Prolog

295 14 33
                                    

"Abang, kalau sayang tiba-tiba pergi meninggalkan dunia ni ikut Basheer, agak-agak abang kahwin lagi tak?" tanya Raudhah Bareera kepada suaminya yang sedang memandu, Faris Audah.

"Ummu Basheer, why so suddenly tanya soalan macam tu pada abang? Ghisaulah" jawab Faris.

Kereta sukan Mclaren P1 berwarna hitam yang sedang dipandu Faris itu mula menukar laluan dari lorong kanan ke kiri, sebaik sahaja soalan itu ditanyakan oleh Raudhah.

Kelajuan kenderaan itu diperlahankan.

Atmosfera didalam kenderaan itu yang pada mulanya sangat sejuk dan dingin, mula menimbulkan sekelumit bahang, lantas mencipta bibit keresahan pada jiwa Faris.

"Raudhah tahu ke rahsia apa yang aku sorokkan daripada dia ni.Aduh…" keluh Faris didalam hati.

Berpeluh dahinya.

Faris mula bersuara.

"Zaujati Ummu Basheer, ketua bidadari abang di syurga." Lembut suara Faris menyeru nama isterinya.

Lantas tangan kirinya mula mencapai tangan kanan Raudhah, lalu diusap lembut, penuh dengan kasih sayang.

"Sejujurnya abang tak ready dan tak sanggup nak kehilangan sayang kat dunia ni tau" ujar Faris sambil jari jemarinya mula bermain-main disebalik celahan genggaman tangan sang isteri.

"Tapi kan…" makin perlahan Faris bersuara.

"Tapi apa abang?" tanya Raudhah sambil memandang ke arah suaminya.

"Andaikata betul sayang dikembalikan pada Dia,abang rasa tak mampu nak menjalani kehidupan harian sorang-sorang." jawab Faris jujur, dari lubuk hatinya yang terdalam.

Kelihatannya Raudhah agak tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya.

Wajah Faris ditenung lama, seolah-olah ada laser dari matanya yang akan menembusi kepala sang suami.

Seterusnya, menyebabkan letupan yang berskala besar berlaku.

"Abang tak biasalah hidup sorang-sorang, nak kena berteman jugak, hihihi…" Semakin galak Faris menjawab.

Meskipun jawapan berani mati itu spontan terpacul dari mulut Faris, peluh didahinya mula menampakkan sinar.

Nampaknya udara sejuk yang menyelubungi didalam kereta itu gagal menutup kegelisahan Faris yang mula tidak sedap duduk.

Ada sedikit ketakutan disitu.

Bammm!!!

Satu tumbukan padu dilemparkan oleh Raudhah tepat menuju lengan Faris.

"Gatal! Miang! Bukan main ek? Berani betul statement abang kan? Ke dah ada orang lain ni? Dulu jawapan abang tak macam ni!" jerit Raudhah dengan nada penuh amarah.

Tumbukan kedua dilancarkan lagi pada lengan yang sama.

"Aduh, sakitlah sayang…" lembut Faris mengaduh, dibimbangi perang dunia ketiga meletus jika dia juga turut serta beremosi.

"Boleh gelak-gelak ye? Amboi amboi amboi…" jelingan maut lagi tajam itu tepat menuju ke dalam mata Faris yang sedang fokus melihat ke hadapan.

"Dah sayang tanya, abang jawablah.Lagipun sanggup ke sayang biarkan abang terabai sorang-sorang, terkapai-kapai kat rumah tu?Ish" jawab Faris.

"Macamlah sayang tak tahu abang tengah sindir sayang kan? Yelah, sayang jarang masakkan untuk abang, kain baju kita abang dobikan, anak pun takde…" tiba-tiba nada sang isteri mulai perlahan dan tenggelam.

Sunyi.

"Ah sudah, dia dah mula dah…." rungut Faris.

"Basheer, bawaklah Mama sekali balik ke sana.Mama nak ikut Basheer…" tangis Raudhah sungguh-sungguh.

Mimpi Yang Tak SempurnaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon