepas isterinya.

"Abang, kejap.Nak check suhu."Raudhah mencapai termometer elektronik di tepi katil seraya mengacukan alat itu ke dahi suaminya.

"38 darjah celcius.Panas lagi.Lepas solat abang rehat lagi k."Raudhah menggosok kepala suaminya beberapa kali, lalu dahi Faris dikucup penuh rasa cinta.

"Thanks jaga abang sepanjang malam."Faris pun turut membalas kucupan manja isterinya itu.

Mereka sama-sama turun dari katil menuju ke tandas bilik utama.

Mimpi Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now