jam kuasa

136 13 5
                                    

Nop_Nopa terima kasih untuk sarannya aku sudah perbaiki sedikit cara penulisan...

Disclaimer Boboiboy milik Monsta

Contoh penulisan
Dalam minda          {halilintar kentut}
Dalam hati               {halilintar busuk}
Guna kuasa           {pedang halilintar}
Marah                      {halilintar marah}   
Kuasa terkuat    {PEDANG HALILINTAR}

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  Selepas hologram di matikan keadaan disitu sunyi untuk seketika, hingga kapten Papa membuka suara "Sudah!!! Kebenaran nak masuk ke dalam bilik untuk kemas barang² kebenaran, Fang! Kamu tolong kawal kapal ni kejap ye~ tatatititutu!!" Kapten Papa arahkan fang untuk mengemudi kapal, kapten Papa keluar dari bilik pengawalan sambil menari tarian ballet.

  "Baiklah" ucap fang tanpa bertanya atau membantah, fang berjalan kearah kemudi kapal dengan muka yang masam, ketika itu juga gopal berjalan dan berdiri di sebelah fang dengan kepala yang benjol akibat diluku oleh boboiboy "Dey fang!.. kau rasa berapa hari lagi baru kita sampai ke bumi?" Tanya gopal sambil mengusap kepalanya yang benjol.

  Tanpa mengalihkan pandangannya dari alat kemudi fang menjawab soalan gopal "hmm... mungkin lagi 3 hari" jawab fang yang sedang mengawal kapal kebenaran, gopal hanya mengangukan kepalanya tanda faham.

   Keadaan kembali sunyi, hingga secara tiba² muncul satu makhluk berbentuk bulat berwarna kuning masuk ke bilik pengawalan dan melayang kearah mereka berlima, makhluk kuning itu adalah ochobot dia melayang kearah mereka dan bertanya "Korang tengah buat apa?" Tanya ochobot pada mereka semua.

  Disebabkan tiada sesiapa yang menjawab soalan ochobot, yaya yang menjawab soalannya "kitaorang tak buat apa² pun, ochobot macam mana dengan keadaan kau sekarang? Dah ok ke?" Kini yaya yang menanyakan soalan pada ochobot. yaya dan ying berjalan mendekati ochobot yang sedang melayang di sebelah boboiboy "sudah" jawab ochobot yang sungguh singkat, ying dan yaya mengangukan kepala mereka.

  Tiba² gopal menjerit nama ochobot "Dey! Ochobot... boleh tak kau teleport kan kita semua ke bumi? Aku dah tak sabar nak balik ni!" Gopal bertanya kepada ochobot sambil mengoncang tubuhnya kuat².

  Disebabkan perkara itu boboiboy meluku kepala gopal lagi dan memarahinya "Ish!!.. kau ni gopal!! Ada ke patut pergi goncang ochobot sampai macam tu?!!" Marah boboiboy pada gopal sembari memegang ochobot untuk memastikan power sphera sekali gus kawan baiknya tidak apa². "Aa-aduh!! Sakit la boboiboy... kalau iya pun jangan la luku kepala aku lagi" kata gopal sembari mengusap kepalanya yang benjol lagi, kini kepala gopal mempunyai 4 benjolan, mereka yang lain hanya ketawa dengan nasib gopal.

  Ying berhenti ketawa dan memarahi gopal lagi "haiyahh kau ni gopal... takda ingat ka pesan nut? Kan dia dah kata yang ochobot tak boleh gunakan kuasa dia lagi... kau ni lupa ka?!!" Ying bertanya dengan suara tinggi sambil mencekak pinggang. "Oohh... iye ke hihihi... lupa" kata gopal sembari mengaru kepalanya yang tak gatal, mereka yang mendengar jawapan gopal hanya mengeleng kepala.

  Boboiboy melipatkan tangannya kedepan dan mengejek gopal "hmm... iye la tu~" kata boboiboy, ochobot menghela nafas dan mula meninggalkan mereka "hahh... dah lah.. aku nak balik ke bilik pengecasan semula" ucap ochobot malas. "Eh?!!.. ochobot!!.. tunggu aku!! Korang aku nak pergi ikut ochobot korang duduk lah dekat sini ye, ochobot!! Tunggu lah aku!!" Boboiboy katakan pada kawan²nya dan menjerit nama ochobot sembari mengejarnya.

  Ochobot berhenti dan membalikkan badannya kearah boboiboy sambil melipat tangan "hah apa kau nak?" Tanya ochobot dengan malas, boboiboy hanya terkekeh sembari mengaru pipinya yang tak gatal "hehehe macam tahu² je kau ni, jom lah ke bilik aku dulu... nanti aku ceritakan" kata boboiboy sambil berjalan ke biliknya.












 
   Mereka telah tiba di bilik boboiboy, dan boboiboy terus bertanya pada ochobot "aku nak kau tolong tengokkan jam kuasa aku ni, lepas je pertarungan aku dengan retak'ka, jam kuasa ni macam lain macam faham tak maksud aku?" Boboiboy bertanya sambil kepalanya miring ke kiri dengan mata yang dibuat-buat bulat.

  Boboiboy menunjukkan jam kuasanya pada ochobot. ochobot tanpa banyak cakap terus scan jam kuasa boboiboy, ochobot pegang tangan boboiboy dengan agak kuat juga. Boboiboy mengeluh dan hanya membiarkan tangannya di pegang oleh ochobot "mak aik macam nak tercabut tangan aku ni kau tarik ochobot"  kata boboiboy dalam hati dan hanya pasrah.

  Sudah hampir 7 minute ochobot scan jam kuasa boboiboy dan akhirnya tangan boboiboy di lepaskan. Boboiboy mengusap pergelangan tangannya dan menghela nafas, kemudian dia bertanya pada ochobot "huhh.. ochobot macam mana dengan jam kuasa aku?" Tanya boboiboy pada ochobot.

   Lama ochobot berfikir dan dia menjawab soalan boboiboy "hmm.. memang ada sesuatu yang tak kena dengan jam kuasa kau boboiboy, tapi aku sendiri pun tak pasti apa benda" jawab ochobot dengan nada suara kecewa. Boboiboy menghela nafas pendek dan berjalan kearah katilnya, ochobot nampak riak wajah boboiboy yang terlihat sedih, ochobot melayang kearah boboiboy dan cuba memujuknya "meh sini jam kuasa kau aku perbaiki" ucap ochobot sembari menghulur tangannya kedepan boboiboy.

  Tiada sebarang suara dari boboiboy, hingga boboiboy hanya mengelengkan kepalanya dan berkata "tak payah lah... kau sendiri pun tak tahu kenapa dengan jam kuasa ni kan?, Lagi pun aku dah mengantuk, nanti je lah kita fikir macam mana" kata boboiboy sambil menguap luas. "Aik??... baru jam 3 petang kau dah mengantuk? Kena penyakit ais ke apa... Hmm iya la suka hati kau lah labu, aku nak balik ke bilik pengecasan semula bye, jangan tidur lama² nanti jadi gemuk hahaha" kata ochobot sambil mengusik boboiboy dan melarikan diri dari amukan boboiboy.

  Boboiboy ketawa dengan telatah ochobot dan membaringkan tubuhnya di atas katil, pandangannya tertumpu semula pada jam kuasanya...

TBC

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Note

"Hai adik² kaklong... macam mana dengan cerita ni? OK ke KO hahahaha"

"Bye see you next chapter 💋
Please vote thank you ^v^"

kuasa yang dirahsiakan (On Going/Hiatus)Where stories live. Discover now