Prolog Rahsia Hati

215 6 0
                                    

"Panggg!" Aleeya menghempas pintu biliknya kuat.

'Tak guna punya lelaki! Ada je yang nak sakitkan hati aku. Perlu ke dia muncul dan tunjukkan muka dia tiap-tiap hari dekat aku? Buat semak je. Menyampah aku tengok. Kalau hensem tak pa jugak! Tapi memang dia hensem pun! Eh,kenapa nak puji dia pulak ni?! Kalau hensem perangai elok,tak pa. Ni harapkan muka je hensem,tapi perangai tahi ayam! Haa,kan dah kena setempek? Ya,Allah. Kenapa dia perlu hadir dalam hidupku? Kenapa engkau titipkan orang yang sebegini untuk aku mengharungi liku hidupku?'Aleeya melepaskan amarahnya.

'Astaghfirullahalazim!'dia mengucap panjang. Sesungguhnya Allah tidak akan melimpahkan kamu ujian yang berat melainkan kamu mampu untuk menanggungnya. Dan janganlah kau suka akan sesuatu,sedangkan dia buruk bagi kamu. Dan janganlah kau benci akan sesuatu padahal dia baik bagi kamu.

Aleeya memesan kepada hatinya. Tapi tadi memang dia tidak mampu untuk bersabar. Sakit betul hatinya dengan perbuatan lelaki itu. Kalau boleh,mahu dia ambil bunga tahi ayam dan ditenyeh-tenyeh di muka lelaki itu. Biar lelaki itu tahu yang hatinya sebusuk bunga itu. Padan muka! Asyik jumpa,sakitkan hati orang. Dah tak ada benda baik nak dibuat? Terlebih hormon jahat? Baik kau cat bilik aku ni haaa. Ada jugak faedah. Badan pun sihat. Daripada sakitkan hati orang,buat habis air liur je. Seronok sangat ke buat orang benci dekat diri sendiri? Pelik aku. Tiap-tiap hari tanpa jemu. Aku pun dah naik meluat. Dia tu seronok sangat buat orang meluat. Pelik. Ada jugak lelaki macam tu kat dunia ni? Mungkin dia sorang. One in a million. Benci aku. Tiap-tiap hari teringatkan dia. Ingat aku dah tak ada kerja lain kut daripada nak fikirkan dia tiap-tiap hari. Buat pening kepala saja.

Semakin lama dia mengingati peristiwa itu,semakin panas membara hatinya bagaikan dipanggang.

Aku hanya nak kau tahu yang aku benci kau!
"I H.A.T.E.YOU fullstop"jerit Aleeya kuat.

Rahsia HatiWhere stories live. Discover now