"Mirza dah pergi... Dia dah keluar dari Malaysia," cerita Razia pada akhirnya.

"Kenapa? Dia dapat sambung belajar dekat luar negara ke?" soal Harith ingin tahu.

Razia menggeleng kecil. "Razia tak tahu... Tapi Razia terasa dengan Mirza sebab dia pergi tanpa bagitahu Razia pun. Razia dapat tahu pun daripada Malik."

Harith menghela nafas pendek. Kepala Razia diusap perlahan. "Mungkin ada sebab kenapa Mirza tak bagitahu sayang bila dia pergi. You know what, bila kita sayangkan seseorang itu, kita tak akan sanggup pun tengok dia sedih. Mirza tahu dengan pemergian dia nanti, akan buatkan Razia sedih," ujar Harith.

Tubuh Razia mengeras serta-merta. Sayangkan seseorang? Harith dah tahu ke yang Mirza pernah taruh harapan padanya dulu?

"Tapi bukankah itu lagi sakit? Boleh aje dia maklumkan pada Razia awal-awal," kata Razia lagi.

"For what?" tanya Harith ringkas. Keningnya terjungkit sedikit.

Razia gamam. Huh, untuk apa? Dia juga tiada jawapan.

"Sayang... Bila seseorang tu tinggalkan kita tanpa sebarang kata, it's a painful reminder that not every chapter in life comes with a proper goodbye. Dengan permergian seseorang itu, barulah kita boleh belajar untuk menghargai kenangan yang tinggal."

Razia hanya mampu menganggukkan kepalanya akur. Kelopak matanya dipejam seketika. Sesaat kemudian, suara Harith memukul gegendang telingannya.

"Eh sayang, jangan tidur dekat sini pula... Jom kita masuk dalam. Tengok sampai dah kecut dah tangan ni." Tangan runcing Razia dibelek-belek Harith.

"Tapi Razia nak mandi hujan lagi," ujar Razia sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.

"I wish I could answer yes, but the answer is no. Mandi hujan lama-lama sangat pun tak elok juga. Nanti sayang demam panas. Kita mandi dalam rumah aje ya?" Harith memujuk, lembut. Kemudian, dia juga sudah bangun berdiri.

"Mandi dalam rumah tak sama dengan mandi air hujan abang. Boleh la... Sekejap aje lagi," pujuk Razia sambil dia mendongak melihat suaminya. Hujung baju Harith ditarik-tarik.

Harith sudah menggelengkan beberapa kali. Ah, tahu sangat permainan isteri dia ni. Mulalah tu nak mengampu. Sebelum Harith makin cair dengan pujukan isterinya, Harith terus mencempung tubuh genit Razia.

"Abang!" Razia menjerit kecil dek kerana terlalu terkejut. Tangannya sempat dililitkan di sekitar leher Harith.

"Dalam bilik air tu ada air pancut. Sayang nak mandi ke berkubang lama-lama pun, abang tak kesah. Tapi, kalau nak mandi hujan is a big no sayang..."

Razia mencebirkan bibirnya tanda kurang berpuas hati.

"Kenapa? Tak suka juga? Kalau macam tu, abang tak ada cara lain dah," kata Harith sebelum dia menolak rapat pintu dapur menggunakan kakinya.

Kening Razia bertaut. "Huh? Abang nak buat apa?" soal Razia ingin tahu.

Bibir Harith merekah dengan senyuman tipis sebelum dia mula berbisik, "Kendi su çeşmemi yapmak." Matanya dikenyitkan sekali.

Razia sudah terkebil-kebil memandang suaminya. Sungguh sepatah perkataan pun dia tak faham. Rasa macam baru dengar bahasa alien. Seketika, baru Razia teringat yang suaminya dulu adalah graduan dari luar negara. Padanlah tahu bahasa pelik-pelik ni.

𝐑𝐀𝐙𝐈𝐀©️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon